Jan 21, 2011
Macam-Macam Cara Tipu Melayu..!!
TPM: M'sia negara Islam yang diperakui Amerika-MK
Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Malaysia diperakui sebagai sebuah negara Islam contoh oleh negara-negara luar serta pemimpin mereka seperti Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kemajuan ekonomi dan kestabilan politik yang dinikmati oleh rakyat Malaysia hari ini hasil keberkesanan pemerintahan kerajaan yang diterajui oleh BN.
"Ketika saya melawat Amerika Syarikat baru-baru ini, Hillary Clinton sendiri menyatakan kekaguman di atas pencapaian Malaysia dari segi keberkesanan kerajaan, demokrasi yang segar dan pertumbuhan ekonomi yang pesat," katanya.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian pada majlis ramah mesra dengan penduduk Kampung Tenang, selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Tenang, di Labis hari ini.
Negara Islam maju
Muhyiddin berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang maju dan rakyatnya berpendapatan tinggi.
Perakuan itu, kata beliau sekali gus menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan kerajaan pimpinan BN tidak berkesan dalam melaksanakan dasar-dasar untuk membantu dan meningkatkan kedudukan ekonomi rakyat.
"Jika ada pihak-pihak yang datang dan cerita perkara karut-marut, saya minta penduduk kampung jangan percaya," katanya.
Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang akan diadakan pada 30 Januari ini berikutan kematian penyandangnya, allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.- Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment