Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 24, 2010

Terjemahkanlah Makna "Popular" Untuk Kebaikkan Bersama.....!!!



Azmin Ali berkata beliau tidak perlu mengisytiharkan sokongan yang tidak berbelah bagi pada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail kerana perkara itu telah tergambar melalui perkhidmatan lebih sepuluh tahun sebagai naib presiden.

Bekas setiausaha sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selama 26 tahun itu juga memberitahu, selepas bosnya itu merengkok di penjara, kesetiaanya dan hormatnya kepada anggota keluarga bekas timbalan perdana menteri itu tidak pernah berubah.

"Keluarganya (Wan Azizah) dan keluarga saya lalui bersama hujan ribut untuk sekian lama," kata Azmin ketika ditanya tentang 'persepsi' bahawa hubungannya dengan isteri Anwar itu kini 'bermasalah'.

"Saya tidak perlu isytihar kesetiaan pada presiden kerana saya telah berkhidmat dengannya sebagai naib presiden lebih daripada 10 tahun".

Menyifatkan persepsi terhadapnya itu bukan masalah besar, Azmin menegaskan supaya tiada pihak yang merendah-rendahkan kemampuan wanita pertama yang menjadi presiden parti dan ketua pembangkang di negara ini.

"Seperti saya katakan tadi, jangan rendahkan kemampuan Wan Aziziah. Beliau ada soft power (kuasa halus). Beliau menjadi sosok penyatu dalam parti," kata Azmin.

Sindir Zaid

Bagaimanapun, Zaid sendiri pernah menafikannya kepada Malaysiakini dalam satu wawancara ketika beliau bertanding sebagai ahli parlimen Hulu Selangor sebelum ini.

Isu 'kesetiaan' kepada presiden itu timbul apabila Zaid pada 20 September menulis dalam blognya, sekiranya beliau menang merebut jawatan timbalan, kuasa presiden yang disandang Wan Azizzah akan dikembalikan.

Menurutnya, ini ekoran ada "bisikan" Wan Azizah bukan ketua sebenar, sebaliknya kepimpinan lebih selesa memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Anwar sebagai ketua umum.

Ditanya sama ada Zaid pernah menyuarakan perkara itu melalui saluran dalaman parti, bekas menteri di jabatan perdana menteri itu disindir lagi.

"Kamu kena tanya Datuk Zaid, berapa kali dia datang mensyuarat?" kata Azmin.

"Dalam ghairah tawar khidmat, jangan buat kenyataan yang boleh timbul keraguan. Saya saran bawa pandangan bantu parti. Kedudukan Azizah diterima, dihormati anggota parti. Siapa kita hendak mempertikaikan kedudukan Wan Aziziah?

"Lihat pencalonan, itu tandanya sokongan untuk Wan Azizah cukup kuat. Kalau beliau tidak efektif atau hanya sebagai boneka seperti dituduh setengah pihak, setakat ini takkan ahli (PKR) boleh terima."

Nota :

Faktor popular memang akan menjadi kayu ukur dalam pemilihan sesorang pemimpin...
Makna popular adalah cukup luas dan sangat subjektif...
Ia terpulang kepada individu bagaimana untuk mentafsirkan makna poular itu sendiri...
Ada yang popular sebab dia kaya...
Ada Yang popular sebab dia pandai bercakap...
Ada pulak yang polular kerana personalitinya...
Malah ada yang sangat popular kerana pegangan dan amalan agamannya...
Kusteru itu ahli PKR kenalah matang dalam meilih calon yang populis....
Bertujuan agar populariti calon yang bertanding akan wujud kesinambungan yang kuat dengan amanah yang di berikan...
Sejauh mana popularnya calon tersebut...faktor agama juga perlu di beri perhatian...
Pilihlah calon yang betul-betul beragama...
Kerana selain bijak dan berpengaruh...faktor agama juga akan memimpin calon ini untuk terus memartabatkan hukum agama...
Kepada ahli PKR...Selamat Memilih Pemimpin yang terbaik....

No comments:

Post a Comment