Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 3, 2010

Bukan Setakat Cabul...Malah Dah Rogol Pun...!!!



POLIS CABUL HAK ASASI RAKYAT - 2 OGOS 2010

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) memandang serius terhadap tindakan polis menangkap 4 orang aktivis masyarakat di Speakers Square malam tadi. Penangkapan Sdr. Choo Choon Kai, Kris Khaira, Darshan Singh dan Ong Jing Cheng dalam Perhimpunan Aman Mansuhkan ISA ini amat memalukan. Ini merupakan sejarah hitam dalam amalan demokrasi di negeri ini. Tindakan ini juga jelas telah menunjukkan pihak Polis telah mencabuli hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Deklarasi Hak Manusia Sejagat.

Justifikasi pihak Polis untuk menghalang perhimpunan aman itu dengan mengatakan ia adalah ‘haram’, adalah cukup simplistik. Pihak Polis barangkali buat-buat lupa terhadap pengisytiharan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini telah menyediakan Speakers Corner khas untuk rakyat menyatakan sebarang ekspresi diri terhadap apa jua isu semasa yang berlaku. Penganjur juga telah menuruti arahan Kerajaan Negeri untuk tidak menggunakan sebarang pembesar suara ataupun ‘hellar’. Berdasarkan keadaan ini, pihak Polis sewajarnya menghormati perhimpunan dan hak rakyat ini, dan bukannya menimbulkan lagi suasana tegang.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) turut mempersoalkan tindakan berat sebelah Polis yang tidak langsung mengambil apa-apa tindakan terhadap kumpulan Pro-ISA yang turut sama hadir untuk ‘menyampuk’ dalam program malam tadi. Mereka secara jelas telah mengeluarkan ayat-ayat provokasi, ayat-ayat lucah dan berbaur perkauman semasa perhimpunan tersebut. Mana dia keadilan dalam tindakan yang diwar-warkan oleh pihak Polis dan dicanang oleh “Kerajaan 1 Malaysia?”

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) juga ingin meminta Menteri yang bertanggungjawab ke atas Polis, memberitahu rakyat dengan jelas, adakah salah untuk rakyat berhimpun untuk meluahkan penderitaan mereka kepada satu akta yang zalim? Salahkah rakyat berhimpun untuk menyatakan mereka tidak mahu dijajah oleh satu undang-undang kolot tajaan penjajah? Salahkah rakyat menunjukkan protes terhadap satu undang-undang yang telah membelit mereka selama 50 tahun? Salahkah rakyat berhimpun dengan aman untuk menunjukkan hasrat murni untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman?

Justeru, sebagai sebuah gerakan yang mewakili generasi muda Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) ‘dengan penuh rasa hormat dan penuh takzim’ memohon agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman dengan melaksanakan 5 tuntutan anak muda di bawah ini:

1. Meminta pihak Polis menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman.

2. Memohon agar Polis tidak terheret sama dalam agenda membenarkan undang-undang kejam seperti ISA ini dari terus menindas rakyat.

3. Mahu Polis yang menjamin keamanan rakyat dan bukan Polis yang menimbulkan suasana tegang terhadap rakyat.

4. Mahu Polis lebih fokus kepada agenda pembasmian jenayah yang semakin meningkat saban hari.

5. Memohon agar Polis berlaku adil dalam siasatan, khususnya yang melibatkan parti-parti politik, supaya Polis tidak dilabel sebagai ‘bias’ dan pro-kerajaan.


SYED MIKAEL RIZAL AIDID
Setiausaha,
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang
(AMKPP)

No comments:

Post a Comment