Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 24, 2010

Contohilah Ahmadinejab Yang Berani....Bukan Ahmadinajib Yang Pengecut....!!!

Kita Patut Berbangga Dengan Pemimpin Islam Yang Ada Karisma, Lantang Bersuara & Berani...

Bukan Pemimpin Yang Penakut & Tak Ada Telooorrr...!!!

Perwakilan Amerika Syarikat dan beberapa lagi dari Eropah memulaukan sesi Perhimpunan Agung PBB apabila Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad semalam mendakwa kebanyakan orang percaya bahawa pentadbiran Amerika yang mendalangi serangan 11 September 2011 demi survival Israel.

Dalam ucapannya, pemimpin Iran itu berkata, kebanyakan pegawai kerajaan Amerika percaya satu kumpulan pengganas berada di belakang serangan berani mati yang memusnahkan Pusat Dagangan Dunia dan ke atas bangunan Pentagon pada 2001.

Satu lagi teori, kata beliau ialah “beberapa segmen dalam Amerika Syarikat sendiri telah mengadakan serangan ini untuk memulihkan ekonomi yang merudum dan genggaman di Asia Barat dalam usaha menyelamatkan rejim Yahudi.”

“Majoriti rakyat Amerika, malah kebanyakan orang dari negara-negara lain dan ahli politik akan bersetuju dengan pandangan ini,” kata beliau di Perhimpunan Agung dianggotai 192 negara.

Sebaik sahaja Presiden Iran ini mengeluarkan pandangan pedas yang lazim dilontarkan terhadap Barat, perwakilan Amerika dan beberapa negara Eropah bertindak keluar dari dewan sidang Perhimpunan Agung yang bermula semalam.

Jurucakap misi Amerika di PBB, Mark Kornblau dalam responsnya berkata: “Berbanding mewakili aspirasi dan semangat muhibah rakyat Iran, Encik Mahmoud sekali lagi memilih untuk membangkitkan teori-teori konspirasi dan kecaman anti-Semitik.”

Jurucakap White House Bill Burton berkata, Presiden Barack Obama berpandangan bahawa komen rakannya dari Iran itu “sangat mengejutkan dan menyakitkan hati” khususnya di bandar raya di mana serangan 11 September terjadi.

Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah Catherine Ashton berkata kenyataan itu “menyakitkan dan tidak boleh diterima.”

Mahmoud berkata beberapa bukti yang boleh menyokong teori-teori alternatif telah “ditutup” - pasport-pasport yang dikesan dalam runtuhan dan satu video milik lelaki tidak dikenali yang “terlibat dalam urusan perundingan minyak dengan beberapa pegawai Amerika.”

Sebagaimana tahun-tahun lalu, Presiden Iran menggunakan platform Perhimpunan Agung untuk menyerang rakan Amerika, Israel dan mempertahankan hak negaranya mengadakan program nuklear yang Barat bimbang akan digunakan untuk menghasilkan senjata.

Beliau juga menyentuh tentang tindakan pastor dari Florida yang sebelum ini merancang untuk membakar al-Quran. — Reuters

Nota :

Pemimpin Islam yang berani yakin bahawa Allah adalah segala-galanya...
Banding dengan pemimpin yang pengecut yang masih lagi bertuhan dan takut pada sesama manusia...
Barak Obama pun Allah yang Cipta...
Benjamin Nantang Yahudi pun Allah Yang Cipta...
Lee kwan Yew Pun Allah Yang Cipta...
Najib Razak Pun Allah Yang Cipta....
Maka tiada sebab untuk kita takut pada manusia melainkan ketakutan kita hanyalah kepada Allah SWT Semata-mata...

No comments:

Post a Comment