Aug 1, 2010
Bina Sekolah Hamil Tidak Membantu Benteras Gejala Sosial
KENYATAAN MEDIA
Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) menegaskan bahawa tindakan Ketua Menteri Melaka Dato' Seri Mohd. Ali Rustam yang tetap akan menubuhkan Sekolah Murid Mengandung sebagai tindakan yang ‘kurang cerdik' dalam usaha membenteras gejala sosial yang semakin menjadi barah didalam negara ini.
Kerajaan Negeri Melaka juga melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Dato' Abd. Rahaman Abd. Karim sebagai pengerusi penubuhan Sekolah Murid Mengandung. Sekolah itu juga menurut beliau akan menjadi platform bagi membantu gadis sepanjang tempoh mengandung selain mengelak timbul prasangka negatif masyarakat terhadap mereka.
DPPP mempersoalkan kenapa tidak mengambil pendekatan Islam dalam membenteras gejala sosial? Apakah jaminan dengan wujudnya sekolah ini akan berjaya membenteras masalah sosial? DPPP juga mempertikai mengapa tidak dibenteras dari awal masalah sosial tetapi hanya bertindak selepas mereka sudah terlanjur? Benarkah Ali Rustam membina sekolah ini atas dasar pandangan banyak pihak? Sudahkah beliau meminta pandangan alim ulama? Apa yang Kerajaan UMNO/BN lakukan dalam usaha membanteras gejala sosial?
Tindakan membenteras gejala ini harus bermula dari bawah. Tetapi kerajaan tidak serius dalam membenteras gejala ini. PLKN contohnya semakin menggalakkan pergaulan bebas dalam ruang lingkup yang semakin luas yang mana kalau dulunya kenalan hanya di sekitar kawasan rumah, dengan menyertai PLKN mereka akan berkenalan dengan mereka yang duduk di luar kawasan atau negeri tempat tinggal mereka. Tambahan pula PLKN tidak menitik beratkan pendidikan agama. Jika dilihat kepada modul latihan pun tiada batas-batas antara lelaki dan perempuan
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi baru-baru ini berkata sebanyak 21 kes pelajar yang mengandung dan bersalin anak luar nikah sejak 2006 hingga sekarang telah dikesan oleh Kementerian Pelajaran. Situasi ini amat membimbangkan kita. Seharusnya kerajaan sekarang memikirkan bagaiman hendak mengatasinya sebelum terjadi bukan memikirkan selepas terlanjur.
DPPP melihat bahawa usaha untuk menubuhkan sekolah ini pasti akan menemui jalan buntu sekiranya tidak mengambil pendekatan Islam. Islam menghalang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Penutupan aurat juga amat dititik beratkan. Islam telah mengariskan panduan dari awal iaitu pencegahan lebih baik daripada mengubati. DPPP mengesa kerajaan agar kembali kepada Islam yang sebenar dalam mencari jalan penyelesaian bukan sekadar hanya dilihat memberikan keuntungan pada sebelah pihak sahaja memandangkan pembinaan sekolah ini pastinya menjanjikan projek kepada kroni UMNO/BN tetapi hasilnya masalah sosial tetap ditahap yang sama malah menjadi semakin kronik.
Disediakan oleh
UST. AZMAN SHAPAWI ABD.RANI
Timb. KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
Nota :
Manusia memang ego...
Tidak pernah terfikir bahawa ia juga di ciptakan oleh ALLAH..
Sudah tentu ALLAH dah sediakan undang-undang dan peraturan terhadap manusia yang di ciptanya...
Tapi manusia lah yang langsung tidak pernah berterima kasih dan bersyukur pada penciptanya...
Sama juga dengan UMNO/BN memang jelas telah kufur pada ALLAH kerana langsung tidak mempedulikan dan mengutamakan Hukum ALLLAH...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment