Dec 8, 2010
Awas..Dajjal Sudah Datang...!!
Awas Kakitangan Kerajaan.-TKO
"Kakitangan kerajaan secara bersiri diminta menghadiri taklimat dan seminar yang berbau politik. Antara intisari taklimat yang disampaikan kepada mereka ialah rakyat boleh memilih PAS atau UMNO asalkan kedudukan Melayu selamat. PKR dan Anwar Ibrahim dimomokkan sebagai pengkhianat bangsa dan negara. Beliau didakwa menerima dana daripada Yahudi untuk kempen politik PKR. Dimaniskan kata-kata bahawa Anwar dahulunya baik tetapi kini adalah perosak Melayu.
Imej Anwar sekarang digambarkan bahaya macam komunis pada era kemerdekaan dulu. Semua ini mereka perkatakan secara tertutup kepada pegawai kerajaan.
Agenda daripada taklimat yang disampaikan oleh pegawai atasan dan beberapa orang menteri itu umpama kata-kata manis yang bersalut racun. Namun bagi pegawai kerajaan atau sesiapa sahaja yang tidak akses kepada politik semasa secara adil, mereka mudah sekali terminum racun yang disuapkan oleh isi-isi taklimat ala-BTN itu.
Cakap-cakap menteri UMNO cukup cantik. PAS didakwa baik. Yang buruk PKR. Yang bahaya ialah Cina DAP. Memang jelas agenda untuk memberi imej buruk kepada PKR dan Anwar Ibrahim. Matlamatnya ialah hancurkan reputasi Anwar. Hancurkan PKR. Biarlah PAS dipandang baik buat masa ini oleh rakyat. Apabila Anwar dan PKR hancur, matlamat penting untuk hancurkan Pakatan Rakyat menjadi mudah. Selepas PKR hancur, bergerak kepada marhalah kedua iaitu serang semula PAS. Putuskan hubungan PAS-DAP dengan isu-isu Negara Islam, hudud, kerusi Timbalan Perdana Menteri dan seumpamanya.
Wah. UMNO-BN guna segala medan sekarang dengan segala kaedah untuk hancurkan Pakatan Rakyat. Mereka jadikan para pegawai kerajaan sebagai mentor yang akan berperanan kepada anggota bawahan masing-masing. Sesiapa yang dengar lenggok dan lenggang bahasa yang diselit dengan fitnah-fitnah jahat tanpa bukti , tentu mudah mabuk keracunan. Kata mereka, tak kisah pilih PAS atau UMNO asalkan Melayu selamat dan terjamin. Melayu berada dalam keadaan bahaya sekarang. DAP akan diperkuatkan oleh Cina-Cina daripada MCA dan Gerakan. Peristiwa 13 Mei akan berulang. Melayu terancam. Inilah permainan sentimen mereka sekarang.
Namun orang yang cerdik politik akan melihat tipudaya mereka bagai melihat kilat ikan di air iaitu kekalkan UMNO, pilihlah dan undilah UMNO sebab UMNO-lah selama ini kononnya tonggak yang menjaga kepentingan Melayu. Haprak. Sayangnya kecerdikan ini tidak akan ada dalam diri pegawai kerajaan atau rakyat yang tidak sudi mendapatkan sumber maklumat secara adil daripada kedua-dua belah pihak.
Sebahagian daripada mereka yang berada atas pagar ini mendakwa tidak berminat pada politik. Kalau tidak minat politik lalu langsung tidak keluar mengundi bolehlah diterima kenyataan itu. Tetapi berkata tidak minat politik namun apabila mengundi terus pangkah UMNO/BN. Apabila tidak minat politik sudah pasti tidak ada ilmu dan maklumat politik semasa untuk ditentukan pilihan. Habis kenapa pula pangkah BN, tidak PAS, PKR atau DAP?
Konklusinya, apakah tindakan PAS dan Pakatan Rakyat untuk ‘counter’ pegawai kerajaan dan rakyat atas pagar agar memahami hakikat sebenarnya? Cukupkah penjelasan secara umum melalui ceramah, Harakah dan media baru yang belum pasti sampai kepada sasarannya?
UMNO/BN sekarang terus pergi kepada sasaran. Mereka panggil dan kumpulkan pegawai kerajaan, orang miskin, penerima bantuan JKM, nelayan, peneroka Felda dan sebagainya dalam majlis-majlis yang bersesuaian mengikut kelompok masing-masing. Mereka disumbat dengan dakyah-dakyah perkauman seperti di atas.
Nota :
Kerja PAS dan Pakatan Rakyat sekarang ialah bagaimana hendak memastikan mesejnya turut sampai kepada sasaran? Ini fokus kita. Para pemimpin, cerdik pandai, aktivis dan pejuang-pejuang sekalian jangan mudah mengalah menghadapi mereka dalam penyebaran maklumat. Fikirkan dan aplikasikan cara mengetuk hati dan pemikiran pengundi atas pagar khususnya mulai sekarang. Adakan ceramah di kawasan luar bandar, wujudkan Dana Risalah dan CD. Edar Harakah, risalah dan CD percuma kepada mereka.
Kegagalan kita memberi penjelasan langsung kepada mereka meletakkan kita dalam keadaan bahaya. Jangan jadikan kegagalan ini sebagai bahan post-mortem yang ditangisi selepas PRU-13 nanti. Tekan loceng kecemasan sekarang agar semua kita bangkit siapa-siaga dan memperhebatkan kerja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment