Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 18, 2011

Berita Baik Untuk Pakatan Rakyat...!!

Jujur pada diri sendiri...tengok betul betul...apakah ini muka melayu...?? yakinkah muka ini akan berjuang untuk ketuanan melayu...kah kah kah...!!

SELESAIKAN SEGERA MASALAH DALAMAN - TPM - UM

Muhyiddin Yassin menggesa semua pimpinan UMNO di peringkat bahagian, cawangan dan sayap menyelesaikan segera masalah dalaman yang wujud selepas beliau mendapati masih terdapat bahagian-bahagian UMNO dibelenggu dengan isu tersebut.

Muhyiddin berkata, semua pihak terbabit perlu mengambil serius berhubung perkara tersebut kerana Pilihan Raya Umum Ke-13 mungkin boleh diadakan pada bila-bila masa.

Dia berkata, meskipun sokongan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah mula kelihatan, namun ia belum cukup kuat dan meyakinkan apatah lagi dalam situasi beberapa bahagian UMNO tidak menunjukkan perubahan seperti yang diharapkan.
---------------------------------------------------------
woit..INI BERITA BAIK UNTUK SEMUA...

woit… GEROMBOLAN SEDANG GADUH SESAMA SENDIRI….

kah kah kah… AIMAN TAK KISAH....SEMUA NAK BUNUH SAMA SENDIRI….

Nota :

PERLIS:

shaidan nak bunuh isa
isa nak bunuh razi
razi nak bunuh azmi khalid

GANU:

geng deris nak bunuh geng mb
semua dah sedia nak lari masuk pas

N.SEMBILAN

semua nak bunuh mb adik beradik

Lawak Petang Rabu...!!

Demo Anti Lynass Jumaat Ini....!!


JUMAAT JAM 2.00 PETANG KUMPUL DI KLCC

KUALA LUMPUR: Satu perarakan bagi membantah projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) akan diadakan pada Jumaat 20 Mei 2011, jam 2 petang dari KLCC hingga ke kedutaan Australia.

Penganjur memaklumkan, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk kumpulan pencinta alam akan menyerahkan memorandum kepadaPesuruhjaya Tinggi Australia.

Memetik kenyataan Jawatankuasa Bertindak Alam Sekitar Kuantan: Pahang Don’t Need Hazardous di laman facebook, mereka menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama serta status sosial untuk turun beramai-ramai bagi menyatakan bantahan mereka terhadap rancangan yang memudaratkan keselamatan penduduk setempat terutamanya di bandar Kuantan

Cuba Teka...Siapa Jantan Itu..??


SIAPA ORANG KETIGA BERSAMA RAZAK BAGINDA DAN ALTANTUYA KE MALTA? – keadilan daily

Pemilik KS Ombak Laut Sdn Bhd, Abdul Razak Baginda dan warganegara Mongolia yang dibunuh dengan kejam Altantuya Shariibu pernah dikatakan bersama seorang lagi individu menaiki penerbangan ke Malta bagi urusan pembelian komisyen kapal selam Scorpene.

Perkara itu didedahkan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang memetik kenyataan Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael.

Dalam laporan itu, Cynthia berkata, dua tiket penerbangan itu disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya.

“Siasatan mendapati Gifen- sebuah subsyarikat kepada DCNS berpengkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. Mereka jumpa bayaran e-tiket melibatkan Razak baginda, Altantuya dan seorang lagi,” kata Cynthia.

Maklumat lanjut mengenainya disiar menerusi Suara Keadilan, edisi ke 16 yang boleh diperoleh di pasaran mulai hari ini.

Nota:

adakah jantan ini Mat ezam?
tak mungkin kerana tak ada kotak?

adakah jantan ini zul nordin?
tak mungkin kerana ketika itu bisul belum melatus

Kah..Kah...Kah...!!

Rakyat Di Tipu Lagi...!!


RON 95: RAKYAT AKAN DITIPU LAGI – HD

Rakyat terus ditipu lagi dengan permainan licik kerajaan Umno BN, apabila harga petrol RON95 akan dinaikkan setelah harganya kini begitu membebankan.

Pada hal tiga lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata rakyat tidak perlu risaau kerana harga RON95 tidak akan dinaikkan.

Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, cakap Ismail Sabri itu bagaimanapun tidak boleh dipakai kerana ia hanyalah untuk mengelirukan rakyat.
Menurut beliau, kenaikan petrol RON95 tidak sepatutnya berlaku kerana jika RON95 dinaikkan ia pasti akan melibatkan bebanan seluruh rakyat.

KEJATUHAN HARGA MINYAK MEMBIMBANGKAN – BH

SINGAPURA: Harga minyak dalam dagangan Asia merudum hari ini, berikutan permintaan yang membimbangkan dan dijangka berterusan sehingga memberi kesan terhadap sentimen bahan bakar itu.

Kontrak utama New York, minyak mentah light sweet untuk Jun jatuh 26 sen kepada AS$97.11 setong dan minyak mentah Brent North Sea selesa pada 14 sen kepada AS$110.70.

Kedua-dua kontrak itu ditutup lemah dalam dagangan Amerika Syarikat (AS), semalam.
-------------------------------------------------------
woit…. NAMPAK JELAS NAK MENIPU….

kah kah kah…DULU KATA KALAU HARGA MINYAK DUNIA JATUH… HARGA PASARAN JUGA AKAN TURUN….

kah kah kah…HARI INI NAMPAK MENIPU… NAMPAK KELENTONG ….

kah kah kah…KENAPA SUBSIDI PADA CUKONG TAK TURUN?....

woit…. AIMAN TAK KISAH...TOWKAY DAN TAIKOON DIBERI SUBSIDI…RAKYAT MATI KELAPARAN….

Bangang Tak Habis-Habis...!!


MB PAHANG DAKWA LOJI LYNAS TERLALU DIPOLITIKKAN - MI

Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob (gambar) meminta semua pihak menunggu keputusan panel bebas yang mengkaji aspek keselamatan terhadap pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan.

Beliau berkata, tindakan berdemonstrasi atau bantahan terhadap pembinaan kilang itu yang didalangi pihak pembangkang dilihat lebih bermotifkan politik semata-mata.
“Semua pihak termasuk pihak pembangkang kelak harus menerima apa juga keputusan panel bebas itu,” katanya kepada pemberita di Pekan Kerdau di sini.

Dalam laporan dibawa Berita Harian Online petang ini, Adnan dipetik berkata, isu pembinaan kilang itu dilihat terlalu dipolitikkan sekali pun Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) sebelum ini sudah mengesahkan bahawa kilang berkenaan adalah selamat.
Ahad lalu, empat orang termasuk dua wanita ditahan selepas terbabit dalam perhimpunan haram di depan pejabat DAP Pahang kerana membantah pembinaan kilang berkenaan.

Pembinaan kilang bernilai RM700 juta oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia, di kawasan perindustrian Gebeng itu menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.

Beberapa siri penerangan yang dianjurkan LPTA dan kerajaan negeri Pahang di sekitar Kuantan baru-baru ini dilihat tidak memberi kesan positif.

Kerajaan pada 22 April lalu mengumumkan penubuhan satu panel bebas bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan kilang itu.

DEMO ANTI KILANG LYNASS



Nota:

jangan lupa
berkumpul di klcc
jam 2.00 jumaat ini

berarak ke kedutaan australia
di hadapan klcc
jalan yak kwan seng

semua anak muda di ajak datang !!!

May 17, 2011

Himpunan Pemuda PAS Kelantan

Tak Ada Maknanya Undi BN....!!


KOS SUBSIDI NAIK, TPM BAYANG KENAIKAN HARGA BARANG - MI

Muhyiddin Yassin berkata kos subsidi dijangka meningkat dua kali ganda daripada RM10.32 bilion tahun lalu kepada RM20.58 bilion pada 2011.

Justeru katanya , negara tidak boleh mempertahankan jumlah kos subsidi semasa — syarat yang dilihat kerajaan tidak dapat mengelak kenaikan harga barang-barang keperluan.

“Ya, kita memberi subsidi tetapi kita tidak boleh kekalkan subsidi pada jumlah yang sama. Jadi, ada cara di mana kita sedang cuba untuk mengurangkan kos-kos subsidi seperti menaikkan harga gula. Kami melakukan secara berperingkat-peringkat,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Kuasa membeli yang kecil, diapit dengan kenaikan harga barangan telah memberi tekanan ke atas pentadbiran Najib untuk menyalurkan lebih banyak dana awam ke atas pemberian subsidi.

Tindakan ini dikatakan perlu untuk mengelakkan kemarahan rakyat berhubung kenaikan kos hidup selain membalas serangan Pakatan Rakyat terhadap mengurangkan subsidi.
Harga gula mengalami kenaikan 20 sen sekilogram minggu lalu.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan i Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapi peningkatannya.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

“Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga,” kata beliau sebagaimana dilaporkan media tempatan.

Ismail Sabri berkata, kenyataannya sebelum ini bahawa tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.
-------------------------------------------------------
woit… INI BETUL BETUL SUMPAH LAKNAT….

kah kah kah… KATA ADA BERITA BAIK HARI ISNIN….

kah kah kah… RUPA RUPANYA NAK NAIK KAN HARGA BARANG…

kah kah kah AIMAN TAK KISAH...APA PUNYA KERAJAAAAN….CIIIT PANDDY KUTTY!!! ...

Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional....!!


HARGA MINYAK NAIK LAGI

PUTRAJAYA: Unit Komunikasi Korporat,Kementerian Perdagangan Dalam NegeriKoperasi dan Kepenggunaan pada Isnin telah mengeluarkan satu kenyataan media berhubung rasionalisasi pemansuhan Kategori Kenderaan Pemberian Diesel Subsidi Super berkuatkuasa mulai 1 Jun depan.

Rasionalisasi Subsidi

Majlis Ekonomi pada 9 Mei lalu telah memutuskan pemansuhan pemberian diesel subsidi super berkuat kuasa mulai 1 Jun kepada beberapa kategori kenderaan seperti berikut:

i. Penggerak Utama
ii. Kargo Am
iii. Luton Kotak
iv. Van (Panel Van, Semi Panel Van dan Window Van)
v. Lori-Rigid Minuman Botol
vi. Lori Tangki Rigid- Tepung
vii. Lori Rigid- Refrigerated
viii. Lori Tangki Air
ix. Teksi Limosin

---------------------------------------------------------
Woit….PADAN MUKA… UNDI LAGI GEROMBOLAN

kah kah kah… PADAN MUKA…. TAK SEDAR SEDAR….

kah kah kah… PADAN MUKA… SUDAH DI BERI TAHU TAK NAK DENGAR….

kah kah kah…DUIT HABIS BELI SENJATA….

kah kah kah…DUIT HABIS BAYAR SUBSIDI PEMBEKAL JANA KUASA….

kah kah kah…AIMAN TAK KISAH...DUIT HABIS… MEMBAZIR BUAT PROJEK RUNTUH….

Nota:

lihat bagaimana gerombolan nak tipu mak cik felda dan orang kampong
gerombolan gunakan perkataan rasionalisasi..
Supaya susah untuk orang kampung faham...
kah kah kah

bila harga diesel pengangkutan ini naik
maka harga barang akan naik

bersedia untuk turun ke jalan raya
tak perlu tunngu pilihanraya
kah kah kah

JUMAAT INI DEMO ANTI LYNASS



sila berkumpul pada jam 2.00 petang di sekitar klcc

kemudian berarak ke arah kedutaan australia
tujuan untuk menghantar memo bantahan
kerana syarikat australia
telah membuka kilang maut
di gebeng kuantan pahang

datang beramai-ramai