Dec 13, 2010
Jang..Oooo..Jang...!! Kenapo Kau Tak Berkhotan Jang...??
Tangguh hasrat khatankan anak - Sinar Harian
11 Dis 2010 - SEREMBAN – Kesempitan hidup menyebabkan seorang ibu terpaksa bertangguh dalam urusan mengkhatankan dua anak lelakinya yang sudah cukup umur.
Kehidupan Azliza Sahid, 38, terhimpit selepas berpisah dengan suaminya sejak tiga tahun lalu dan terpaksa menanggung enam orang anak berusia antara 4 sehingga 17 tahun.
Menurutnya, memikirkan kos berkhatan yang mencecah ratusan ringgit memaksanya untuk mendahulukan pendapatan bulanan yang diterima untuk urusan yang lebih penting berbanding membawa anaknya berkhatan.
"Hampir setiap tahun saya berhasrat mahu membawa dua anak lelaki saya yang kini berusia 11 tahun dan 13 tahun untuk berkhatan, namun akibat kekurangan duit hasrat itu terpaksa dibatalkan.
"Cuma, sejak akhir-akhir ini saya mula memikirkan yang anak saya sudah semakin dewasa dan jika ditangguhkan lagi pasti semakin susah. Jadi, saya cuba juga usahakan untuk mereka dikhatankan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Permai 2.
Lebih menyedihkan apabila Sinar Harian turut difahamkan bahawa rumah tempat Azliza dan anaknya berteduh sekarang adalah rumah kosong yang tidak diketahui pemiliknya.
Azliza menambah, sudah hampir setahun dia membuat keputusan untuk tinggal di rumah kosong terbabit biarpun tidak dilengkapi dengan kemudahan air dan elektrik.
"Sejak berpisah dengan suami, saya tinggal bersebelahan dengan rumah keluarga saya, namun disebabkan kesemua adik beradik yang lain turut tinggal sekali menyebabkan rumah berkenaan terlalu sesak dan tidak mampu untuk menampung kami anak beranak.
"Saya tidak tahu rumah ini milik siapa tapi sekurang-kurangnya dapatlah kami menumpang buat sementara waktu. Saya bukan tidak mahu menumpang di rumah yang lebih selesa namun, gaji saya tidak mencukupi untuk membayar sewa rumah," katanya.
Menurutnya lagi, anaknya masih bersekolah dan dengan pendapatan bulanan sebanyak RM600 sememangnya tidak mencukupi. "Saya berhasrat untuk berniaga bagi mengubah nasib diri dan keluarga namun hasrat terpaksa dibatalkan akibat tidak mempunyai modal yang mencukupi.
"Saya tidak tahu saluran mana yang harus saya ikuti bagi memohon bantuan memulakan perniagaan dan amat berharap ada pihak yang sudi membantu," katanya yang turut mendapat bantuan bulan RM450 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Nota :
Jang..Oooo..Jang...!!!
Si Milah kau gilokan....
Omak dah masuk meminang...
Si Milah belum bagi jawapan...
Sebab dia tahu kau masih belum khotan...
Kesian..kesian...
Kah..Kah...Kah...!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment