
Pada hari Ahad, lebih kurang jam 2 petang, Almarhum telah menghubungi ayahnya meminta supaya pergi ke Sungai Golok karana ada hal yang sangat penting. Perbualan telefon itu tiba-tiba terputus dan ayahnya tidak dapat menghubunginya lagi selepas itu.
Semasa perbualan telefon dengan Almarhum, ayahnya dapat mendengar rayuan suara anaknya seperti ada sesuatu di sebalik ajakan itu dan tahu bahawa Almarhum sedang disiksa karena nada suara Almarhum yang begitu lemah. Ayahnya yakin bahwa ada muslihat di sebalik panggilan itu dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana panggilan sudah terputus dan tidak dapat menghubunginya lagi.Almarhum telah diseksa dengan kejam pada hari Sabtu dan dipercayai meninggal sekitar jam 4 petang Ahad.
Melihat kepada mayat Almarhum (gambar), terdapat kesan melecur akibat ditusuk dengan besi panas, disembelih pada leher depan dan belakang, ditikam sebanyak 4 kali, dan dikelar pada badan dengan pisau. Menurut seorang saksi, dia ada terdengar suara minta tolong semasa masuk ke hutan mencari petai tetapi tidak dapat membantu kerana terlalu takut. Beliau hanya ke tempat kejadian pada keesokan harinya dan menemui mayat Almarhum. Kawasan hutan yang dikenali sebagai Wakaf Siku weng itu sering menjadi tempat pembuangan mayat selepas disiksa tentera Siam. Al-Fatihah untuk Almarhum.
Mujahideen Chechen yang gugur
Sedekahkan juga pahala bacaan Al-Fatihah kepada mujahid Magomedali Vagabov (gambar) iaitu suami kepada Almarhumah Mariam Sharipova, bersama empat pejuang yang lain, yang terbunuh Sabtu lepas dalam satu pertempuran dengan tentera Rusia di kampong Gunib, wilayah Kaukasus utara Dagestan.
Vagabov adalah salah seorang pemimpin tertinggi pejuang Chechen menentang Russia.

Pihak berkuasa berkata bahawa beliau terperangkap di dalam rumahnya apabila dikepung tentera dan kemudiannya diminta menyerah diri. Beliau sebaliknya menyerang tentera dan akhirnya gugur syahid, Insyaalah.
Nota :
Semoga mereka yang gugur diterima Allah sebagai syuhada'.Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment