Jun 8, 2011
Tak habis-Habis Nak Menipu....!!
DEDAH DULU HASIL SIASATAN SEBELUM PANGGIL INKUES, KATA KELUARGA SARBAINI - MI
Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed menyifatkan cadangan polis agar diadakan inkues bagi menyiasat punca kematian penolong pengarah Kastam itu April lalu sebagai mahu melengah-lengahkan hasil siasatan selain mahu “menyembunyikan sesuatu.”
Justeru menurut sumber yang rapat dengan keluarga Ahmad Sarbaini, pihaknya mahu polis mendedahkan terlebih dahulu siasatan yang telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara sebelum membuat tindakan susulan termasuk diadakan inkues.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, sumber itu berkata, keluarga Ahmad Sarbaini tetap bertegas mahu hasil siasatan polis didedahkan kepada umum.
Tambah sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini juga kurang bersetuju dengan cadangan polis itu selagi tidak tahu status sebenarnya hasil siasatan bapa lima anak itu.
“Keluarga kini keliru dan tidak tahu apa yang sepatutnya hendak dilakukan... untuk inkues keluarga kurang bersetuju sebab macam cubaan mahu melengah-lengahkan kes ini sahaja.
“Jadi keluarga Allahyarham tetap mahu polis dedahkan dulu hasil siasatan yang mereka peroleh sebelum nak buat apa-apa tindakan termasuk inkues,” katanya.
Jelas sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini tidak mahu hasil siasatan yang diperoleh daripada inkues itu akan sama seperti kes kematian Teoh Beng Hock yang mengambil masa bertahun-tahun dan kini masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.
“Keluarga tidak mahu kes ini jadi macam kes Teoh Beng Hock, nanti bila diadakan inkues ia akan mengambil masa bertahun-tahun... yang akhirnya keputusan tidak wajar dibuat.
“Jadi untuk apa inkues dibuat kalau mengambil masa bertahun-tahun? Kami mahu keputusan segera, polis kena dedahkan hasil siasatan mereka sebelum tindakan susulan diambil.
“Apa akan jadi kalau inkues ini diadakan? Adakah mungkin akan ada saksi atau bukti lain yang akan muncul? Kami tidak mahu, dedahkan segera... jangan berdiam diri macam nak sembunyikan sesuatu,” tegasnya.
nota:
Kugan mati di rumah pasong damansara
beng hock mati di pejabat sprm
aminulrashid mati di tembak
sarbani mati di pejabat sprm
semua kelentong
semua tipu
semua putar
sampai bila orang melayu ini nak sedar
sampai bila orang melayu ini berani bercakap benar
sampai bila orang melayu ini nak jadi jujur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment