Aug 25, 2010
PAS Komited...Bukan Kluk-Klek Macam UMNO...!!!
PAS akan berdiri teguh dalam agendanya melaksanakan undang-undang hudud dan menubuhkan negara Islam di Malaysia walaupun terdapat bantahan daripada DAP.
"Kita tidak akan bertolak ansur dalam perkara tersebut,"kata Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali mengulangi pendirian Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan telah meminta para pemimpin Pakatan Rakyat untuk melaksanakan hukuk hudud sekiranya PR berjaya membentuk kerajaan persekutuan.
Dato' Mustafa Ali menegaskan demikian sebagai respon kepada beberapa kenyataan dari pemimpin DAP terutama dari Penasihatnya Lim Kit Siang dan Pengerusi, Karpal Singh.
Sehubungan itu, Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi berkata DAP tidak sepatutnya menolak mentah-mentah soal hukum hudud dan negara Islam tanpa terlebih dahulu memahami prinsip-prinsipnya.
"Undang-undang ciptaan manusia yang diamalkan sekarang telah gagal. Ia adalah masa yang paling sesuai kepada pemimpin DAP untuk melihat kepada undang-undang Hudud, qisas dan ta'zir bagi menyelesaikan masalah sosial yang bertambah parah,"kata Nasruddin yang menambah, Islam menekankan keadilan kepada semua.
"Karpal Singh menyokong undang-undang sivil yang mmbenarkan wanita dijatuhkan hukuman gantung kerana membuang bayi yang membawa kepada kamatian,
"Ibu yang membunuh anak mereka sendiri sebaliknya tidak akan dibicarakan dibawah undang-undang Hudud. mereka akan dirujukkan kepada undang-undang ta'zir dimana para halim akan menggunakan kebijaksanaan dalam menentukan hukuman,"kata Nasruddin
Beliau menambah, lelaki yang membuang bayi dan membunuhnya akan disabitkan dengan hukuman mati dibawah undang-undang qisas, dimana hukuman balas di jatuhkan, umpamanya "mata diganti dengan mata" akan dilaksanakan.
Nota :
Perjuangan yang komited bukanlah mengharapkan kantiti semata-mata...
Yang pentingnya adalah kualiti perjuangan itu sendiri...
Kuantiti ianya akan datang secara sendiri...
Fitrah manusia memang akan ia mencari yang benar dan adil...
Bila mana dasar perjuangan itu terus di perjuangkan...
Maka manusia kan tertarik di sebabkan komitednya pada dasar yang di tegakkan...
Apatah lagi perjuangan itu adalah berlandaskan kepada dasar Islam....
No more Kluk-Klek...ada orang sokong ke atau tak ada ke...itu tak penting..
yang penting adalah mendapat keredhaan di sisi Allah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment