Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 8, 2011

Nak Tak Nak..Kita Mesti Turun Pada 9 Julai Nanti....!!


GUNA WANG RAKYAT RISIK PERKAHWINAN ANAK, KELAKUAN NAJIB JODOH DAN BURUK – suara keadilan

Najib Razak menggunakan wang rakyat untuk tujuan merisik perkahwinan anak perempuannya ketika rombongan lawatan ke Kazakhstan dianggap sebagai kelakuan yang hodoh dan buruk.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, penggunaan wang rakyat bagi tujuan peribadi adalah sangat salah dari segi moral. Katanya lagi, ia bukan pertama kali Najib membazirkan wang rakyat untuk urusan peribadi dan keluarga.

“Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.

NAJIB DIKECAM GUNA PROGRAM RASMI UNTUK URUSAN PERIBADI- HD

Najib Razak didakwa menggunakan program pribadi untuk menguruskan perkahwinan anaknya dengan dicampuradukkan dengan program kerajaan semasa ke Kazakhstan sekarang.

Tindakan ini disifatkan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefli Ahmad sebagai langkah yang 'tidak ada kelas langsung'.

Kecaman ini dibuat ekoran tindakan Najib menggunakan segala kemudahan kerajaan dan wang rakyat untuk memenuhi keperluan keluarganya di Kazakhstan sekarang.

No comments:

Post a Comment