Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 21, 2010

Mana Nak Seleweng...Lagi Banyak Edar Note Book..Lagi Banyak UMNO/BN Untung...!!

Tersenyum Riang Si Ayah bila anak dapat Note book...tapi si anak tak tahu yang si ayah menangis bila tahu harga Note book tersangatlah mahalnya...!!

TIADA ADUAN PENYELEWENGAN PENGAGIHAN NOTE BOOK SATU MALAYSIA - UM

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sehingga kini belum menerima sebarang aduan rasmi mengenai penyelewengan pengagihan notebook satu Malaysia.
Timbalan menteri kementerian berkenaan, Joseph Salang berkata, bagaimanapun, kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bersama-sama Kementerian Pelajaran mengadakan pemantauan dan penambahbaikan proses pengagihan secara berterusan.

"Ini bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan agar manfaat daripada inisiatif pengagihan notebook satu Malaysia itu dapat dinikmati oleh kumpulan sasar,” katanya menjawab soalan Senator Mumtaz Md Nawi di Dewan Negara hari ini.

Salang berkata, pelaksanaan pengagihan notebook satu Malaysia dipantau oleh pejabat-pejabat wilayah SKMM di seluruh negara di mana maklum balas diperolehi daripada pelajar-pelajar sekolah yang telah menerima notebook serta pihak berkepentingan di negeri-negeri termasuk guru sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah dan ketua kampung berkenaan bagi menilai keberkesanan kaedah yang dijalankan.

Beliau berkata, sejumlah RM1 bilion telah diperuntukkan untuk pelaksanaan projek notebook satu Malaysia, yang melibatkan pengagihan sebanyak satu juta unit notebook berserta langganan pakej jalur lebar kepada pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 dan juga kepada golongan berpendapatan rendah.

Nota:

Hujan tidak...Panas pun tidak...
Tup-tup...keluar berita tiada penyelewengan...
Ada bincang ke kat Parlimen..??
Tapi sebenarnya inilah cara UMNO/BN buat kerja...
Inilah sebenarnya cara mereka dapatkan belanja untuk pilihanraya
Tak caya...?
Kita tunggu dan lihat...
Note book cap ayam tapi harga masyaAllah...sampai dua tiga ribu...
Kah...Kah....kah...!!

No comments:

Post a Comment