Jan 21, 2011
UMNO Terengganu Masih Tidak Aman....!!
Walaupun tampuk kepimpinan Umno Terengganu telah dikembalikan kepada Dato' Seri Ahmad Said, tiada penyelesaian kepada keadaan 'kelam kabut' yang melanda kepimpinan Umno negeri
Seorang pemimpin Umno peringkat bahagian memberitahu, Ahmad Said 'berhelah' kepada Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak dengan mengatakan, sekiranya mahu Terengganu menang dalam pilihanraya umum akan datang, kepimpinan mestilah diserahkan kepada beliau.
Kata pemimpin Umno itu, sebenarnya perlumbaan untuk menjawat jawatan Pengerusi Perhubungan adalah soal wang, siapa yang memegang jawatan tersebut berkuasa diatas penggunaan wang untuk kempen Umno.
Oleh itu, kebenarannya terserlah apabila Ahmad Said meluluskan RM3 juta kepada setiap DUN bagi kempen 'memancing undi'.
Katanya, kumpulan Ahmad Said kini akan mula menghakis dan menghapuskan sesiapa sahaja yang menentangnya.
Wakil Rakyat menentang akan digugurkan
Kenyataan pemimpin Umno itu terbukti apabila Setiausaha Perhubungan Dato' Tengku Putera Tengku Awang 'kelam kabut' membuat kenyataan akan menggugurkan mana-mana wakil rakyat yang menentang
Tengku Putera pada 13 Januari lalu berkata semua wakil rakyat dan individu penting yang diberi amanah bagi menjalankan tanggungjawab membela nasib masyarakat perlu menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tidak boleh berpaling tadah.
Katanya, setiap wakil rakyat memiliki kepentingan tersendiri namun mereka perlu mendahulukan perkara utama bagi memartabatkan rakyat.
Walaupun beliau menafikan kata-katanya bermaksud mengugut wakil rakyat, namun itulah hakikat sebenarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment