Dec 14, 2010
Kalau Bangang..Biarlah Bangang Sorang-Sorang...!!
TANAM SENDIRI SAYUR KEKANG KENAIKAN HARGA PASARAN – ISMAIL-UM
Rakyat diminta menanam sendiri sayur-sayuran sebagai cara menjimatkan perbelanjaan dapur sekali gus mengurangkan kesan kenaikan harga barangan itu di pasaran.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata, selain menjimatkan perbelanjaan dapur, ia secara tidak langsung dapat menurunkan harga barangan tersebut di pasaran apabila permintaan terhadapnya berkurangan.
''Melalui Kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja yang dianjurkan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Penguna Malaysia (FOMCA) yang dijalankan sejak tiga tahun lalu dapat membantu rakyat menjimatkan perbelanjaan harian.
''Jika semua rakyat menyahut kempen FOMCA itu ia bukan sahaja menjimat perbelanjaan harian tetapi boleh membantu kerajaan mengurangkan import sayur-sayuran yang mencecah bilion ringgit," katanya kepada pemberita selepas merasmi kempen tersebut di Kompleks Rakan Muda Bera, di sini hari ini.
Nota:
Macam macam dibuat oleh ketuanan melayu untuk menipu orang melayu...
Dah nasib orang melayu hidup semata-mata untuk kena tipu ...
Pagi di tipu UMNO/BN....
Tengahri di tipu Berita Harian...
Petang di tipu Utusan Malaysia...
Yang malangnya sebelah Malam ditipu RTM...
Kah...Kah...Kah...!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment