Stadium Sultan Mizan akan dibersihkan
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad mengatakan pada beberapa minggu lepas bahawa Stadium runtuh, Stadium Sultan Mizan akan dibersihkan dari sisa runtuhan bermula akhir bulan Julai 2010. Diberitakan bahawa Kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan ini telah dilantik oleh JKR.
Tidak dapat dipastikan dari mana Kontraktor tersebut. samaada dari Terengganu juga atau dibawa khas dari Kuala Lumpur . Cuma, lebih elok jika kontraktor dilantik adalah dari Terengganu. Projek pun dinegeri Terengganu.
Sumber kewangan dari mana untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan tersebut juga tidak didedahkan. Sumber kewangan dari Terengganu atau sumber kewangan kerajaan Pusat. Yang pasti Terengganu telah menanggung kerugian yang bukan sedikit lantaran projek bodoh ini.
Ada yang bertanya, kenapa perlu dibersihkan? Tidak bolehkah terus dibaiki sahaja kerosakkan yang berlaku? Bagi sesiapa yang pernah melihat Stadium runtuh ini dari dekat.. akan kelihatan deretan atap, besi penyokong bumbung dan sisa konkrit (sedikit) berteraburan di tempat ruang bumbung stadium sebelah kiri yang runtuh. Sisa runtuhan ini memang banyak, bukan sedikit. 500 kali diangkut dengan Lori 5 tan pun tak habis.
Yang menjadi kemushkilan saya ialah kenapa kontrak ini hanya dikeluarkan untuk pembersihan sahaja, kenapa tidak disertakan sekali dengan pembaikian? Kenapa buat asing-asing? Bukan ke hanya melambatkan masa serta menyakitkan pandangan mata penduduk Terengganu yang sudah bosan melihat Stadium bodoh itu terbiar seperti dibom.
Kalau stadium yang runtuh ini perlu dibaiki oleh Kontraktor asal yang menjalankan kerja pembinaannya, kenapa Kontraktor tersebut hanya mendiamkan diri? Kalau ianya masih didalam tempoh kecacatan (Defect Liability Period), Kontraktor perlu melakukannya tanpa banyak cakap. Kalau Kontraktor berdegil, mengapa Kerajaan negeri Terengganu tidak menyamannya? Bukankah ada peruntukkan di dalam Undang-undang. Sekurang-kurangnya bawa kes ini ke Mahkamah, bukan berdiam diri dengan membiarkan Tauke Syarikat Kontraktor memandu Mercedes mewah ke Hulu dan ke Hilir. Tetapi Stadium yang dibina dengan duit rakyat ini terbiar begitu sahaja.
Seronokla Kontraktor, buat kerja.. kemudian runtuh. Beli Mercedes 2 biji, bergaya seperti nak mampus, terlepas dari tanggungang akan pembinaan yang dibuat itu telah runtuh. Patutla ramai sangat usahawan gila sangat nak jadi Kontraktor buat projek kat Malaysia ni.
Berbalik kepada kerja pembersihan yang akan dijalankan tidak lama lagi itu. Itu pun jika Ahmad Said dan JKR tidak berbohong.. maklumlah, kedua-dua pihak ini boleh berbohong apa sahaja kalau mereka mahu. Dikesempatan ini, marilah kita tengok sisa-sisa Projek Stadium Runtuh diNegeri Terengganu sebelum ianya dibersihkan.
Kat mana lagi nak cari Stadium runtuh kat Terengganu atau di Malaysia atau di mana-mana sekalipun didalam dunia ni. Hanya terdapat diTerengganu. Ianya satu dalam seribu.
Kalau kita tak ambil gambar dan simpan dalam album, tak dapat kita tunjuk dan ceritakan kepada anak cucu kita pada masa akan datang. Kita beritahu kepada anak cucu kita pada masa akan datang bahawa pada suatu masa dahulu, dinegeri Terengganu.. telah runtuh suatu binaan yang mengejutkan dunia iaitu runtuhnya sebuah Stadium. Kita beritahu kepada anak cucu kita bahawa berita keruntuhan tersebut turut termuat dalam akhbar antarabangsa yang berpengkalan di New York iaitu Assiociate Press (AP).
Kita juga kena beritahu kepada anak cucu kita bahawa Derih Jusoh yang menjadi Menteri Besar Terengganu ketika Stadium ini dibina hanya lepas tangan, relaks je. Bahkan beliau bersenang lenang dengan jawatan beliau sekarang sebagai Pengerusi MARA di Jln Raja Laut, Kuala Lumpur .
Kalau nak buat kenangan lagi, kita ambil serpihan batang besi dan kita simpan di dalam almari atau stor rumah kita. Sebagai barang kenang-kenangan yang nostalgik. Kalau Tembok Berlin di Jerman yang memisahkan Jerman Timur dan Jerman Barat dahulu diruntuhkan suatu masa dahulu dan sisa runtuhan itu menjadi simpanan sebahagian warga Jerman.. apa kata kita juga menyimpan sisa runtuhan Stadium tersebut untuk kenangan generasi akan datang.
Saya juga mencadangkan Pihak Muzium Negeri Terengganu atau Persatuan Sejarah negeri Terengganu mengambil inisiatif untuk mengenang peristiwa bersejarah yang berlaku dinegeri Terengganu ini.
---------------------------------------------------------
Kah...Kah.....DATANG RAMAI-RAMAI...BAWA KELUARGA DAN AMBIKLAH GAMBAR UNTUK KENANGAN ANAK CUCU KITA KELAK...!!!
Kah...Kah....NANTI BAGI TAHU ANAK CUCU KITA...INILAH PROJEK KERAJAAN ZALIM NAMRUD YANG TAK BERKUALITI...
Kah...Kah...KALAU CUCU TANYA..SIAPA ITU NAMRUD...!!!
Kah...Kah....BERITAHU MEREKA..NAMRUD TU NAMA GLAMOURNYA ADALAH UMNO..PARTI YANG SUKA METANGKEDARAH DUIT RAKYAT...
Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...GENERASI AKAN DATANG MESTI DI BERITAHU BAHAWA UMNO/BN ADALAH SEBUAH PARTI YANG SUKA TIPU DAN CEKIK DARAH RAKYAT...
Aug 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment