Jul 24, 2010
Lubang Pasir Akan Kuburkan UMNO Di Selangor...
Ezam 'kuasa' baru dalam Umno Selangor -MKini
Kongsi 9Selepas mengangkat sumpah sebagai senator pada 3 Mei lalu, bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Noor kini dilihat diberikan tanggungjawab lebih besar di barisan depan dalam kempen menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Dengan kelebihan sebagai bekas 'ayam tambatan' Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang dilihat masih mempunyai pengaruh dalam sayap Pemuda PKR - dan kemahiran pidatonya, Ezam dilihat lebih berkemampuan mengasak pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Menurut sumber-sumber, walaupun tidak diberi sebarang jawatan rasmi sebelum ini, sebaliknya hanya mengisi pentas ceramah BN dalam sebelas pilihan raya kecil sebelum ini, Ezam memainkan peranan yang besar dalam usaha menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sebelum ini.
Sehubungan itu, difahamkan, beliau kini diberikan kepercayaan oleh kepimpinan Umno pusat untuk dilantik sebagai senator, seterusnya diberikan lebih banyak tugas di Selangor - antara negeri terkaya di Malaysia.
Tambahan lagi, usaha BN 'menyerang' negeri itu melalui perlbagai cara dan isu - termasuklah isu pembinaan ladang babi di Sepang, pengawalan jualan arak, hubungan PAS-DAP dan isu gambar intim exco Elizabeth Wong - sepanjang dua tahun ini belum mendatangkan hasil yang memberangsangkan.
Dalam masa yang sama 'persaingan' antara dua teraju Umno negeri - timbalan pengerusi Umno negeri Datuk Seri Noh Omar dan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo - dilihat membantutkan lagi usaha tersebut.
Justeru, kemasukan Ezam dilihat sebagai penyelamat dan bakal menjadi 'pasukan ketiga' di antara kedua-dua pemimpin berpengaruh dalam Umno Selangor itu.
Difahamkan Ezam dibawa masuk ke pentadbiran perhubungan Umno negeri pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Noh melalui penubuhan badan baru, dinamakan Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) baru-baru ini.
Nota :
Nampaknya UMNO dah begitu terdesak...
Sehingga terpaksa menggunakan khidmat SENATAK untuk tawan Selangor...
Bgai UMNO..Selangor adalah hayatnya...
Sebuah negeri yang paling kaya...
Bagi UMNo Selangor adalah segala-galanya...
Najib dah tak yakin dengan dua ekor soldadu upahanya iaitu anak toyo dan Noh Omar...
Mereka saling becakaran cuba nak tunjuk power..
Tiap-tiap malam TV cuba mainkan isu pasir...Sampai rakyat dah naik muak...
Namun taktik sebegitu nampaknya seolah-olah makan tuan...
Sebab itu Najib dah tak yakin dengan dua ekor malaon tu lagi...
Bagi Ezam pulak..ini adalah platform untuknya buat jasa pada bos barunya...
Kalau tak berjaya maka...selamat jalan romeo lah jawabnya...
Tahniah buat Ezam...Selamat Mencuba...Toyo dan Noh Omar mesti cah keting punya...!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment