Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 9, 2010

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit....!!!


AZMIN ALI PEMBAWA MASALAH DALAM PKR

Zaid Ibrahim baru sahaja mengadakan sidang akhbar.turut bersama zaid ialah calon Timbalan Presiden mustapha kamal ayub.

Zaid telah menerangkan bahawa jawatan kuasa pemilihan kelihatan
berat sebelah. Zaid meminta pemilihan ini di wafatkan dalam masa 48 jam.

Zaid juga berkata masalah ini berpunca dari Azmin Ali dan Anwar Ibrahim.

KENYATAAN MEDIA
9 NOVEMBER 2010


PEMBATALAN DAN PENJALANAN SEMULA PEMILIHAN PARTI KEADILAN RAKYAT 2010

Pemilihan Kepimpinan pusat Keadilan sedang berlangsung sejak 28hb. Oktober 2010. Sehingga kini terdapat 162 aduan atas kepincangan yang akan menjejaskan integriti dan kredibiliti JPP.

Hari ini saya dan teman-teman akan menyerahkan memorandum bagi mendesak pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan pusat 2010 kepada Presiden KEADILAN dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

Antara lain dalam memorandum ini kami mempersoalkan tentang sistem dan perjalanan pemilihan secara telus yang diperkenalkan pada tahun ini amat jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan oleh perwakilan yang meluluskan pindaan Perlembagaan parti dalam Kongres Khas pada bulan Jun 2009.

Kegagalan utama JPP ialah dalam mempertahankan prinsip pemilihan yang bersih, bebas dan adil (clean, free and fair election). Integriti JPP amat dipersoalkan sehingga terdapat lebih 162 aduan yang diantara lain berkenaan tindakan-tindakan ahli-ahli JPP dan pengawas-pengawas pemilihan yang bertindak memihak, berat sebelah malah terlibat dalam penipuan undi.

Kami juga mendesak supaya JPP mengisytiharkan pemberhentian Pemilihan 2010 dalam tempoh 48 jam dari masa penerimaan memorandum ini. Sekiranya tindakan pemberhentian Pemilihan tidak dilakukan dalam tempoh tersebut, kami akan mengambil tindakan yang lebih tegas demi mempertahankan prinsip keadilan.

Saya percaya calon-calon yang bertanding memang bersedia untuk membuktikan parti kita sebagai parti yang bersih, integriti dan demokratik untuk semua rakyat Malaysia.

“KESINAMBUNGAN PERJUANGAN”
“KEMBALIKAN SUARA RAKYAT”

MUSTAFFA KAMIL AYUB
Naib Presiden KEADILAN
Calon Timbalan Presiden KEADILAN

1 comment:

  1. sedangkan buntut lagi terjolok ....kah...kah...kah

    ReplyDelete