Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 31, 2010

Apa Khabau Orang Melake....????

Pemimpin Berseronok..Rakyat tak Makan Seharian..Lahabau Betul malaon Ni...!!!

Sinar Harian 30 Ogos 2010.

PENGKALAN BALAK - Kesempitan hidup yang dialami empat beranak di sini menyebabkan mereka terpaksa mengikat perut setiap hari untuk meneruskan hidup.

Mereka yang menyewa di sebuah pondok kecil itu terpaksa melalui hidup yang getir selepas ditinggalkan suami dan hanya terpaksa bergantung kepada pendapatan anak sulung dengan mengambil upah membasuh pinggan di sebuah kedai makan berhampiran.

Bagi Anazukmawati Hashim, 32, nasib ditinggalkan suami tanpa sebarang khabar berita sejak anak bongsu dilahirkan sememangnya mengubah hidupnya.

Namun, anak-anaknya, Imran Mohamed Sabibullah, 15, Mohd Syed Iskandar, 12, dan Putri Nur Pairah, 8 bulan, perlu menghadapi dugaan itu biarpun agak pedih.

“Suami saya mula menghilangkan diri sebaik sahaja saya melahirkan Putri tanpa memberikan sebarang khabar berita, mahupun pesanan," katanya.

Akibat nasib malangnya itu, dia terpaksa 'menebalkan muka' menumpang di rumah ibunya buat sementara, namun disebabkan adik beradiknya yang ramai tinggal bersama ibunya, akhirnya dia tiada pilihan lain kecuali terpaksa mencari rumah sewa.

Bagaimanapun, keadaannya keluarga itu semakin meruncing selepas berpindah di pondok berkenaan dua bulan lalu apabila terpaksa membayar sewa sebanyak RM150 sebulan.

Anazukmawati yang berasal dari Kampung Padang Kemunting, dekat sini hidup serba kekurangan dan hanya mengharapkan ihsan masyarakat setempat prihatin.

“Hidup kami sekeluarga susah. Nak makan pun kena tengok-tengok dulu apa yang boleh dijadikan lauk. Kadang-kadang anak pergi memancing dapatlah ikan untuk dimasak. Anak saya yang bongsu ni terpaksa diberikan susu cair kerana tak mampu beli susu tepung,” katanya.

Menurutnya, anak-anaknya seperti memahami apa yang dihadapi olehnya sehingga memaksa anak sulungnya itu mengambil upah membasuh pinggan di kedai makan berdekatan pada sebelah malam selepas bersekolah di siang hari.

Manakala, anak keduanya pula tidak lagi bersekolah sejak tahun empat lagi kerana masalah kewangan selain masalah kehilangan sijil kelahiran.

“Hidup kami anak-beranak semakin tertekan sekarang, nasib baiklah anak lelaki saya sanggup bekerja dengan pendapatan RM15 satu malam. Sedikit sebanyak dapat membantu membeli barang keperluan," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Dia bagaimanapun mengakui kasihan melihat anak-anak yang terpaksa menahan lapar setiap hari. "Nak buat macam mana, kami tak mampu mendapatkan wang belanja lebih. Hendak meminta-minta, saya juga segan pada penduduk yang dah membantu. “Tengok saja anak saya yang kecil ini demam panasnya pun sudah berhari-hari. Nak bawa ke klinik saya tak mampu sebab duit upah yang anak saya dapat setiap malam digunakan untuk membeli keperluan seharian, itupun masih tidak mencukupi juga," katanya.
Mengenai persiapan Aidilfitri, dia yang kesedihan memberitahu baju anak-anaknya sememangnya tidak berganti dan mengharapkan ihsan penduduk setempat yang ikhlas menghulurkan pakaian baru.

Nota :

Hang Tuah kata " Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia"...
Tapi kalau melayu dah tak makan seharian lambat laun mampus semua melayu...
Maka hilang lah melayu usahkan di Melaka malah di seluruh dunia...
Kah...Kah...Kah....!!!

No comments:

Post a Comment