Nov 9, 2010
UMNO Patut Dah Buat Solat Hajat & Bacakan Yasin....!!!
Lim Chong Eu tenat, masih tak sedar diri -MK
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, berasa sedih melihat keadaan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tun Dr Lim Chong Eu yang masih tidak sedar diri di wad Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang (HPP).
Dr Lim, 91, dimasukkan ke HPP pada 26 Okt lepas dipercayai akibat serangan angin ahmar.
"Saya berasa sedih dengan keadaan yang menimpa Dr Lim kerana beliau adalah seorang pemimpin yang amat disanjungi," katanya selepas melawat Dr Lim yang juga salah seorang pengasas parti Gerakan, hari ini.
Beliau masih tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital.
Abdullah berkata, Dr Lim adalah seorang pemimpin yang aktif dan tabah dalam menempuhi segala rintangan dalam kariernya sebagai seorang ahli politik.
"Saya berharap penduduk Pulau Pinang akan berdoa untuk kesihatan Dr Lim supaya beliau akan pulih seperti biasa," katanya.
Abdullah yang ditemani isterinya, Datin Seri Jeanne Abdullah tiba di HPP kira-kira 3.15 petang dan berada di wad tersebut kira-kira 20 minit.
Dr Lim menjadi Ketua Menteri kedua Pulau Pinang selepas Tan Sri Wong Pow Nee dan memegang jawatan itu selama 21 tahun dari 12 Mei 1969 hingga 25 Oktober 1990.
Beliau menjadi presiden Gerakan selama sembilan tahun mulai 1971.Di bawah kepimpinannya, Gerakan menyertai BN pada 1972. - Bernama
Nota :
Kalau untuk Kamalanthan di Hulu Selangor UMNO sanggup buat majlis baca yasin....
Mintak supaya kamalanathan menang dalam PRK Hulu Selangor
Takkan untuk tokoh yang banyak berjasa macam Lim Chong Eu tak ada majlis bacaan yasin...
Kalau setakat bersedih saja tak cukup...
Himpunkanlah semua ahli UMNO khususnya di Pulau Pinang untuk baca yasin dan solat hajat...
Tengok macam Madey...bila sakit je semua pendita, paderi, Tok Cha & Ustaz di panggil untuk buat solat hajat....
Imi bukannya perkara pelik bagi UMNO....
Mintaklah dengan tuhan supaya Lim Chong Eu panjang umur....
Barulah ada roh atau semangat 1 Malaysia....
Kah...Kah....Kah....!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment