Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 30, 2011

Tibai Jangan Tak Tibai...Tibai Sampai Lunyai...!!


Tee Keat: Soi Lek tidak harus jadi calon BN ekoran skandal seks - MI

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata penggantinya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bukan seorang “calon yang boleh menang” kerana skandal seks 2007 melibatkan bekas menteri kesihatan itu akan menjadi liabiliti besar bagi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13.

Dr Chua (gambar), yang menewaskan Ong pada pemilihan ekoran krisis dalam parti 18 bulan yang lalu, tidak mengesahkan sama ada akan bertanding meskipun minggu ini mengumumkan beberapa pemimpin tidak akan diturunkan pada pilihan raya umum kali ini.

Khabar angin tersebar sejak Februari lalu bahawa Ong juga akan digugurkan daripada bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pandan.

Kata Ong, skandal seks Dr Chua akan terus menghantui presiden MCA dan juga BN.

“Adakah beliau calon yang boleh menang? Saya tidak melihat rakyat Malaysia boleh terima beliau.

“Memang beliau mahu bertanding. Beliau berkata lima bahagian mahu beliau bertanding dan ramai termasuk diri beliau akan berkata bahawa salah laku atau tindakan tidak bermoral bukan alasan untuk menafikan beliau hak untuk bertanding,” katanya lagi.

Anwar Buat UMNO/BN Tak Senang Duduk...!!


Keputusan kes Anwar penentu tarikh pilihanraya-KD

SUNGAI PETANI: Keputusan kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara faktor penentu tarikh pilihanraya umum akan datang, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Setakat ini katanya, keputusan mahkamah dilihat masih berpihak kepada pendakwaraya, termasuk jangkaan menolak keterangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya sebagai saksi.

“Walau apapun cara, saya yakin Anwar akan dijatuhkan hukuman bersalah. Objektifnya mudah iaitu untuk memastikan Anwar tidak dapat bertanding,” kata beliau.

Namun begitu, kata Johari, sukar untuk meramalkan tarikh pilihan raya ekoran pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dilihat masih kabur dan teragak-agak untuk membuat keputusan.

Beliau berkata, Najib sebelum ini mengumumkan beberapa langkah pembaharuan, termasuk mengingatkan penghapusan kuota bumiputera melalui Model Ekonomi Baru yang diperkenalkannya tahun lalu.

“Jadi untuk laksanakan pilihanraya, Najib perlu sesuatu yang kuat dan ada objektif yang jelas sebagai modal berkempen. (Tetapi sekarang ) Ini dengan ekonomi yang murung ditambah dengan masalah dalaman Umno (sukar bagi Najib membuat keputusan),” katanya.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin berkata sebarang keputusan samada Anwar didapati bersalah atau tidak akan mengambil kira keadaan politik semasa.

“Kalau (sekiranya) Anwar dibebaskan ia dapat meraih keuntungan politik kepada Kerajaan BN, tidak mustahil mereka akan melaksanakannya. Ini kerana Najib akan memberitahu rakyat bahawa mahkamah sebenarnya bebas dan negara mengamalkan demokrasi sekaligus menafikan konspirasi,” katanya.

Menurut Shamsul isu sebenar yang perlu diberi perhatian ialah Anwar sebagai warganegara berhak mendapat perbicaraan adil.

“Kita lihat hampir keseluruhan masyarakat antarabangsa melihat kecacatan yang serius dalam kes ini khususnya untuk perbicaraan yang adil”

“Apa saja keputusan akan berkait dengan Najib bersama kabinetnya dan ia akan memberi kepada implikasi terhadap ekonomi dan politik negara,” kata beliau.

From London With Love...!!


Peguam Perancis bongkar Scorpene malam ini - KD

KUALA LUMPUR: Peguam mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Joseph Breham akan bercakap mengenai kes rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene di London malam ini.

Beliau akan menerangkan mengenai perkembangan kes itu kepada masyarakat antarabangsa, berhubung siasatan terhadap komisen yang dibayar oleh pembuat kapal selam berkenaan, DCN kepada pegawai tertinggi Malaysia.

Breham merupakan anggota kepada Kumpulan Peguam Hak Asasi Antarabangsa (SIHRG) yang dilantik Suaram bagi mewakili aduan yang difailkan terhadap DCN di Paris pada awal 2010.

Beliau dijangka menyentuh mengenai pembelian kapal selam Scorpene dan Agosta bernilai RM7 bilion ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan.

Komisen 114 juta Euro atau RM570 juta dibayar kepada Syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, seorang kenalan rapat kepada Najib Razak.

Transaksi berkenaan mengheret pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibu- perempuan simpanan Razak dan sebelum itu dikatakan turut mempunyai skandal dengan Najib.

Altantuya dibunuh dengan kejam pada Oktober 2006 apabila mayatnya diletupkan dengan bom C4 di Puncak Alam, Shah Alam oleh dua pegawai pengiring kepada Najib yang juga anggota Unit Tindakan Khas.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi pada Julai tahun lalu berkata, tidak ada keperluan bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat transaksi itu kerana ia telah diluluskan kementerian kewangan dan pembelian itu dibuat melalui prosedur pemerolehan.

Jawapan itu memaksa Suaram untuk membuat aduan di peringkat antarabangsa.

Sebelum ini, kabel diplomatik Amerika Syarikat mendedahkan kepada WikiLeaks senarai kenalan Najib yang memainkan peranan dalam pembelian Scorpene.

Salah seorangnya ialah proksi kepada Najib iaitu Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Lodin Wok Kamaruddin yang juga Timbalan Pengerusi Bousted Holdings Bhd. Selain LTAT, Bousted Holdings memegang 20 peratus kepentingan dalam Perimekar, melalui KS Ombak Laut Sdn Bhd.

Menurut penyata kewangan Perimekar, Lodin adalah salah seorang dari lima pengarah Perimekar, disamping isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan, Rohanan Abdullah Meili, Abdul Rani Mohd Hussin Abdullah dan Mohd Hussin Tamby, lapor Malaysia-Chronicle.

Menang Di Jempol Bermakna PR Dapat Tawan Negeri Sembilan...!!


Pakatan Rakyat Negeri Sembilan menyedari untuk memenuhi matlamat Menawan Negeri Sembilan PRU-13, kawasan-kawasan Felda harus ditembusi yang merupakan kubu kuat BN di Semenanjung selain Sabah dan Sarawak.

Apakah matlamat PR Negeri Sembilan itu cuma suatu ilusi? Adakah stigma kawasan Felda sebagai kubu kuat BN tidak mampu diubah?

Parlimen Jempol terdiri daripada 60% kawasan Felda yang terbentang luas dari utara Jempol mengunjur luas ke timur dan selatan Jempol. Terdapat empat DUN dalam Parlimen Jempol iaitu Serting, Jeram Padang, Palong dan Bahau.

Hanya DUN Bahau berjaya dimenangi oleh PR melalui parti DAP. Jeram Padang dimenangi oleh BN dengan majoriti bawah dua ribu undi, memberi potensi baik kepada PR melalui PKR untuk memenanginya pada PRU-13. Sementara Serting dan Palong masih kekal kepada BN dengan majoriti kemenangan yang agak tinggi.

Namun, usaha-usaha menangani permasalahan para peneroka Felda telah diberi keutamaan bagi mengubah perspekstif pemikiran rakyat di Jempol supaya menyedari hak-hak mereka. Penyelewengan yang sekian lama dijalankan oleh Felda melalui pelbagai kaedah muslihat telah memerangkap kebanyakan peneroka tanpa menyedari penipuan sedang berlaku!

Kerjasama antara komponen PR Negeri Sembilan Jempol dalam menggerakkan usaha pembelaan para peneroka Felda sejak tahun 2009 lalu telah membangkitkan gerun kepada BN walaupun menafikannya. Warga Felda Perihatin telah bergerak masuk ke kawasan-kawasan Felda untuk mengadakan sesi dialog dan perbincangan bagi menerangkan penyelewengan Felda.

Hasil gerakan yang diketuai oleh Saudara Rebin Birham, T. Kumar dan Karip Salleh telah menyatukan lebih 700 peneroka dari Felda Serting Hilir dan Felda Raja Alias memfailkan saman kepada Felda berkaitan isu penyelewengan gred perahan minyak sawit di Mahkamah Tinggi Seremban pada 10 Ogos 2010. Kebanyakan peneroka yang terlibat adalah ahli-ahli Umno yang telah sedar betapa hak mereka telah dinafikan oleh Felda.

Langkah itu tidak terhenti di situ sahaja, seterusnya pada awal bulan Januari 2011 seramai 30 peneroka dari Felda Palong 9 telah memfailkan saman kepada sebuah syarikat kontraktor Felda berkaitan penebangan kayu getah tua.

Gerakan aktif Warga Felda Perihatin telah dilihat sebagai ancaman oleh BN dan Felda. Pihak pengurusan Felda telah mengedarkan risalah-risalah yang cuba menafikan penyelewengan-penyelewengan yang didedahkan oleh Warga Felda Perihatin. Malah, jika pihak PR ingin mengadakan ceramah perlu meminta surat kebenaran Pengurus Rancangan sedangkan pihak berkuasa tidak punya masalah memberi kebenaran permit ceramah. Ini satu tindakan sekatan yang telah digerakkan oleh BN bagi menghalang gelombang perubahan di kawasan-kawasan Felda.

Nota :

Sejarah harus diimbas sebagai pedoman. Pada PRU tahun 1999, DUN Jengka telah berjaya ditawan oleh PAS yang diketahui sebagai 100% kawasan Felda. Begitu juga dalam PRU tahun 2004, di DUN Pertang PKR telah menang di Daerah Mengundi Pasoh 4 yang juga kawasan 100% Felda. Jadi, tidak ada yang mustahil untuk meraih kemenangan buat PR. Semoga imbasan ringkas ini akan memberi suatu semangat kepada jentera pilihanraya PR NS di Jempol untuk melaksanakan matlamat menawan negeri ini.

GEMPAR !!! : Safee Sali Masuk PAS....


"Penyerang PAS yang sudah lama direhatkan sejak 2008,yang baru diturunkan akhirnya menjelmakan gol awal dalam perlawanan menentang UMNO.Walaupun diasak oleh pemain pertahanan lawan yang ketuai oleh Hisahamuddin Hussin dengan dibantu Khairi Jamaluddin (yang dikhabarkan akan berpindak ke pasukan baru musim depan dengan yuran perpindahan yang terendah dalam sejarah pemindahan pemain),namun ianya masih belum mampu memastikan gawang UMNO tidak bocor.

Rembatan deras Mat Sabu yang dikatakan bayangan Mat Indera penyerang sensasi Tanah Melayu yang sangat digeruni Inggeris suatu ketika dahulu, akhirnya menyebabkan penyokong UMNO mengamuk dan melemparkan objek keras sebagaimana yang dilaporkan oleh wartawan Harakah di Negeri Sembilan kelmarin.Mat Sabu yang sememangnya terkenal dengan kegelicahannya mengelecek bola sebagaimana Messi,bijak merembat deras bola yang dilorongkan oleh pemain veteren PAS yang masih kuat Nik Abdul Aziz Nik Mat.Penjaga Gawang UMNO Muhyiddin Yaasin dilaporkan cedera dan patah jari kerana cuba menahan bola kencang yang dirembat Mat Sabu.

Jentera serangan UMNO yang diketuai Najib Abd Razak pulak dipaksa untuk berhempas pulas untuk menembusi kubu pertahanan lawan yang diketuai Nasaruddin Hassan.Malah serangan balas yang diketuai Najib sekadar melewati palang gol walaupun sepakan gunting gaya I.S.A. digunakan oleh beliau.Najib dilaporkan kecewa dengan prestasi hambar rakan-rakan sepasukannya yang mudah membiarkan kubu pertahan dibolosi,apatah lagi pemain pertahanan simpanan yang dimasukkan Zainal Kling juga gagal menjaga gawang UMNO bahkan menjaringkan pula gol sendiri pada minit ke-15 perlawanan, hasil perebutan bola yang berlaku dengan Saifuddin Nasution dihadapan pintu gol.Ini menyebabkan sebahagian penyokong UMNO di Britain dilaporkan kecewa dan menangis dengan apa yang dilakukan Zainal Kling.

Lebih parah lagi pada minit ke-30 Zainal Kling terpaksa diusung keluar hasil terjahan keras yang dilakukan oleh penyerang sensasi PAS Nik Abd Aziz Nik Mat.Kehadiran penyokong UMNO yang sekadar 3.4 juta tidak mampu menggerunkan pasukan anak buah Al-Marhum Fadhil Noor.Malah pada minit ke-40 sekali lagi gawang UMNO bocor kali ini dengan rembatan hudud yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz yang bijak melepasi perangkap off said yang dilakukan oleh benteng pertahanan UMNO.Malah ketangkasan Nik Abd Aziz Nik Mat yang bijak melakukan larian biarpun secara solo mendapat pujian penjaga gawang UMNO sendiri Muhyiddin Yaasin.

Sehingga tamat separuh masa pertama UMNO dilaporkan masih buntu mencari gol walaupun berpakat dengan pengadil perlawanan Abdul Aziz Mohd. Yusof.Malah kehadiran kuda tua UMNO yang menyarung jersi lama yang berlogokan ‘tolak hudud’ Mahathir Mohamad lansung tidak memberikan sebarang ancaman kepada benteng pertahanan PAS yang dibantu oleh Mahfudz Omar.Mahfudz yang dimasukkan oleh jurulatih PAS Abd Hadi Awang dilihat bijak merantai pergerakkan Mahathir kerana memiliki kelebihan berasal dari negeri yang sama...kah..kah..kah...

Perlawanan dijangka bersambung semula pada separuh masa kedua,namun setakat artikel ini ditulis Abdul Aziz Mohd Yusof masil lagi belium meniupkan wisel kerana menanti arahan kapten pasukan UMNO Najib Tun Razak.Separuh masa kedua ini dijangka lebih rancak hasik kata peransang yang diberikan terutamanya selepas mendapat kata peransang oleh penolong pengurus pasukan Anwar Ibrahim.Saksikan apa akan berlaku pada separuh masa kedua...apakah mungkin PAS atau UMNO mendapatkan khidmat Safee Sali untuk mengukuhkan jentera serangan mereka?-WARTAWAN Kiyai Haraki melaporkan....Hidup Harimau Malaya!!!

Berita Bergambar....!!



Sah UMNO Adalah Dalang Disebalik Serangan Gangster Ke Atas Program Libat Hj Md Sabu Di Seremban...!!

Hudud: Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Capai Kata Sepakat....!!


"KUALA LUMPUR 29 Sept. 2011 Keputusan menang-menang tercapai awal pagi tadi setelah 3jam berlangsung mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan di Pejabat Agung PAS. Sidang media bersama yang diadakan kira-kira jam 1 pagi tadi dengan kehadiran oleh hampir semua pemimpim utama PAS, PKR dan DAP. Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tidak menyertainya dan beliau diwakili oleh Exco kerajaan negeri Kelantan yang juga seorang peguam, Datuk Takiyudin Hassan.

Resolusi kata sepakat berjaya dicapai oleh pemuafakatan Pakatan Rakyat semalam untuk membenarkan PAS membuat penjelasan dan penerangan tentang undang-undang jenayah syariah termasuk hudud. Bagaimanapun pelaksanaannya akan bergantung kepada kejayaan untuk mendapat kata sepakat bagi meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan ianya dilaksanakan.Dalam masa yang sama, Pakatan Rakyat juga menerima prinsip bahawa DAP tidak bersetuju dengan undang-undang ini ketika PAS dan PKR menghormatinya, namun ia tidak menghalang PAS untuk terus menerangkannya kepada masyarakat.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media menegaskan “Kenapa kita mesti nafikan hak PAS untuk articulate isu ini, ini proses demokrasi…bukan Umno yang kontrol Pakatan Rakyat…kita hormati hak rakyat untuk membentangkan cadangan mereka. Nafikan PAS untuk articulate kes ini, ia tidak ada. Pakatan Rakyat menghormati inisiatif PAS untuk laksanakannya. Untuk melaksanakannya, ia perlu capai kata sepakat dan seterusnya pinda perlembagaan,” kata Anwar.

Tambah Anwar hak untuk membentangkan isu ini seharusnya diterajui Pakatan Rakyat dalam proses demokrasi ketika konsensus menyebelahi Pakatan Rakyat, “Kenapa kita mesti nafikan hak PAS untuk articulate isu ini, ini proses demokrasi…bukan Umno yang kontrol Pakatan Rakyat…kita hormati hak rakyat untuk membentangkan cadangan mereka. Nafikan PAS untuk articulate kes ini, ia tidak ada.” Anwar menegaskan, “Kita tidak boleh halang PAS untuk memberikan pandangan atau cadangan dalam atau di luar mesyuarat.”

Dengan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ini bermakna semua pihak dalam Pakatan Rakyat boleh menyatakan pendirian mereka mengenainya secara terbuka. PAS dibenarkan secara rasmi untuk terus menerangkan undang-undang Allah ini di samping berusaha untuk melaksanakannya dengan syarat usaha untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berjaya.

Kini persoalan yang perlu dijawab adalah, bagaimanakah caranya untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan undang-undang ini dilaksanakan?
Anggota Parlimen PAS akan menyokong. Begitu juga anggota Parlimen PKR, mereka juga akan menyokong berdasarkan keputusan semalam. Jelas juga, DAP menyatakan mereka tidak menyokong hukum ini.

Ini bermakna, berjaya atau tidak pelaksanaan undang-undang ini bergantung juga kepada kerjasama dari anggota Parlimen dari Barisan Nasional (BN) khasnya Umno. Pendek kata, undang-undang ini akan berjaya dilaksanakan kalau ia turut disokong oleh Umno kerana parti inilah yang mempunyai ahli paling ramai sekarang dalam Dewan Rakyat.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan mencadangkan agar diadakan satu muzakarah untuk meleraikan kekeliruan dan membetulkan persepsi negatif yang timbul dalam masyarakat terhadap sistem perundangan Islam di negara ini. Selain itu PAS turut mencadangkan agar muzakarah ini dihadiri oleh para mufti dan Umno mewakili parti pemerintah.

“Muzakarah ini diharap dapat diadakan secara terbuka bagi memberi ruang luas kepada seluruh masyarakat mendengar pandangan semua pihak, bukannya tindakan sebelah pihak,” kata Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini.

PAS mengesyorkan pandangan ini ketika negara menyaksikan kontroversi berkaitan dengan pelaksanaan hukum hudud. Kerajaan negeri Kelantan menggerakkan hasrat mahu melaksanakan hudud pada 1993. Islam sebagai sebuah agama yang ditegakkan di atas nas dan hujah, PAS melihat muzakarah adalah medan menambahkan ilmu dan maklumat secara sihat yang perlu diterima dan disokong oleh semua pihak, kata Tuan Ibrahim. Tegasnya, isu hudud bukan satu isu politik, tapi ia merupakan satu isu yang seringkali dihebahkan terutama menjelang pilihan raya.

“Sedangkan isu hudud merupakan isu yang menyentuh umat Islam secara langsung, dan ianya adalah tuntutan syarak bagi pemerintah untuk melaksanakannya,” kata beliau.

Sep 29, 2011

PDRM Adalah Polis UMNO....!!


Ketua Polis Negara harus perjelas program Umno dalam Markas FRU dan logo Umno memenuhi persekitaran markas. Pada 26 September 2011, bertempat di Markas Polis Simpanan Persekutuan- FRU (Unit 7 PSP NS) telah diadakan satu program bersama di dengan parti politik UMNO.

Pada hari tersebut bendera Umno memenuhi ruang sekitar Markas FRU dan jelas tertera logo dan nama Umno dalam pemidang dibelakang pentas. Malah ucapan Ketua Umno Bahagian Seremban penuh bersifat politik kepartian.

Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Sembilan memandang serius perkara ini. Ini menunjukkan polis khususnya FRU sudah terjebak mengambil sikap dalam politik kepartian. Ketua Polis Negara harus tampil menyatakan pendiran dalam perkara ini.

Dato' Hj. Ishak Ismail hadir bukan sifatnya selaku mana - mana kapasiti jawatan kerajaan tetapi hadir dan berucap atas kapasiti Ketua Umno Bahagian Seremban.

Lebih serius program ini berlaku selepas polis dilihat melindungi dan gagal bertindak dengan kejadian Pemuda Umno Seremban yang menyerang sehingga mencederakan orang awam ketika Majlis Hari raya anjuran PAS yang dihadiri oleh Hj. Mohamad Sabu baru - baru ini.

Muhammad Saufi Miad
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia
Negeri Sembilan

27 September 2011

Blogger UMNO Buat Fitnah Lagi...!!


Setelah Video Seks seseorang yang lelaki yang menyerupai Anwar disiarkan blog Pro UMNO dan dituduh mereka lelaki itu sebagai Anwar Ibrahim, mereka menyiarkan Video Aksi Seks yang didakwa mereka adalah seorang Pegawai Kastam dan kini disiarkan pula oleh mereka video scandal seorang wanita bertudung dan seorang lelaki yang didakwa mereka dirakam didalam pejabat DUN Kota Anggerik yang mana ADUNnya ialah YB Yaakob Sapari.

Salam kepada semua, memang kerja "puak" yang dilaknat Allah membuat fitnah. Saya menafikan sekeras-kerasnya video ini dengan Pejabat DUN Kota Anggerik kerana pejabat ini sama sekali adalah bukan pejabat tersebut. Sila datang sendiri ke pejabat DUN Kota Anggerik di No 3A, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9.B Seksyen 9 40000 Shah Alam untuk melihat suasana dan layout pejabat yang amat jauh berbeza seperti didalam video ini. Bagi sesiapa yang membuat fitnah ini, laknatullahialaih, kami akan membuat bacaan doa khas untuk meminta Allah membalas kerja2 fitnah tersebut. Allah Maha Adil! - komen dalam Blog UMNO yang siarkan video ini.

Adun Kota Anggerik nafi tuduhan blog pro-Umno

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik, Yaakob Sapari hari ini menafikan tuduhan fitnah oleh sebuah laman blog pro-Umno yang didakwa cuba memburukkan imej Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat beliau dan para stafnya.

Klip video itu memaparkan aksi seorang lelaki dan wanita sedang melakukan aktiviti tidak bermaruah dalam sebuah pejabat dengan tajuk entri ‘Video Klip Skandal Dalam Pejabat Adun Kota Anggerik Shah Alam’.

Namun menurut Yaakob, hasil siasatan mendapati video klip itu menunjukkan lokasi dan dekorasi dalaman pejabat yang jauh berbeza dengan Pusat Khidmat milik beliau.

Beliau sekaligus menyangkal individu (pelaku) video tersebut adalah stafnya dan percaya jurublog terbabit cuba membuat tuduhan tidak bermoral ke atas warga kerja untuk memberi gambaran negatif kepada rakyat.

Klip video

“Blogger tersebut tidak bertanggungjawab dengan memuat naik klip video yang memaparkan aksi seorang lelaki dan seorang wanita yang sedang melakukan aktiviti tidak bermaruah di dalam sebuah pejabat.

“Akan tetapi hasil kajian dan siasatan yang telah dilakukan ke atas video tersebut menunjukkan lokasi dan dekorasi dalaman pejabat di dalam video tersebut berbeza dengan pejabat pusat khidmat yang sebenar,” katanya yang juga Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor.

Gesaan turut dibuat Yaacob agar BN dan Umno tidak lagi menggunakan politik kotor dengan menuduh pemimpin Pakatan Rakyat terlibat dengan skandal tanpa bukti jelas.

Katanya tindakan sedemikian hanya untuk menganggu Pakatan Rakyat dan mengalihkan fokus rakyat terhadap isu yang lebih besar .

Hassan Ali Tetap Istiqamah Bersama PAS...!!

SEHINGGA kini saya masih bersama PAS, saya yakin dengan perjuangan PAS, demikian penegasan Exco Kanan negeri Selangor dan AJK PAS Pusat, Dato’ Dr Hasan Mohamad Ali berhubung dakwaan beliau mahu masuk Umno. Ikuti penjelasan beliau kepada wartawan Harakah, SAIDAH HAIRAN di majlis rumah terbuka Aidilfitri di rumahnya, Taman Tun Dr Ismail, barubaru ini.

Ada dakwaan mengatakan Dato’ akan keluar PAS dan masuk Umno. Benarkah dakwaan tersebut, Dato’?

DR HASAN: Baru-baru ini dalam blog-blog mengatakan Hasan Ali akan masuk Umno, hari ini (17 Septembar) hari pengistyiharan dia (saya) masuk Umno. Ini spekulasi.

Yang kedua dalam laporan media, dalam blog dan akhbar mengatakan saya pernah menganggotai Umno, pernah berkecimpung dalam Umno.

Saya menegaskan, saya tidak pernah sebarang masa dan ketika masuk Umno. Saya juga tidak pernah berniat untuk berkecimpung dalam Umno.

Jadi, saya merasakan insya-Allah jika misalnya saudara-saudara dapatkan penjelasan ini dan beritahu kepada mereka yang ingin mengetahuinya. Saya rasa dapat melegakan spekulasispekulasi yang sedemikian.

Saya tidak menyatakan spekulasi ini berniat jahat, saya tidak mengatakan spekulasi ini spekulatif sifatnya, saya tidak menyatakan hanya mahu menimbulkan ketegangan di mana-mana pihak tetapi saya rasa redakanlah. Jika tidak dapat penjelasan daripada tuan punya badan janganlah mewakili kuda-kuda untuk bercakap.

Dato’ ada sumber mengatakan Dato’ berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein?

Tidak ada. Saya tidak pernah berjumpa dan tidak ada rancangan untuk berjumpa.

Mungkin ada orang lain yang berjumpa, mungkin Hasan kot...

Hasan putung mayung ke bukan Hasan Ali (sambil berseloroh).

Sehingga kini saya bersama dengan PAS. Saya yakin dengan perjuangan PAS yang diasaskan.

Saya masuk PAS kerana dalam slogan PAS ialah Kepimpinan Ulama. Slogan ini yang memanggil Hasan Ali masuk PAS. Kedua kerana PAS hendak menegakkan negara Islam yang berpangkalkan pada al-Quran, sunnah, ijmak dan qias.

Itulah yang memanggil saya masuk PAS. Tetapi misalnya jika itu sudah tidak dijunjung lagi oleh mana-mana manusia macam saya pun, saya harus melihat diri. Jika kita hendak mengatakan saya meletakkan diri saya dengan meloncat kepada Umno, itu tidak betul sama sekali. Hari ini saya menafikan itu berlaku.

Bagi Dato’ kenapa sampai ada dakwaan timbul?

Macam-macam orang mendakwa, saya public figure. Tapi dakwaan macam itu jika keluar daripada mulut isteri saya itu pun tidak betul, selagi tidak keluar daripada mulut saya sendiri dan ia tidak boleh diwakil-wakilkan.

Kedudukan kita dalam politik ini bukan perwakilanperwakilan macam itu, saya tidak pernah mewakilkan manamana orang, saya tidak pernah mewakilkan sesiapa dan tidak akan mewakilkan sesiapa.