Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 27, 2011

Mana Dia Benteng Pemecah Ombak...??




DUNGUN – Hakisan teruk akbat ombak besar yang melanda pantai Teluk Lipat dekat sini mendapat liputan pelbagai media.

Namun, tidak ada media yang mengungkit semula janji kerajaan Umno dan Barsan Nasonal (BN) kira-kira enam bulan dulu untuk menyelamatkan pantai yng indah itu.

Pada 7 April 2011, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd. Abdul Wahid bin Endut telah minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sektar menyatakan perancangan dan usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah hakisan pantai di negeri Terengganu seperti Pantai Tok Jembal Kuala Nerus, Telok Lipat Dungun, Rhu Rendang Marang dan Telok Kalong Kemaman

Wahid selaku Ahli Parlimen Kula Terengganu sewaktu membangkitkan perkara itu dalm sdang Parlimen berkata, akibat ketiadaan perancangan rapi dan perancangan yang tidak betul, Pantai Tok Jembal kini semakin teruk terhakis, apabila tambak yang dibina dibuat terus ke laut ekoran pembinaan landasan kapal terbang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Menurut beliau, akibat perancangan yang tidak betul, Pantai Rhu Rendang turut mengalami hakisan teruk, ekoran pembinaan pemecah ombak untuk pembinaan Pelabuhan Chendering.

Katanya, kesemua itu berlaku disebabkan gangguan-gangguan yang terlalu banyak di kawasan pantai sehingga menyebabkan berlakunya tindak balas yang menyebabkan berlakunya hakisan sepanjang masa dan lebih teruk lagi pada musim tengkujuh.

"Ekoran itu juga, jalan raya di kawasan Teluk Lipat di Dungun sekarang sampai sudah habis nak tenggelam, nak dikorek dan dihakis," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan dari soalan asalnya kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas.

Sehubungan itu, beliau bertanya sama ada pihak kerajaan ada melakukan kajian secara menyeluruh atau tidak tentang apa juga aktiviti yang hendak dilakukan yang melibatkan pantai supaya tidak mendatangkan kesan sampingan seperti itu.

Jika tidak diadakan kajian menyeluruh, ia pasti akan mendatangkan kesan sampingan yang teruk sehingga memaksa kerajaan mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membaik pulih pantai-pantai berkenaan.

"Sekiranya tiada kajian menyeluruh dan perancangan yang rapi, perbelanjaan besar yang diperuntukkan oleh kerajaan sehingga RM5 juta atau RM10 juta pun tetap juga tak mampu membaik pulih pantai-pantai berkenaan kerana hakisan tetap juga berlaku semula," jelasnya.

Ekoran dari itu pada 11 Mei, 2011, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Zaabar Mohd Adib berjanji, peruntukan RM1.5 juta diluluskan untuk membina tiga benteng penahan ombak dan ia perlu disiapkan segera sebelum musim tengkujuh akan datang.

[Gambar kanan - papan tanda projek kawalan pantai; baru bermula kra-kira sebulan yang lalu, setelah pantai Teluk Lipat dirobek ombak kelai pertama musim tengkujuh tahun ini]

Peruntukan segera itu, katanya, diluluskan selepas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dalam lawatan kerja ke daerah Dungun pada minggu lalu melihat sendiri kemusnahan pantai itu dan mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyiapkan reka bentuk benteng penahan ombak berkenaan.

“Kita minta supaya JPS segera menyerahkan reka bentuk terbabit supaya kerajaan negeri dapat menyalurkan peruntukan dan seterusnya kerja membina benteng itu akan dapat disegerakan,” katanya ditemui selepas merasmikan program Tenggol Underwater And Island Challenge (TUIC) anjuran Coral Malaysia

Namun, sehingga semalam 26 Disember, 2011, apabila ombak memukul pantai dan menyebabkan jalan di Teluk Lipat tinggal sekerat kerana dihakis, tidak ada walaupun satu benteng pemecah ombak sebagaimana yang dijanjikan.

Menurut seorang warga Dungun, Lu Chee Ann, tahun ini tidak ada sebarang kerja kawalan hakisan pantai tersebut dilakukan.

Halangan ‘bag pasir’ yang ‘kononya’ cuba menahan ombak dipinggir pantai itu, katanya, adalah di letakkan dsitu pada tahun lalu (2010).

“sebelum ni (2010) letak bag pasir saje, yang letak bag pasir (itu) ialah tahun lepas…..tahun ni tak buat (sebarang) benteng la….,”katanya

Justeru, PAS kesal kerana pemimpin Umno dan BN hanya berjanji dan berjanji, tetapi tidak menunaikannya.

Menurut Setiausaha Majlis Tindakan DUN (MTD) Sura, Mohd Ibrahim, bukan sahaja Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said, bahkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menabur janji kosong.

“TPM dan MB kata hendak baiki pantai di Teluk Lipat untuk selamatkan pantai, kami tunggu, (tapi) janji tinggal janji untuk baiki pantai,

“Inilah kekuasaan Allah kepada hamba-Nya...kite mesti ingat kepada-Nya (sekiranya berjanji),”ujarnya.

Dendam UMNO Besut Pada Sultan Mizan Masih Membara...!!


BESUT, 26 Dis: PAS Besut melahirkan rasa dukacita dengan tindakan Umno bahagian yang mengibarkan bendera negeri separuh tiang sejak lebih seminggu lalu.

Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, tindakan mengibarkan bendera negeri Terengganu separuh tiang di pejabat Umno bahagian Besut itu tidak wajar.

Ini kerana, katanya di saat seluruh rakyat jelata gembira dengan keberangkatan pulang Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin kembali memerintah negeri tindakan tersebut amat dikesali.

“Ini tidak harus berlaku di saat seluruh rakyat negeri ini bergembira dengan kepulangan Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk kembali memerintah Terengganu, setelah menamatkan tempoh pemerintahan baginda selama sepenggal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 13,” katanya.

Menurutnya, Umno BN bersikap hiporkrit apabila melenting marah ketika seorang mahasiswa yang berdemonstrasi bertindak menurunkan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi membisu berhubung bendera Terengganu dinaikkan separuh tiang itu.

“Saya tidak fikir Ketua Umno Bahagian Besut tidak nampak bendera Terengganu berkibar di separuh tiang di hadapan pejabatnya di tengah-tengah bandar Jerteh dalam tempoh waktu yang agak lama.

“Saya juga tidak terfikir bekas Menteri Besar Terengganu (Idris Jusoh) itu tidak dimaklumkan tentang kepulangan Tuanku Sultan Mizan yang telah kembali memerintah Terengganu,” ujarnya.

Katanya, PAS Besut menasihati kepimpinan Umno bahagian agar segera mengembalikan semula bendera negeri Terengganu pada kedudukan asal dengan baik. - Harakahdaily

Dec 26, 2011

UMNO Memang Sinonim Dengan Judi & Arak ...!!!

"Meh korang tengok bukti-bukti kaitan umno dengan judi nih..Masalah judi nih memag dari dulu umno dah halalkan..apa kita nak herankan kan,kan.kan

nih surat judi dari umno.korang nak tengok dengan lebih jelas klik untuk besarkan

Di atas adalah surat yang dikeluarkan oleh SETIAUSAHA LOTERI KEBAJIKAN UMNO kepada Bendahari UMNO Malaya, Tuan Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim, iaitu bapa kepada Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar.

Surat Rasmi ini dikeluarkan pada 1953, menandakan UMNO semenjak itu sudah beramal dengan judi sehingga ke hari ini.

Di bawah pula dipaparkan satu keratan Akhbar Utusan Melayu bertarikh 1951, menyatakan tentang fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa Judi loteri yang UMNO gunakan itu adalah HARAM.

Keratan Akhbar Utusan Melayu - Fatwa Judi Amalan UMNO adalah HARAM (Klik untuk besarkan imej) http://siasahkini.blogspot.com/2011/12/tengokbukti-bukti-umno-sebati-dengan.html

Pada 1951 fatwa loteri haram telah dikeluarkan, tapi pada tahun 1953 loteri tetap dijadikan sumber ekonomi UMNO lagi. ini menandakan UMNO adalah parti yang tidak pernah hirau halal atau haram.

Korang nak tau sapa syeikh abdullah fahim? mufti Pulau Pinang itu?

Abdullah fahim merupakan datuk kepada Perdana Menteri Malaysia sebelum nih iaitu, iaitu Abdullah Ahmad Badawi.

Terjemahan tulisan Jawi dari Akhbar Utusan Melayu 20/8/1951.

Pulau Pinang-19 ogos – Loteri UMNO kalau seperti yang biasa di buat oleh Kelab-kelab Lumba Kuda itu, maka pihak ahli-ahli ‘Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai adalah menghukumkan HARAM, kerana cara perjalanan Loteri itu dita’rifkan masuk kedalam bab perkataan “JUDI” yang tersebut didalam Al-Qur’an.


Demikian keputusan muktamad persidangan Khas Ahli-ahli Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai yang telah dilangsungkan di Madrasah Al-khairiyyah, pokok Sena, Seberang Perai semalam dengan di hadiri oleh kira-kira 50 orang Alim Ulama dan pemerhati-pemerhati dipengerusikan oleh TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai

KWSP - Duit Titik Peluh Rakyat Untuk Judi UMNO

Pengakuan selamba Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Rusma Ibrahim dalam suratnya kepada Persatuan Pengguna Islam (PPIM) pada 2007 pastinya mengecewakan ramai umat Islam dinegara ini. Walaupun surat ini (gambar di atas) sudah lama, namun hingga kini KWSP masih lagi aktif untuk melaburkan dana caruman umat Islam yang kini melebihi RM 1 Billion kepada sektor perjudian dan riba.

Empat cabang pelaburan KWSP yang utama didedahkan iaitu;
1. Pelaburan Sekuriti Kerajaan-Bon dan pinjaman wang kepada projek Kerajaan.
2. Pinjaman Korporat-Pinjaman wang kepada syarikat termasuk GLC
3. Pelaburan Dalam Pasaran Wang-FOREX
4. Pelaburan Ekuiti-Pembelian saham-saham dalam syarikat berpotensi termasuk syarikat judi, arak dan lain-lain. Ini termasuk juga dalam projek bailout syarikat kroni BN yang nak bankrap.

Pelaburan pelbagai yang tidak terkawal ini menunjukan sikap tidak sensitif KWSP dalam menguruskan sumber kewangan umat Islam. Ini amat mengecewakan kerana mereka melaburkan wang yang diambil secara paksarela begitu sahaja.

Dengan organisasinya yang besar, adalah tidak logik KWPS tidak mampu untuk membuat pengasingan. Jika sistem perbankan masakini boleh perkenalkan perbankan konvesional dan Islamik, kenapa KWSP tak boleh?

--------------------------------------------------------------
Senarai wajah-wajah korporat Melayu UMNO dalam industri ARAK & JUDI negara Islam Malaysia :

Mirzan Miguel (anak lelaki Tun Dr Mahathir)http://siasahkini.blogspot.com/2011/12/korang-nak-tau-harta-anak-tun-det-ada.html

San Miguel Corp
Mirzan Miguel anak lelaki Tun Dr Mahathir
Ahli Lembaga Pengarah Syarikat bir San Miguel.

-----------------------------------------------------------

Tan Sri Dato’ Alwi Jantan, Guinness Anchor Berhad
---------------------------------------------------------

Dato’ Jaffar Indot Guinness Anchor Berhad
----------------------------------------------------------

Tun Mohammed Hanif bin Omar Genting Deputy Chairman
----------------------------------------------------------

TAN SRI ALWI JANTAN Resorts World Bhd Executive Director
--------------------------------------------------------

Tan Sri Wan Sidek bin Hj Wan Abdul Rahman. Member/Independent Non-Executive Director Dato’ Paduka Nik Hashim bin Nik Yusoff Member/Independent Non-Executive Director
--------------------------------------------------------

Tan Sri Dato’ Jaffar bin Abdul Non -Executive DirectorBERJAYA SPORTS TOTO BERHAD
---------------------------------------------------------

Mohamed Saleh Bin Gomu Independent Non-Executive DirectorsBERJAYA SPORTS TOTO BERHAD
----------------------------------------------------------

Ahli Lembaga Pengarah Carlsberg Malaysia. Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin
------------------------------------------------------------
NAJIB SURUH PEMUDA MELAYU CONTOHI SIFAT TOKEY JUDI

GENTING HIGHLANDS, 28 Okt (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberikan penghormatan kepada pengasas Genting Berhad Tan Sri Lim Goh Tong, yang meninggal dunia akibat sakit tua pada Selasa, sebagai seorang yang berpegang pada janji dan terhormat.

Beliau berkata Goh Tong adalah seorang yang amat istimewa yang berani melakukan perkara yang dianggap mustahil dan berjaya mencapainya.

“Mendiang merupakan contoh unggul bagi seseorang yang datang ke sini tanpa apa-apa tetapi menerusi azam yang kuat dan prinsip dan nilai yang teguh, beliau mampu mencipta kejayaan besar dan menjadi satu warisan.

Bukan sahaja membangunkan perusahaan yang akhirnya menjadi konglomerat terkemuka antarabangsa, tetapi mendiang telah mewajudkan satu warisan di sini di Genting (Highlands),” katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada hartawan itu di kediamannya di Gohtong Villa.

Timbalan Perdana Menteri turut mengucapkan takziah kepada balu Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua, dan anak mendiang Tan Sri Lim Kok Thay.

Najib diiringi adiknya Datuk Mohamed Nazim.

Goh Tong, 90, yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya pada 23 Okt meninggalkan enam orang anak dan 19 cucu. Mayat mendiang akan disemadikan esok.

“Banyak perkara yang kita boleh kagumi dan belajar (daripada beliau). Saya berharap generasi muda akan membuat kajian mengenai mendiang Tan Sri, khususnya ciri-ciri Tan Sri dan kualiti yang ada pada dirinya yang dapat diteladani oleh orang lain,” kata Najib.

Timbalan Perdana Menteri berkata Goh Tong amat rapat dengan allahyarham datuknya Datuk Hussein Mohammad Taib yang banyak menghabiskan masa bersama.

Najib berkata semasa beliau menjadi Menteri Besar Pahang pada 1980-an, beliau juga selalu berhubungan dengan Goh Tong dan hubungan Goh Tong dengan keluarganya sudah lama terjalin dan berterusan sehingga sekarang dan juga di masa depan.

----------------------------------------------------------
AKHBAR RASMI UMNO, IAITU UTUSAN MALAYSIA DAN BERITA HARIAN, SETIAP HARI MESTI MENGIKLAN KEPUTUSAN JUDI…

siap mintak maaf bila tersilap…

---------------------------------------------------------
UMNO dan Genting

Genting Berhad yang merupakan pengendali kasino terbesar di Asia Tenggara diasaskan pada 30 Julai 1968.

Tiga tahun selepas ditubuhkan iaitu pada 28 Disember 1971, Genting Highlands Hotel Sdn. Bhd telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan pada tahun 1978 dikenali sebagai Genting Highlands Hotel Berhad.

Setelah itu namanya dikenali sebagai Genting Berhad dan menjadi pusat perjudian terbesar di rantau ini.

Di bawah bendera Genting, dua syarikat utamanya ialah Resort World Berhad dan Genting Berhad. Penglibatan Umno dalam syarikat perjudian ini telah berlangsung dan warisannya masih kekal sehingga ke hari ini.

Umno melalui bekas Pengerusinya, Tan Sri Noah Omar yang kini dikendalikan oleh Yayasan Noah memiliki 602,318,000 saham di dalam Resorts World Berhad yang mengendalikan perniagaan judi dalam dan luar negara termasuk di atas kapal peranginan.

Manakala sebanyak 3,334,600 saham Genting Berhad dipegang oleh Yayasan Noah yang mana syarikat berkenanaan merupakan syarikat pegangan ekuiti perniagaan judi dan kasino.

Yayasan Noah kini diwarisi oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishamuddin Tun Hussein yang kedua-duanya adalah cucu kepada Tan Sri Noah.

Selain itu beberapa tokoh Melayu turut menjadi pengarah Resort World Berhad dan Genting Berhad.

Antaranya ialah bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Osman dan bekas pegawai bank, Datuk Paduka Nik Hashim Yusof yang menjadi Pengarah Genting Berhad.

Manakala bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resorts World Berhad.

Ini memperlihatkan penglibatan Umno dalam aktiviti perjudian sudah bertaut sejak dulu lagi malah kini diwarisi oleh generasi kepimpinan muda dalam Umno.

-----------------------------------------------------------

UMNO dan Sports TOTO

Sports Toto Malaysia diasaskan pada tahun 1969 dengan nama asal syarikat berkenaan ialah Unilite Electrical Industries Berhad. Setelah itu pada tahun 1987 ia ditukar nama kepada Far East Asset Berhad dan dalam penstrukturan semula pada tahun 1992, ia diambil alih oleh Berjaya dan dikenali sebagai Berjaya Sports Toto Berhad.

Sehingga kini Sports Toto mempunyai 681 kedai judi di seluruh negara dan mempunyai dua syarikat perjudian di luar negara iaitu Philippines Berjaya Toto dan pada tahun 1997 membantu kerajaan Ghana menyusun kegiatan loteri di negara berkenaan.

Syarikat ini adalah merupakan anak syarikat milik penuh Berjaya Group Berhad yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan, kroni yang rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Berdasarkan carian yang dibuat Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah yang juga Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Tengku Adnan Tengku Mansor masih memegang saham di dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sports Toto.

Pegangan Tengku Adnan sebanyak 3.5 juta saham dibuat melalui Cimsec Nominees.

Ini menjadikan Tengku Adnan `mewakili Umno di dalam syarikat perjudian Sports Toto melalui pegangan saham Berjaya Group Berhad.

Selain itu, Sports Toto Malaysia juga mempunyai dua pengarah yang merupakan bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang kebetulan orang Melayu dan beragama Islam. Mereka ialah Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamed Saleh Gomu.

Selain dua bekas pegawai kanan polis tersebut, antara muka Melayu yang menjadi pengarah syarikat di bawah kumpulan Berjaya yang turut memiliki saham dalam Sports Toto Malaysia ialah Datuk Annuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor yang menjadi pengarah Berjaya Group Berhad yang memiliki 292,336,584 saham di dalam Sports Toto.

Manakala dua lagi pengarah Melayu iaitu Datuk Adnan Shuaib dan Arsam Damis masing-masing menjadi pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 saham di dalam Sports Toto.

Daripada carta ini jelas Umno punya `wakil dalam syarikat judi dan bekas polis turut `melindungi kegiatan judi berkenaan.

------------------------------------------------------------
UMNO dan MAGNUM 4D

Magnum 4D Berhad sebelum ini dikenali sebagai Leisure Management Berhad. Ia kadang kala lebih popular di kalangan kaki ekor sebagai tempat pelaburan.

Magnum 4D mempunyai lapan wilayah Magnum 4D Sdn Bhd iaitu Magnum 4D Selangor, Perak, Penang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pantai Timur dan Malaysia Timur. Semua Magnum 4D wilayah ini menjadi anak syarikat Magnum 4D Berhad.

Syarikat ini mempunyai kepentingan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan. Ini berikutan pegangan saham Menteri Kewangan Diperbadankan melalui dua syarikat yang memegang saham di dalam magnum 4D.

Pertamanya ialah Multipurpose Berhad yang menyaksikan pegangan 7,723,285 saham oleh Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam syarikat itu dan Multipurpose pula memiliki 461,473,178 saham di dalam Magnum dan 60,502,000 saham dalam 4D.

Ini menjadikan menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai pegangan tidak langsung melalui Multipurpose di dalam `pusat pelaburan mingguan tersebut.

Keduanya, Menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai saham di dalam Kamunting Corporation Berhad iaitu sebanyak 3,055,069 saham. Manakala Kamunting yang pengerusinya ialah bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Haji Mohamed Al-Amin Majid memiliki 1,900,000 saham di dalam 4D.

Ini menjadikan lingkaran pegangan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam sayarikat judi dibuat melalui pegangan dua syarikat.

Menyentuh mengenai Magnum 4D Berhad, nama yag tidak boleh dipisahkan ialah Tan Sri Khir Johari yang merupakan pengarah syarikat itu. Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Umno memiliki 40,843 saham di dalam Magnum dan 6,666 saham di dalam 4D.

Lebih memeranjatkan bekas Peguam Negara yang kini Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) turut memiliki saham dalam 4D dengan pegangan sebanyak 1,666,666 saham.

Di samping itu Nor Anita Abu Talib dipercayai anak Abu Talib turut memiliki saham syarikat perjudian berkenaan iaitu sebanyak 680,334 saham.

Lingkaran dan putaran pemilikan saham syarikat perjudian ini menjadikan pemerintah Umno sebagai penggalak kepada aktiviti `pelaburan mingguan bursa empat nombor ekor atau singkatnya BENE.

---------------------------------------------------------
Jadi jangan pelik lah kalau kita dapat tengok sekarang ni orang-melayu kita dengan selamber je membeli nombor ekor

Kalau pemimpin kencing berdiri… pengikut pun akan kencing berlari…

hai! bergaya betul cik abg beli nombor ekor siap lengkap berbaju melayu!

Korang nilailah sendiri.Patutkah terus menyokong Umno kerana mereka nih la bapak segala judi di malaysia..

Shahrizat Dah Mula Selak Kain.....!!


KUALA LUMPUR, 25 Dis: Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang mempersoal 'siapakah pemimpin Umno yang tiada masalah', seperti mendedahkan ramai pemimpin Umno terbabit dengan skandal salah guna kuasa. Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang terpalit dengan skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang memulakan siasatan terhadap kes itu baru-baru ini.

Bagi Dewan Pemuda PAS Pusat, kenyataan spontan yang keluar dari mulut Shahrizat yang juga ketua wanita Umno itu seperti menyindir semua pemimpin Umno agar tidak berlagak bersih dari masalah.

"Skandal mereka belum terdedah dan masa yang akan menentukan keadaan diri mereka dalam Umno.

"Bagi DPP Malaysia, tidak ada apa yang memeranjatkan dalam kenyataan Shahrizat kerana rakyat sudah sinonim bahawa Umno dan rasuah serta penyelewengan sudah sebati," kata ketua penerangnnya, Riduan Mohd Nor (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, kes Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang didapati bersalah kerana rasuah di mahkamah Tinggi Shah Alam semalam boleh menjadi bukti dan kayu pengukur bahawa pemimpin Umno sukar untuk dijadikan contoh teladan buat rakyat Malaysia.

Malah ujarnya, selain Khir, ramai lagi pemimpin Umno yang pernah terkait dengan pelbagai skandal.

"Beberapa tahun lepas, beberapa orang pemimpin kanan Umno pernah dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno sehingga ke SPRM kerana dakwaan rasuah.

"Malah, bekas Naib Presiden Umno sendiri turut terbabit dengan rasuah sehingga terpaksa melepaskan jawatan beliau," katanya lagi.

Dengan isu skandal penyelewengan dalam NFC pula katanya, ramai percaya bukan setakat Shahrizat sahaja yang terlibat, malah ramai lagi pemimpin kanan negara juga boleh dikaitkan dengan kelulusan projek tersebut.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga tegasnya, sudah cukup menjadi bukti kepada rakyat betapa ketirisan dan penyelewengan berlaku dalam kerajaan pimpinan Umno BN.

"Dalam keadaan demikian, tidak hairanlah Indeks Persepsi Rasuah negara merudum buat tahun ketiga berturut-turut.

"Justeru, tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat dalam negara ini, melainkan perubahan mesti dibuat oleh rakyat dalam PRU ke 13," katanya.

HarakahDaily

Usaha Menguburkan UMNO/BN Juga Satu Ibadah...!!


ALOR LINTAH - Pas Kawasan Besut menyifatkan bekerja untuk tumbangkan Umno adalah satu ibadat dan perlu dilakukan bersungguh-sungguh oleh ahli dan masyarakat.

Yang dipertuannya, Wan Azhar Wan Ahmad menggesa seluruh jentera dan anggota parti menjadikan sasaran Mac 2012 sebagai tarikh keramat untuk menumbangkan kerajaan BN di negeri Terengganu.

Dakwanya, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah medan terbaik rakyat untuk menyekat penguasaan Barisan Nasional (BN) di Wisma Darul Iman berasaskan pelbagai kepinca­ngan dan kelemahan tadbir urus sepanjang pemerintahan dua menteri besar yang terakhir ini.

Menurutnya, Pas berjanji akan menyenaraikan seluruh kepincangan dan kelemahan tadbir urus tersebut kemudian mendedahkannya dalam kempen PRU akan datang.

“Pendedahan pelbagai skandal yang melibatkan kepimpinan negara juga pastinya akan mempercepatkan proses Pakatan Rakyat (PR) mengambialih pentadbiran Puterajaya.

Misalnya isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang menggemparkan negara dengan melibatkan sejumlah RM250 juta pastinya sukar diterima oleh rakyat,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas negeri.

Wan Azhar berkata, kerajaan dikatakan cuba menggula-gulakan rakyat dengan pemberian RM100 kepada ibu bapa pelajar serta RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia bagi menutup isu NFC yang kian terdedah.
“Saya yakin akan tiba masanya gelombang kebangkitan rakyat berlaku tanpa mampu dihalang oleh Umno dan BN,” katanya.

sumber: sinarharian.com.my

Dec 21, 2011

Tak Ada Tapi-Tapinya.......!!


Awang Adek akui terima deposit, tapi... -MK

Timbalan menteri kewangan Datuk Dr Awang Adek hari ini menjelaskan bahawa deposit wang ke dalam akaun peribadinya, seperti didakwa satu blog, merupakan sumbangan untuk program sosial.

Ketua bahagian Umno Bachok itu mengakui telah menerima sumbangan yang dipertikaikan itu melalui salah satu daripada tiga akaun peribadinya.

Akaun peribadi itu dibuka pada 2004 untuk membiayai program di kawasan Bachok, katanya.

Bercakap dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Awang berkata beliau mempunyai semua rekod transaksi daripada sumbangan berkenaan yang dikendalikan oleh seorang pegawai khas.

"Banyak syarikat dan individu derma untuk jalankan kegiatan dan program untuk rakyat Bachok, bahagian saya. Semua diuruskan melalui akaun saya.

"Rekod ada. Siapa bagi, ada. Perbelanjaan pun ada," katanya lagi yang menambah, rekod berkenaan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Awang berkata, sumbangan dalam bentuk cek dan tunai itu digunakan untuk program seperti bantuan Hari Raya RM100 untuk seramai 4,000 keluarga dan juga kelas tuisyen pelajar di 33 sekolah rendah.

Katanya, beliau menerima semua sumbangan melainkan ia diberikan dengan niat tertentu seperti untuk mendapatkan projek.

Tegasnya, beliau tidak ada kena mengena dengan penganugerahan kontrak kerana ianya dibuat pada peringkat jawatankuasa dan beliau hanyalah seorang timbalan menteri.

Kenapa..??... Tak Percaya Ke...??


KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu telah pun melaksanakan janji manifesto ketika memerintah negeri Terengganu diantara tahun 1999 hingga tahun 2004.

Antaranya adalah menghapuskan bayaran TOL Jambatan Sultan Mahmud dan mengecualikan pembayaran cukai pintu rumah kediaman.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, PAS sudah pun menegaskan 'ikrarnya' akan terus membantu rakyat sekiranya diberi mandat selepas Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

"konsep kita lain, kita sudah rangka (program) untuk (membantu) orang susah, kita tak beritahu (semua), kita dah siap manifesto kita, kita hanya beritahu 5 (perkara) dahulu,

"tak boleh beritahu semua, nanti umno ni tipu dan tiru. Dia tiru apa yang kita buat, mereka tak pandai pun,"ujarnya dalam Majlis Dailog bersama Warga Tionghua Kuala Terengganu pada 17 Disember lalu.

Menurutnya, PAS akan meneruskan dasar pengecualian cukai pintu rumah kediaman bagi membantu mengurangkan beban sara hidup penduduk bandar yang semakin meningkat.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu mengesyorkan, kepada mana-mana warga bandar tidak perlu membayar cukai pintu sekarang dan tunggu sehingga PAS menang selepas PRU-13.

"antaranya kalau kita (PAS) menang, nak tolong rakyat, cukai pintu rumah kediaman, kita kecuali sementara ini, kalau ada yang tak bayar cukai pintu rumah, jangan bayar, tunggu kita menang,"ujarnya.

Menurutnya, hampir 80% warga bandar di seluruh negeri Terengganu tidak membayar cukai pintu kerana beberapa sebab termasuk tidak puas hati dengan khidmat yang diberikan oleh pihak Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya.

Beliau selaku bekas Exco kerajaan PAS Terengganu berkata, pemerintahan PAS tidak menekan rakyat bagi meningkatkan hasil negeri, kerana pandai mencari sumber-sumer pendapatan lain.

Bila Puak Perosak Berkata-Kata...!!


Melayu Tidak Undi Jika Guna Dakwat Kekal- Perkasa - HD

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Perkasa memberi amaran, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang akan menyebabkan orang Melayu tidak keluar mengundi.

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali juga berkata, pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.

Semalam SPR mengumumkan bahawa semua pengundi wajib dicalit dengan dakwat kekal dan sekiranya mereka enggan berbuat demikian, maka pengundi terbabit tidak akan diberikan kertas mengundi.

Langkah itu seiring dengan syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya.

“Adalah memalukan negara yang jauh lebih maju dari negara-negara membangun lain mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum.

“Malaysia bukan negara seperti Somalia, Bangladesh, Pakistan, Afghanistan, Kemboja dan lain-lain negara mundur yang rekod pengenalan diri masih tidak canggih, yang menggunakan kertas biasa dengan maklumat peribadi tulisan tangan. Memalukan,” kata Setiausaha Perkasa itu.

Syed Hassan juga mendakwa Perkasa percaya gesaan untuk penggunaan dakwat kekal adalah daripada pihak yang sebenarnya tidak mahukannya juga tapi oleh kerana ia cara untuk membuatkan orang Melayu dan Islam tidak mahu keluar mengundi.

“Siapa yang untung jika orang Melayu tidak keluar mengundi? Saya sendiri kemungkinan besar tidak akan keluar mengundi jika kekal dengan penggunaan dakwat kekal.

“Dan, kemungkinan ramai ahli Perkasa tidak keluar mengundi juga. Siapa yang akan terasa rugi jika ramai ahli Perkasa dan orang Melayu lain tidak keluar mengundi?” katanya.

Oleh itu kata beliau, kerajaan perlu berfikir dengan sebaik-baiknya keputusan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13.

Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, dakwat kekal ‘silver nitrate’ akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 dan ia berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata, dakwat kekal yang mengandungi ‘silver nitrate’ itu telah dihantar ke Jabatan Kimia pada 9 Disember untuk diteliti kandungan dan kesesuaiannya digunakan di negara ini dan seterusnya akan dihantar ke Majlis Fatwa Kebangsaan untuk memastikan ia sesuai digunakan orang Islam.

Dakwat itu juga dihantar ke Kementerian Kesihatan untuk memastikan ia tidak menjejaskan kesihatan pengguna secara umum.

Menurut Aziz, dakwat ini mengandungi logam silver nitrate apabila dicalit pada kuku jari dan akan diserap dalam kuku kulit.

Dakwat kekal silver nitrate tujuh peratus digunakan untuk pengundian awal iaitu hari pembuangan undi khas untuk anggota tentera, pasangan anggota tentera, polis dan pasangan anggota Pasukan Gerakan Am manakala dakwat kekal siver nitrate empat peratus bagi pengundian biasa.

Lembu Tidur Dalam Kondo RM10 Juta Di Singapura


"Memang gila dan penyakit lembu gila pula merebak di kondo mewah berharga RM10 juta bersamaan SGD.4.1 juta. Kondo mewah Orchard Scotts terletak di Anthony Road Singapura. Pemilik kondo mewah dikatakan dbeli oleh suami Shahrizat Jalil pada tahun 2010.

Rekod Singapore Redevelopment Authotity dan Singapore Land Authority pemilik kondo tersebut dibeli atas nama Dr. Mohamad Salleh suami Shahrizat Jalil, dan anak anak nya bernama Wan Shainur Izran dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohammad Salleh.

Pembelian kondo di Singapore dikatakan dari dana projek lembu atau NFC yang diberi olej kerajaan BN/UMNO RM250 juta untuk ternakan lembu kebangsaan.

Syabas kepada PKR dan Setiausaha Agong PKR YB Saifudin Nasution merangkap Ahli Parlimen Macang Kelantan dalam pendedahan dan kenyataan terbuka kepada pemberita.

Terbukti Shahrizat dan suaminya serta anak anaknya melakukan satu kesalahnyang cukup berat dalam menggunakan dana dan wang kerajaan untuk kepentingan peribadi dan membeli harta untukkeluarga dan anaknya.

Hakikat Perjuangan Yang Sebenar....!!


Mehnah atau tribulasi dalam perjuangan Islam adalah sunnatulLah, bagi menguji dan memperkukuhkan jamaah dan membina kekuatan mujahadah bagi ahli.

Dalam sejarah perjuangan Islam yang panjang ini, kita meyaksikan betapa beratnya ujian atau mehnah yang dihadapi oleh jamaah dan ahli yang mendokongi jamaah tersebut. PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang lama di negara ini telah lali dengan pelbagai mehnah yang dihalakan kepada jamaah ini. Kita pernah diharamkan, dibatalkan logo, disekat aktiviti, didenda dan sebagainya, namun parti terus berkembang hingga kini.

Manakala tribulasi kepada ahli berlaku setiap hari, samada kecil atau besar, ujian tersebut ianya akan pasti berlaku. Panduan kita ialah kenyataan:

"Andainya anda menyertai mana-mana jamaah Islam, lalu anda tidak menerima apa jua mehnah dan ujian, maka semak semula jamaah yang anda sertai itu, kerana mungkin ianya bukan jamaah yang menepati kriteria jamaah Islam.”

Sekiranya setelah anda semak dan teliti, ternyata benar ianya adalah jamaah Islam, maka semak pula apakah anda bekerja untuk Islam atau tidak. Kerana mungkin kalau anda tidak menerima apa jua ujian atau mehnah, mungkin sebenarnya anda tidak bekerja untuk Islam, melainkan untuk diri sendiri.”

Kenyataan itu mencerminkan betapa mehnah dalam perjuangan Islam adalah lumrah dan sunnatulLah. Itulah yang menyebabkan kita merasai kemanisan berada dalam jamaah dan kenikmatan bersama jamaah memperjuangkan Islam sebagai cara hidup ummah, selaras dengan tuntutan Islam.

Dalam sejarah yang panjang ini, PAS menyaksikan ada ahli dan pimpinan yang muncul dan hilang. Kehilangan dari medan terkadang bukanlah lari dari perjuangan, ianya hanya rehat sementara dari kepenatan yang panjang atau menceburi jalan dan uslub lain yang sesuai dengan jiwa dan tenaga semasa.

Apapun, ianya adalah manik-manik embun waktu pagi bersinar mengerlip dengan cahaya matahari, tapi ianya akan kering dek kepanasan matahari yang menyerinya diawal pagi.

Namun ada jua yang terus hilang dari medan perjuangan. Kenapa ianya hilang? Semua ada jawapan sendiri, kita tidak perlu berbahas di atas hujah masing-masing. Apa yang penting jamaah mesti dipelihara, dijaga dan dimantapkan bagi meneruskan agenda besar yang menjadi kewajipan perjuangan Islam.

Kita tidak perlu meratapi kehilangan, walaupun kita sanga sedih di atas kehilangan itu. Kita mesti terus memandang kehadapan dangan penuh yakin bahawa satu hari Islam akan berada dipuncaknya.

Kita hanyalah mata rantai bagi memusingkan roda Islam itu. Kalaulah Allah kehendaki, ia boleh sahaja menukarkan dengan mata rantai lain dan roda itu terus berpusing sampai kemuncaknya.

Suatu hari, bilamana saorang sahabat bertanya Rasulullah s.a.w "siapakah di kalangan manusia yang sangat berat ujiannya, lalu jawab Rasulullah s.a.w yang paling berat ialah nabi-nabi, kemudian mereka yang mengikuti nabi- nabi (para sahabat) dan mereka yang mengikuti dibelakangnya ( tabieen).

Hadis ini membuktikan bahawa ujian yang ditempuhi oleh pimpinan tidak sama dengan ahli biasa, demikian juga ujian waktu kalah tidak akan sama dengan ujian di saat kemenangan. Besarnya mehnah ini memerlukan kita istiqamah dalam jamaah, mengikuti tartib jamaah dan sentiasa wala' pada pimpinan. Itulah erti berada dalam jamaah Islam.

Kita tidak perlu bimbang soal sesuatu dasar yang diputus dalam jamaah kerana kita punya Majlis Syura yang memandu jamaah agar semua keputusan jamaah tidak bercanggah dengan dasar Islam yang menjadi teras perjuangan.

Majlis syura ulamak yang terdiri dari Mursyidul Am Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz, dan timbalannya Dato' Dr Haron Din dan jawatankuasa adalah badan pemantau perjalanan parti agar selaras dengan dasar Islam yang menjadi dasar parti.

Majlis Syura juga adalah badan penapis segala program parti, bahkan kesemua calon yang akan bertanding dalam mana-mana Pilihanraya akan disahkan oleh Majlis Syura. Mekanisme ini tiada dalam mana- mana parti lain, sehingga semua hala tuju dan dasar parti mesti menepati kehendak syarak.

Manakala Muktamar Agong adalah ruang terbuka untuk membahas dan membincang hala tuju atau masa depan parti, begitu juga kewujudan dewan-dewan yang menjadi sayap penting parti bagi memastikan dasar yang telah diputus dapat berjalan dengan sempurna dan berimbang.

Andainya ada pihak yang mempertikai sesuatu yang telah menjadi dasar parti, maka itu bermakna mempertikaikan keputusan syura, muktamar agong dan pendirian parti. Ianya tidak sepatutnya berlaku.

PAS tidak pernah lari dari dasar perjuangan. Kita tetap dengan dasar yang sama yang telah termaktub dalam perlembangaan parti. Hal itu tidak perlu dipertikai lagi.

Apa yang perlaku ialah PAS telah membuat anjakan paradigma perjuangan, dengan pendekatan baru yang lebih terbuka dari sudut pendekatan bagi menterjemahkan realiti Islam sebagai 'rahmatal lil 'alamin'.

Perubahan dan anjakan ini selaras dengan perkembangan semasa dengan arus perubahan pemikiran, media dan realiti rakyat. Perubahan kaedah atau uslub, bukan bermakna perubahan dasar dan prinsip. Namun sebahagian yang biasa dengan pendekatan lama yang statik akan menganggap ianya perubahan dasar dan prinsip perjuangan. Ianya seumpama menukar cover sofa dan mengalihkannya dengan susunan baru, serta menukar warna langsir agar lebih ceria. Namun perubahan ini ada yang merasakan perubahan seluruh ruangtamu itu.

Perkembangan ini menggerunkan musuh, dan mereka mula menyerang bahawa PAS yang berkembang ke arah 'rahmatal lil a'lamin' telah terpesong daripada dasarnya. Motif mereka hanya satu, mereka tidak ingin melihat PAS berkembang, mereka hanya ingin melihat PAS kekal jumud dan terbelakang. Sepatutnya sebagai ahli PAS, kita harus membantu jamaah menerangkan perkara ini dan bukannya menyanyikan lagu musuh di media musuh mempertikaikan dasar parti sendiri.

Apapun, ini hanyalah kemuncup dalam perjuangan. Kita mempunyai tugas dan kerja besar yang perlu dilakukan. Ibarat bermain bola, jangan sibuk mencabut kemuncup yang lekat diseluar atau stokin; teruskan permainan sehingga selesai perlawanan ini. Tumpuan kepada usaha memenangi perlawanan menyebabkan kita tidak akan terasa adanya kemuncup di seluar dan stokin. Jangan leka mencabut kemuncup sehingga pintu gol terlopong tanpa penjaga.

Jika ada pemain yang dilihat semakin tidak menjadi team player dan menyusahkan seluruh pasukan kerana beliau tidak setuju dengan taktik 4-4-2 yang diputuskan, jurulatih pasukan terpaksa bertindak untuk menegur, dan sekiranya keadaan tidak berubah, menggantikannya dengan pemain lain yang lebih bersifat team player. Ini terpaksa dilakukan supaya pasukan itu dapat memfokuskan segala tenaganya untuk menembus gawang gol lawan daripada membazirkan masa menjawab dan memotivasikan pemain mengapa taktik 4-4-2 digunakan hanya kerana beliau lebih sukakan 6-4-0.

Diharap sedikit kiasan ini dapat membantu jamaah dan ahli-ahli PAS untuk bergerak ke hadapan dengan hala tuju yang sama.

Salam perjuangan.

Ustaz Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat