Jun 1, 2011
Semuanya Kerana Harta....!!
PEMUDA PERSOAL UDA MAHU JUAL TANAH 1.4 HEKTAR - UM
PETALING JAYA 31 Mei - Tindakan Uda Holdings Bhd., (UDA) yang kebelakangan ini menimbulkan tanda tanya di kalangan kontraktor bumiputera terus dipersoalkan apabila ia didapati dalam proses menjual sebidang hartanah miliknya yang terletak di kawasan utama iaitu di Jalan Sultan Ismail di ibu kota.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau mendapat tahu UDA kini bercadang menjual tanah miliknya yang berukuran 1.4 hektar bersebelahan Hotel Sheraton itu kepada Mutiara Goodyear Development Bhd., (Mutiara) pada harga RM215.5 juta.
Menurutnya, tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan UDA kerana ia pasti merugikan pemilikan tanah bumiputera di kawasan bandar dan bercanggah dengan falsafah penubuhan UDA yang bertujuan menjaga kepentingan pemilikan hartanah golongan tersebut.
Nota :
apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam UDA?
dari mata kasar ianya hanyalah kritikan terhadap pucuk pimpinan uda
dari mata kasar ianya hanyalah perebutan ghanimah - harta perang
BN sama sendiri sedang berebut harta kekayaan
tanah di bekas tapak penjara pudu
tanah di bekas tapak lapangan terbang tudm sungai besi
tanah bekas tempat kajian getah di sungai buluh
ada yang dapat
ada yang tak puas hati
jangan silap baca
dibelakang krisis inin ialah
pertempuran hebat antara najib dan muhyuiddin
kepala di uda ini dinaikkan oleh najib
ini untuk memastikan kepentingan orang najib terjaga
kerana itu kita lihat muhyiddin bersuara mengkritik uda
kerana itu perkasa bising tentang uda
semua ini adalah menifestasi
pertempuran antara najib dan muhyiddin
uda ini adalah permulaan pertempuran antara najib dan muhyiddin
kita tunggu dan nanti
bila madey akan bersuara
bila madey bersuara maka ianya akan jelas lagi
utusan memainkan isu uda ini
utusan kini menyokong garis muhyiddin
utusan bersama perkasa dalam tim yang sama
garis politik melayu sedang di jual oleh utusan
ini menambah lagi tersepit najib dan rosmah
tapi kita tunggu apakah najib akan melawan ?
kah...kah...kah....!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment