Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 25, 2011

Lawan Tetap Lawan...!!


PKR ikrar Anwar akan jadi PM ketujuh - MK

Timbalan presiden PKR, Azmin Ali menyatakan ikrar untuk terus mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berdepan dengan hukuman penjara berhubung tuduhan liwat yang dihadapi ketua umum parti itu.

Azmin juga memberi peringatan keras kepada Umno bahawa PKR akan terus mara walau apa pun konspirasi dijalankan untuk memenjarakan Anwar.

"Kami anak muda dan wanita berikrar akan bangkit meruntuhkan tembok kezaliman penjara untuk membebaskan Anwar Ibrahim.

"Pakatan Rakyat telah sepakat bahawa Anwar Ibrahim adalah perdana menteri Malaysia yang ketujuh," katanya disambut tepukan kira-kira 1,500 orang perwakilan ketika menyampaikan dalam ucapan dasarnya di kongres PKR kelapan di Johor Bahru hari ini.

Membuka tirai kongres yang kali pertama diadakan di kubu kuat Umno itu, Azmin turut menyerang Umno sebagai parti yang "anti-Melayu" dan hanya berjuang untuk "membela tembolok kerabat dan bukannya rakyat."

"Layakkah perjuangan Umno yang sehingga kini tidak dapat menjelaskan ke mana lesapnya saham milik Melayu-bumiputera berniali RM52 bilion dijulang sebagai perjuangan mempertahan ketuanan Melayu?

"Lihat sahaja dalam isu National Feedlot Corporation. RM250 juta yang diperuntukkan untuk mengurangkan kebergantungan import bahan makanan telah disalahguna untuk membeli kondominium mewah.

"Sehingga hari ini menteri yang berkenaan masih lagi berkuasa, malah mendapat kekebalan dari timbalan presiden Umno.

"Di mana 'ketuanan Melayu' yang dilaungkan jika hak rakyat dirampas dan diagihkan kepada menteri untuk keluarga dan kerabat?" soalnya lagi.

UMNO Setiu Pun Minat Pada PGU...!!


KUALA TERENGGANU - Kekuatan PAS Terengganu telah terserlah dengan penganjuran tiga program 'mega' Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno (PGU) yang diadakan di Kemaman, Besut dan Kuala Terengganu.

Kehadiran puluhan ribu rakyat Terengganu pada setiap program PGU menunjukkan PAS mendapat sokongan dan dokongan dan rakyat yang mahukan perubahan pada pilihanraya umum ke-13 yang akan datang.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, PGU telah menyebabkan 'barisan hadapan' Umno Terengganu 'kucar-kacir'.

Beliau berkata walaupun para pemimpin Umno sering menafikannya, namun tindakan ahli Umno di pringkat akar umbi membuktikan perkara tersebut.

"Kesan dari PGU bukan sahaja rasa tak puas hati dikalangan ahli-ahli umno (bahagian) Setiu kepada Mat Jidin (Dato Mohd Jidin Shafee) tak dapat di sangkal lagi.

"Inilah antara cara umno menolak pemimpin mereka setelah usaha rundingan dan diplomasi tetap tak diendah oleh pucuk pimpinan umno negeri dan bahagian,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas paparan kain-kain rentang menyatakan tidak puas hati terhadap Ketua Umno Bahagian Setiu itu dinaikkan di beberapa tempat.

Tinjauan skuad Buletin mendapati, kain-kain rentang bantahan tersebut bukan sahaja dipaparkan kepada khalayak di daerah Setiu, malah ia juga kelihatan di bandaraya Kuala Terengganu.

Wan Sukairi yang juga Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu berkata, cara menaikkan kain-kain rentang merupakan amalan Umno peringkat bawahan.

Katanya, perkara yang sama pernah berlaku di bahagian Marang sebelum ini, dimana ahli-ahli Umno Pengakalan Berangan merentangkan kain ketika membantah wakil rakyatnya, Yahya Khatib Ali.

Mengulas lanjut, beliau berpendapat, rasa tidak puas hati kepada Dato' Mohd Jidin ada rasionalnya.

"Rasa tak puas hati kepada Mat Jidin sememangnya ada rasionalnya (apabila) ada dikalangan ahli Umno berkata, "macamana nak jadi wakil rakyat setiu kalau rumah pun bukan di setiu",ujarnya mengulangi ucapan ahli-ahli Umno.

Justeru beliau yakin PGU akan berlaku di Setiu kerana menurutnya ahli-ahli Umno juga mahukan PAS menggantikan Umno.

"Kita yakin PGU akan berlaku di Setiu... kerana ahli-ahli Umno juga mahukan PGU, mereka menolak pimpinan mereka yang sudah pastinya tidak relevan lagi,"tambahnya.

Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun - Selamat Tahun Baru 1433 Hijrah

Doa akhir tahun di baca selepas waktu asar pada 30 Dzulhijah :



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.

Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.

Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun di baca selepas waktu maghrib pada 1 muharram :



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Nov 24, 2011

Tak Payah Nak Berpadu-Padu......Lupakanlah....!!!


TPM: 'Lebih indah' jika Umno, PAS jadi satu pasukan -MK

Urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah "dan mengindahkan" jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno, berkata perkara itu akan lebih mudah jika kedua-dua parti dapat bekerjasama tanpa perlu berselisih faham terutama dalam soal pengurusan negeri.

"Ia akan mengindahkan jika kita boleh jadi pasukan bersama," katanya dalam reaksi kepada soalan Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Limbungan, Zainuddin Awang Ahmad mengenai bayaran royalti minyak kepada Kelantan dalam sesi dialog pada majlis perjumpaan khas bersama timbalan perdana menteri yang dihadiri warga pendidik di Pusat Dagangan Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Turut hadir pada majlis yang diadakan sempena lawatan sehari Muhyiddin ke Kelantan ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan Dan Dakwah Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Muhyiddin berkata dengan kerjasama sebagai satu pasukan itu, ia akan memudahkan lagi segala urusan pentadbiran dan politik tanpa sebarang masalah.

Beliau berkata soal royalti minyak Kelantan belum ada keputusan muktamad kerana ia masih di peringkat perbincangan.

Katanya isu royalti minyak itu mempunyai kaitan dengan aspek perundangan dan aspek perlembagaan.- Bernama

NFC = UMNO = Penipu...!!


Selain dari Kondominium bernilai RM9,758,140.00 yang dibeli untuk lembu-lembu dari NFC (Khairi kata beli sebagai pelaburan).. hari ini Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan satu lagi keajaiban yang berlaku dalam scandal ‘Feed The Lord’ ini..

Menurut Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid Kementerian Pertanian Asas Tani telah mengeluarkan kesemua wang sebagai dana untuk NFC sejak dari tahun 2008 hingga akhir 2009.

Wang tersebut dikeluarkan kepada akaun khas yang mana ia memerlukan kelulusan kementerian untuk disalurkan kepada akaun operasi syarikat.

Ajaibnya ialah setelah kesemua wang tersebut dikeluarkan barulah perjanjian dilakukan pada 2010..

Ajaib bukan…

Jadi bagaimanapula Noh Omar boleh mengatakan Syarikat milik Suami dan Anak Shahrizat ini dipilih melalui tender terbuka yang terhad (macam mana aku tak tau lah..) sedangkan wang telah habis dikeluarkan setahun sebelum perjanjian ditandatangani?

Noh Omar juga telah berbohong bila beliau hanya sebahagian daripada pinjaman mudah telah dibayar..

Mengapa pula Najib membohongi rakyat dengan mengatakan bahawa setakat 31 Julai hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada NFC?

Sedikit fakta tentang pembayaran kepada NFC oleh Kerajaan.

~Menjelang 31 Mac 2009. Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.

~Pada 31 Mac 2009, NFC telah mengambil pinjaman kedua berjumlah RM220 juta yang terus dimasukkan ke akaun Maybank milik NFC.

~dan 6 Mei 2009 NFC memindahkan wang dari pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.

*****************************


NFC: PAC dapati banyak kelemahan

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia hari ini memutuskan memanggil Kementerian Kewangan dan Ketua Setiausaha Negara untuk melihat semula sistem pengurusan bagi setiap agensi dan jabatan kerajaan.

PAC yang bermesyuarat hari ini membincangkan khusus permasalahan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dilihat banyak kelemahan yang timbul di dalam pengurusannya.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, mesyuarat itu khusus kepada isu NFC tetapi pada peringkat awal Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) sahaja dipanggil.

"Pada peringkat awal isu NFC ini kita hanya memanggil MOA dahulu untuk kita ketahui permasalahan tersebut, dan pihak NFC kita akan panggil bagi mendengar keterangannya pada bulan Januari 2012 tahun depan.

"Kita belum lagi membincangakn perkara ini secara khusus kerana PAC belum lagi memanggil NFC," jelasnya.

Beliau memberitahu melalui perbincangan hari ini, PAC mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan.

"Kelemahan yang paling ketara antara MOA dan NFC adalah di mana wang telah dikeluarkan kesemuanya sejak tahun 2008 hingga akhir 2009.

"Wang tersebut dikeluarkan kepada akaun khas yang mana ia memerlukan kelulusan kementerian untuk disalurkan kepada akaun operasi syarikat.

"Tetapi masalahnya setelah kesemua wang tersebut dikeluarkan barulah perjanjian dilakukan pada 2010," jelasnya.

Beliau juga memberitahu sepanjang perbincangan yang dilakukan terhadap agensi mahupun jabatan kerajaan itu hanya perkara sama yang berulang sehinggakan rakyat sudah mula muak mendengarnya.

"PAC mendapati hanya perkara yang sama berlaku dan kita dapati kelemahan yang jelas adalah sistem pengurusan yang mana ia tidak selari antara pengurusan dengan perlaksanaan.

"Dalam pada itu melihat kepada permasalah yang berulang ini PAC bersetuju untuk memanggil Kementerian Kewangan dan juga Ketua Setiausaha Negara bagi mencari penyelesaian serta memperbaiki kembali sistem yang lama yang tidak sesuai lagi pada masa sekarang," sambungnya lagi.

Tambahnya lagi, pada masa sekarang kebanyakan agensi mahupun jabatan lebih tertumpu kepada projek berkonsep perniagaan dan bagi mengelakkan perkara seperti NFC ini berulang maka perubahan kepada sistem operasi perlu dilakukan.

"Wujud kelemahan dalam sistem yang ada, apabila pihak audit menjalankan tanggungjawabnya serta memaparkan yang benar ia tidak akan disenangi oleh semua jabatan kerajaan," sambungnya lagi.

Kerana RM 100.00...Guru & Ibubapa Terus Di Perbodohkan UMNO...!!


Kalau pun hendak pancing undi janganlah menyusahkan ibu bapa dan guru ketika memberi wang RM100 kepada setiap pelajar. Pada mulanya janji Datuk Seri Najib Tun Razak wang ini akan disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional. Apa yang terjadi pihak sekolah terpaksa diiringi oleh polis ketika mengambil wang di bank.

Apa jaminan keselamatan, terhadap wang yang hendak diagihkan kepada pelajar-pelajar? Jika terjadi suatu yang tidak diingini siapa yang akan menggantikan wang tersebut?. Pihak sekolah pening kepala memikirkan masalah keselamatan wang yang berada kepada guru-guru sebelum diagihkan kepada pelajar-pelajar.

Ibu bapa juga turut susah, kerana umpan politik BN. Ada ibu bapa terpaksa pergi ambil di tempat yang jauh daripada sekolah anak mereka belajar kerana di sana ada majlis yang dihadiri oleh wakil rakyat BN. Sebelum ibu bapa diberi wang, mereka akan dengar kuliah yang bertema "bersyukurlah kepada kerajaan BN". Bukankah kerja ini menyusahkan ibu bapa?

Apa yang paling malang, ada ibu bapa yang marah kepada pihak sekolah, kenapa mereka perlu ke tempat lain untuk mengambil wang, sedangkan sebahagian yang lain hanya ambil di sekolah. Semua ini gara-gara pilihanraya sudah dekat, maka BN akan buat apa sahaja walaupun pada mulanya untuk masuk ke dalam akaun BSN sahaja, kemudian menukar strategi supaya ibu bapa pula datang ambil. Buatlah apa sahaja, insyaAllah ini adalah khidmat terakhir untuk rakyat sebelum PRU 13.

Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Atlit Indonessi Emas 200 Juta Rupiah (72,000), Atlit Malaysia Emas RM10,000


"Sukan SEA TAMAT, Tuan rumah Indonesia juara kesluruhannya. Malaysia ditempat keempat. Namun ibu segala emas diperolehi oleh Malaysia dalam acara bola sepak.

Namun yang patut menjadi renungan kepada semua atlik Malaysia ialah jurang imbuhan yang cukup ketara jika dibandingkan dengan atlik Indonesia. Atlik Malaysia yang perolehi emas diberi imbuhan wang sebanyak RM10,000 seorang dibawak skim hadiah kemenangan sukan (SHAKAM).

Kerajaan Indonesia lagi baik dan cukup perihatin kepada atlik negaranya. Dimana setiap atlik negarnya yang perolehi emas dibayar imbuhannya sebanyak RUPAIH 200 JUTA ATAU RINGGIT MALAYSIA SEBANYAK RM72,000.

Pehak kementerian sukan dan kerajaan Malaysia perlu mengaji semual skim hadiah kemenangan sukan (SHAKAM). Sepatutnya atlik malaysia berjya dengan emasnya dibayar imbuhan sebanyak RM50,000.

Hujahnya mudah kerajaan Malaysia war warka ekonominya baik dan pelabur luar membuak buak masuk melabur dalam Malaysia kata PM Najib Razak. Amat malu jika Indonesia boleh memberi imbuhan yang cukup lumayan kepada atlik yang peroleh emas dalam temasya sukan terbesar dalan Asia Tenggara.

Jangan beasr dan sombong PM Najib dan BN/UMNO kuasa ekonomi Malaysia merudum, jika dibandingkan dengan Indonesi, Vietnam, Malaaysia tercorot. Lembu boleh tidur dalam kondo mewah, takkan hadiah SHAKAM tidak boleh dikaji.

Kepada semua atlik negara Malaysia yang bertanding di Indonesia yang lalu kami ucapkan syabas dan terimakseh kerana menjaga maruah negara bukan menjaga maruah Najib dan Rosmah. atau maruah BN/UMNO.

Semua atlik negara perlu bersuara dan bergabung bersama agar hadiah atau imbuhan SHAKAM dikaji semula, sekurang kurannya atlik yang berjaya perolehi emas dalam sukan yang bertaraf Nasional sperti sukan SEA diberi hadiah sebanyak RM50,000. "

Nov 23, 2011

Gangguan 'Syaitan & Iblis' Amat Bahaya....!!


DUN Kelantan dibubar serentak dengan pusat -MK

Dewan Undangan Negeri Kelantan akan dibubarkan serentak dengan pengumuman kerajaan pusat membubarkan Dewan Rakyat, kata Menteri Besar,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am, PAS dipetik oleh Harakahdaily berkata, adalah tidak berbaloi sekiranya pilihan raya diadakan berasingan antara parlimen dan DUN.

“Kalau kita buat berasingan segala ‘iblis syaitan’ sana akan tertumpu pada satu kawasan.

“Apabila dah banyak sangat, susah kita nak kawal nanti,” katanya kepada akhbar rasmi PAS itu.

Tambahnya, dengan pengalaman lebih 20 tahun memerintah Kelantan, sebaiknya pilihan raya parlimen dan DUN diadakan sekali.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 17 November lalu, berkata kerajaan negeri tidak akan membubarkan DUN sehingga Jun tahun depan kerana mahu melaksanakan belanjawan negeri 2012 yang baru diluluskan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula berkata keputusan sama ada DUN akan dibubarkan serentak apabila Najib membubarkan Dewan Rakyat akan hanya dibuat selepas perbincangan dengan parti komponen Pakatan Rakyat.

Tindakan itu menggelisahkan pelbagai pihak sehingga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, beliau akan menemui para pemimpin politik parti Pakatan Rakyat yang memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan bagi membincangkan pilihan raya umum ke-13.

Pertemuan itu, katanya, bertujuan menerangkan kebaikan pilihan raya peringkat DUN dan Parlimen diadakan serentak antaranya bagi menjimatkan perbelanjaan, masa dan tenaga kerana prosesnya sama.

Bukti Kuat PRU Ke 13 Bukan Pada Tahun Ini...!!


KHABAR angin yang bertiup kencang bahawa Pilihanraya Umum ke 13 akan berlangsung pada bulan Disember ini, bolehlah dianggap sebagai sesuatu yang tidak tepat berdasarkan satu keratan notis pekeliling yang menunjukkan situasi yang sebaliknya akan berlaku.

Dalam satu notis yang dikeluarkan oleh Pegawai Daerah Klang itu mengarahkan supaya semua sewaan Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang untuk sebarang majlis termasuk perkahwinan bagi bulan Januari, Februari, Mac dan April 2012 ditutup buat orang ramai.

Ini adalah bertujuan untuk persediaan Pilihanraya Umum ke 13 yang bakal berlangsung pada bila-bila masa sahaja.

Sudah pastilah Pegawai Daerah tersebut telah menerima 'hint" atau isyarat dari pihak atasan mereka sebelum bertindak mengeluarkan arahan tersebut.

Nampaknya rakyat Malaysia terutamanya di Daerah Klang harus mengatur semula jadual perkahwinan jika merancang berkahwin pada sekitar empat bulan tersebut.

Demi mengelakkan masalah-masalah yang bakal timbul kelak jika terdapat kekangan untuk menyewa dewan serbaguna ini.

Mungkin mereka terpaksa mengeluarkan lebih perbelanjaan untuk mengadakan resepsi perkahwinan di hotel-hotel terkemuka jika perubahan jadual tidak dielakkan.

Nampaknya bajet juga akan bertambah, kecuali mereka berlumba-lumba untuk mengadakan majlis pada dua bulan terakhir ini, November dan Disember 2011.

Kisah Lucu Lagi Melucukan...!!

Kalau ayah yang ada kuasa terhadap rumah yang didiami tiba-tiba dilarang masuk oleh anak-anak sendiri, itu tanda dunia sudah terbalik dan sudah jadi cacar merba. Kelakar dan lucu apabila rumah sendiri pun tak boleh masuk.

Itulah ibaratnya yang berlaku kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Saifuddin Abdullah apabila dihalang untuk menghadiri program di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) malam tadi. Pihak pentadbiran UIA dilaporkan telah membatalkan program In Person with Dato’ Saifudin untuk membicarakan e-book beliau yang bertajuk: "Kalau Saya Mahasiswa".

Bagaimana seorang Timbalan Menteri yang bertanggungjawab terhadap UIA boleh dihalang dan dibatalkan programnya sedangkan umum mengetahui UIA di bawah seliaan beliau melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Jika Ketua Dewan Ulamak PAS yang dihalang untuk menghadiri program tersebut maka ia tidaklah mengejutkan kerana beliau tiada kuasa di universiti tersebut.

Ataupun UIA ingin menunjukkan kuasanya terhadap timbalan menteri tersebut. Ini mungkin ada kaitannya dengan nasihat beliau kepada rektor UIA, Datuk Zaleha Kamaruddin untuk menarik balik penggantungan kontroversi ke atas Prof Dr Abdul Aziz Bari apabila didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" berikutan ulasannya terhadap titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama.

Jelas bahawa UIA bukan hanya melanggar kebebasan akademik dalam isu Prof Dr Abdul Aziz Bari bahkan tidak menghormati seorang timbalan menteri yang menjaga hal ehwal yang berkaitan Pengajian Tinggi di Malaysia.

Jika ini berlaku, nyata bahawa UMNO yang memerintah negara tidak dapat mengawal keadaan ini dan menguruskannya dengan baik. UMNO sedang membawa negara mundur ke belakang walaupun di sana sini dinyatakan bahawa hanya UMNO yang boleh membawa pembangunan. Hakikatnya walaupun bangunannya banyak tetapi isinya kosong.

Bahruddin bin Hashim
Ketua Unit Penyelidikan
Ulamak Pelapis PAS Pusat"