Dec 21, 2010
UMNO/BN Tak Akan Tenang Di DUN Tenang....!!
Sudah pasti prk n5 dun tenang akan diadakan seawal awal januari 2011. dalam mood suasana yang memeningkan kepada ibu bapa yang baru berhabisan berbelanja untuk kelengkapan sekolah anak anak, prk tenang akan diadakan. mood awal tahun akan digunakan sepenunhya untuk berhadapan dengan gelora umno di johor.
umno johor akan turun dengan reputasi tercalar kerana ada dun dikawasan johor telah rebah di tangan pas. sharir samad bekas menteri pengguna telah melontarkan pandangannya kepada uncle chua yang dikatakan berpengaruh di parlimen labis yang mana kawasan parlimen ini diwakili oleh chua junior iaitu anaknya sendiri. uncle chua sedar yang waktu ini, dalam usaha beliau membersihkan nama beliau kerana berkasi dalam video porno tetapi kerajaan malaysia tidak seperti kerajaan umno indonesia yang menangkap ariel iaitu seorang pelakon sukarela dalam video seks dan membuat tuduhan dimahkamah. chua dimalaysia dibebas sewenang tanpa perlu hadir kemahkamah.
N.5 tenang sudah lama tenang dan umno boleh berjoget lambak disini sekian lama. setelah kerusi dun ini kosong bermakna, umno perlu berfikir sejenak dan berhenti seketika untuk terus berjoget. walaupun umno tahu kawasan ini adalah kubu kuatnya sepanjang zaman belum tentu zaman keemasan umno akan terus bersinar disini. apakah tiada ruang langsung untuk pembangkang untuk bernafas disini. apakah tiada peluang langsung untuk pas yang mewakili pakatan rakyat untuk memberikan saingan sengit kepada umno. pas sentiasa tewas di kawasan ini sepanjang zaman. apakah tiada kekuatan langsung kepada pas untuk memalitkan arang ke muka umno disini. pasti ada, walaupun kawasan felda dikatakan kawasan hitam belum tentu pas tidak dapat menukarkan warna hitam kepada kelabu atau boleh memutihkan sedikit kawasan hitam ini. dengan kekalahan hampir 2500 undi belum tentu umno boleh terus bergendang dan berdendang lagu kemenangan sebelum wisel ditiupkan.
kita datang ke tenang dan pastikan umno tak akan tenang sehingga tarikh akhir pengiraaan dan pengumuman kemenangan calon di malam akhir prk ini. pastikan umno bergelora sepanjang kita berada disini dan akan berterusan sehingga putrajaya tumbang ke tangan pakatan rakyat. isu isu negara islam telah dipadamkan oleh karpal singh dalam konvo pakatan rakyat baru baru ini. isu isu yang sentiasa dimainkan oleh umno untuk menakutkan bangsa melayu kepada dap. isu isu yang luar jangka oleh umno pasti sudah dibaca oleh pemimpin pakatan rakyat. umno yang sudah melangkau masa memerintah malaysia dan semakin senang dibaca gerak gerinya. tarinya sudah dan tidak seligat dulu lagi walaupun dibelakangnya ada israel yang selalu berbangga dengan keturunannya. jangan biarkan umno terus selesa dan tenang di tenang. matlamat prk adalah mengoncang kekuatan umno sehingga kesudahannya.
kawasan felda yang menjadi modal utama kepada umno perlu segera diubah dan direbahkan sedikit demi sedikit. prk ini akan menjadi rahmat kepada penduduk felda. pas perlu membangkitkan isu isu felda sehingga mat maslan lemas selemasnya. biarkan mad maslan menjawab walaupun mad maslan akan menjawab isu felda walaupun nampak betapa bodoh dan bangangnya umno dalam isu felda. mazlan aliman hendak terus menekan felda diwaktu ini. jangan biarkan felda terus ditelan arus. penduduk felda hendaklah terus dibela dan diberi perlindungan sewajarnya agar agensi ini tidak bungkus ditangan umno. biarlah tahun ini peneroka felda masih lagi takut untuk bersama kita mungkin ditahun tahun akan datang anak cucu peneroka felda akan bersama kita sebagaimana mazlan aliman. mazlan aliman perlu dibarisan depan untuk memastikan penduduk felda beroleh sedikit rahmat dari prk ini.
Nota :
UMNO pasti datang ke kawasan felda dan dun tenang membawa watak santa claus. yang mana bermurah hati membahagi bahagikan apa saja yang mereka ada. walaupun sudah diketahui bahawa hanya sedikit saja yang akan mengalir ke penduduk disini. sekurang kurangnya penduduk felda mendapat rahmat dari prk ini. di waktu ini persatuan anak peneroka perlu lebih aktif mencari ahli dan memberikan penerangan yang sewajarnya kepada anak anak felda. mazlan aliman pasti tahu apa yang peneroka felda mahu kerana ia membesar bersama dengan felda itu sendiri.
Denyut nadi warganegara felda dalam gengaman persatuan anak. jangan biarkan tenang terlalu tenang buat umno, jadikan N5 .Tenang bergelora untuk umno dan barisan nasional. barisan sampah perlu dihanyutkan dengan segera agar air dapat mengalir sebagaimana fikrahnya. umno dah lama menjajah felda dan pas dan anak bersatu hadir untuk membuang penjajah ini dari bumi felda yang bertuah ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment