Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 3, 2010

Ahli UMNO Akan Terima Pencen Zakat Sampai Mampus......!!!

Orang Meninggal Pun Terima Zakat-Buletin Online

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) kesal kerana berlaku kepincangan dalam pengagihan bantuan zakat Hari Raya.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman berkata terdapat orang yang tidak layak seperti golongan muda, sihat dan yang sudah meninggal dunia turut disenarai sebagai penerima zakat.

Beliau berkata pemilihan penerima bantuan raya tahun ini dibuat oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Jawatankuasa Masjid dan Amil.

"Kita harap selepas ini senarai penerima yang layak disemak terlebih dahulu sebelum diserah kepada Maidam, untuk memastikan hanya yang layak sahaja menerima bantuan zakat," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Pada tahun ini seramai 30,846 penerima layak menerima bantuan dari Maidam yang melibatkan peruntukan RM10.5 juta.

Kadar bantuan adalah RM300 seorang berbanding RM250 tahun lepas.Wan Harujan berkata Daerah Kuala Terengganu mencatat bilangan penerima tertinggi iaitu 9,369 orang, Besut (5,400), Marang (5,256), Kemaman (3,661), Dungun (3,435), Hulu Terengganu (2,735) dan Setiu (990).Pengagihan bantuan bermula Isnin hingga 10 Ogos.
-----------------------------------------------------
Woittttt......RUGILAH SAPA YANG TAK BERDAFTAR DENGAN UMNO.....!!!

Kah...Kah.....SELAIN TIPU MELAYU...UMNO JUGA PERIHATIN PADA MELAYU....!!!

Kah....Kah....MANA ADA PARTI DI DUNIA INI SEBAIK UMNO....!!!

Kah...Kah.....SAMPAI MAMPUS PUN AHLI UMNO TETAP AKAN TERIMA ZAKAT.....!!!
Kah...Kah.....SAPA KATA JKKK JAHAT....???

Kah..Kah.....AIMAN TAK KISAH....NASIB CEPAT SEDAR....DAH BERAPA LAMA JKKK HANTAR WAKIL UNTUK AMBIK DUIT ZAKAT BAGI MEREKA YANG DAH MENINGGAL...KAH...KAH....PATUTLAH JKKK JOLI SAKAN....!!!!

No comments:

Post a Comment