Aug 31, 2010
Isu Perkauman : UMNO Lempar Batu Sembunyi Tangan....!!!
Isu Rasis : Pemimpin UMNO Cetuskan Keresahan Kaum-Buletin Online
KUALA TERENGGANU - Kenyataan dan tindak tanduk pemimpin Umno yang menerajui kerajaan Barisan National (BN) negara ini menimbulkan keresahan dan rasa tidak puas hati dikalangan masyarakat Tionghua
Mereka berpandangan, pemimpin Umno-BN sering kali mengutarakan isu-isu 'rasis' yang sensitif berkait dengan keagamaan serta perkauman dari dulu hingga sekarang.
“Jika mereka (Umno-BN) teruskan permainan isu agama dan perkauman ini. Masyarakat tionghua akan rasa lebih tidak puas hati terhadap sikap-sikap pemimpin Umno-BN yang suka mainkan isu perkauman sehingga boleh menggugat kestabilan negara.
“Sebab pengalaman 13 Mei, cukup pahit untuk dikenang yang pernah berlaku dalam negara ini. Kita (DAP) lebih berhati-hati dalam isu ini supaya tidak timbul salah faham,” jelas Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing ketika ditemui, disini semalam, 29 Ogos.
Menurutnya, pemimpin Umno-BN sengaja mengeksploitasikan isu-isu tersebut bagi kepentingan politik ‘murahan’.
Ini kerana, katanya Umno dan kerajaan Barisan Nasional berada dalam suasana cemas serta semakin hilang sokongan rakyat terutama di kalangan orang bukan Melayu.
“Saya lihat hari ini Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan yang mereka (BN) rasa cemas. Cemas kerana mereka (Umno-BN) telah mula hilang sokongan orang bukan Melayu,” ujarnya.
Menurutnya, isu-isu keagamaan dan perkauman cuba dimainkan lagi oleh BN bagi memburuk-burukkan pemimpin DAP serta meraih sokongan orang Melayu kepada Umno.
Beliau mendakwa masyarakat bukan Melayu di negara ini juga mula memahami tentang Islam sejak mengenali Pakatan Rakyat dan PAS.
“Saya rasa masyarakat bukan Islam mula memahami apa maksud Islam. Maknanya, mereka (tionghua) faham Islam sekarang dan mula mendekati masyarakat Melayu dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh masyarakat Melayu khususnya dalam Pakatan Rakyat,” ujarnya.
Selain itu, kata Ng Chai Hing pemimpin Umno-BN ketandusan isu yang boleh memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.
Menurutnya, hanya dengan isu-isu agama dan perkauman yang diharapkan dapat mengembalikan kekuatan politik Umno-BN.
Nota :
“Mereka (Umno-BN) mainkan isu doa dalam khutbah Jumaat dikaitkan dengan Lim Guan Eng, kunjungan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau al-Huda dijadikan kontroversi, penggunaan ayat-ayat al-Quran oleh pemimpin DAP dijadikan isu politik dan banyak lagi.
Seolah-olah pemimpin DAP tidak menghormati agama Islam serta menjadi ancaman kepada orang-orang Melayu di negara ini."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment