Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 1, 2011

Itu Rahsia..Ini Rahsia...Semuanya Rahsia....!!


MENTERI : KERAJAAN TIADA KUASA DEDAH KONTRAK IPP - MK

Kerajaan tidak boleh memaksa Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) didedahkan kepada umum kerana ia dimeterai oleh entiti swasta.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Peter Chin berkata PPA ditandatangani antara beberapa pengeluar tenaga bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Jadi, siapa kita untuk beritahu mereka supaya mendedahkannya?” katanya kepada Malaysiakini di Putrajaya.

PPA adalah kontrak undang-undang antara pengeluar tenaga dan pembeli tenaga.

Adalah kemungkinan PPA akan menghuraikan butiran seperti kadar dan harga bahan api yang dibeli oleh syarikat minyak dan gas negara, Petronas tetapi ia sekarang diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi.

Bagaimanapun menurut Chin jika kedua-dua pihak bersetuju mendedahkan dokumen berkenaan kerajaan akan menyokong langkah tersebut.

"Jika kedua-dua pihak (IPP dan TNB) bersetuju dan kata 'kami mahu dedahkannya' siapa kami untuk menghentikan mereka,” katanya selepas pelancaran bangunan baru Suruhanjaya Tenaga di Putrajaya.

Pengkritik, khususnya parti pembangkang sejak akhir-akhir ini menekan kerajaan untuk mendedahkan PPA. Ini berikutan keenganan kerajaan persekutuan menstruktur semula kontrak berkenaan yang dikatakan berat sebelah sehingga membebankan rakyat.

Pakatan Rakyat juga mendakwa IPP meraih keuntungan lumayan dari kontrak itu dan pada masa yang sama menikmati subsidi gas yang ditanggung oleh pembayar cukai.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini mendakwa subsidi bahan api yang dinikmati oleh IPP dan TNB mencecah RM19 bilion dan mereka penerima sebahagian besar subsidi yang diberikan oleh kerajaan.

Nota:

inilah caranya BN menipu
inilah cara rakyat kena tipu
inilah caranya melayu kena tipu

ada akta rahsia
ada akta tak boleh usik raja
ada akta tak boleh itu
ada akta tak boleh ini
semua nak tipu melayu
bangang jadinya melayu ni...
kah kah kah

No comments:

Post a Comment