Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 26, 2011

Umno Tidak Faham Konsep Negara Berkebajikan..!!


Selepas mengemukakan konsep ‘Negara Berkebajikan’ dalam Muktamar PAS ke-57 media milik Umno menyerang dan mengkritik konsep tersebut. Umno menyatakan mereka telah laksanakan Negara Kebajikan, tetapi pastinya ia tidak bersamaan dengan Konsep Negara Berkebajikan PAS.Membicarakan isu itu, Wakil Harakah, MOHD RASHIDI HASSAN, WAN NORDIN WAN YAACOB dan MOHD SHAFRI SHAMSUDDIN mendapatkan pandangan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali ketika ditemui di Pejabat Urusan Harakah

WARTAWAN : Ucapan Dasar Presiden PAS pada Muktamar PAS Pusat ke-57 bertemakan Negara Berkebajikan. Selepas mengutarakan konsep itu, Umno-BN mula menyerang, kononnya PAS meninggalkan dasar Negara Islam, apa pandangan Dato’?

MUSTAFA: Tema Negara Kebajikan pada tahun ini kerana kita mahu rakyat memahami apa yang kita sebut selama ini memasyarakatkan PAS. Semua isu-isu yang pernah dibangkitkan. Kemudian keadilan dan pelbagai lagi. Negara Kebajikan ini sebenarnya juga merupakan manifesto PAS pada pilihan raya umum 2008. Sebab itu, bagi rakyat memberi perhatian, ucapan dasar itu lebih sesuai. Jadi orang boleh memberi lebih perhatian lagi.

Tetapi apa yang Umno-BN pertikaikan kononnya PAS meninggalkan Dasar Negara Islam?

Sebab itu apabila bercakap tentang dasar PAS, ia memang Islam dan tidak berubah dari dahulu hingga sekarang. Jadi oleh kerana mereka (Umno dan BN) tiada modal lain nak bercakap, maka dia timbulkan kekeliruan. Sama ada dia tidak faham atau sengaja.

Umno kata PAS tiru mereka, dan mereka kata mereka telah lama buat negara kebajikan? Kononnya kita nak tiru mereka, tiru apa BN ni? Negara Berkebajikan tiada rasuah secara berleluasa. Terlalu jauh nak bandingkan dengan konsep BN itu. Negara Berkebajikan bukan hanya masalah kebajikan atau beri kebajikan kepada masyarakat.

Itu sebahagian sahaja, bukan keseluruhan. Negara Berkebajikan itu kerajaan dan rakyat ada peranan masing-masing sebenarnya. Rakyat yang lebih kemampuan misalnya boleh membantu mereka yang kekurangan.

Bagaimana konsep ini hendak dijelaskan, boleh Dato’ terangkan?

Apa yang kita nak fahamkan kepada rakyat sebenarnya ialah mereka ada tanggungjawab terhadap sama sendiri. Baik kepada jiran misalnya. Sebab itu dalam ajaran Islam itu kita mesti memuliakan jiran. Sebagaimana yang disebut dalam banyak hadis yang mengkehendaki kita menghormati jiran dan tetamu. Maknanya kita punya kita punya prihatin adalah kepada semua. Bukan sahaja melibatkan masyarakat Islam bahkan seluruh masyarakat bukan Islam.

Contoh sebagaimana yang kita baca Richard The Lion Heart tentang Salahuddin Al-Ayubi yang pergi berubat. Itu contoh antara ciri-ciri berkebajikan bukan sahaja terhadap orang bukan Islam malah musuh kita kita pun mengamalkan konsep itu.

Umno berbeza, mereka lanyak musuh habis-habisan. Royalti minyak dirampas sewaktu PAS memerintah Terengganu, Begitu juga di Kelantan dinafikan hak mereka (royalti minyak). Itu kebajikan apa? Kebajikan untuk diri sendiri sahaja. Menjaga kroni mereka (Umno-BN).

Pada saya ia bukan isu yang besar dan apa yang dibangkitkan oleh Umno adalah terlalu remeh. Sebelum ini pun Sinar dan Utusan ada menghubungi saya yang menyatakan mereka pun tidak faham apa yang mereka cakap itu.

Umno kata konsep ini lari daripada apa yang disebut dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat?

Agenda Buku Jingga itu antaranya adalah 100 hari tawaran Pakatan Rakyat, yang kita mahu perintah bukan seratus hari, yang akan disegerakan itu 100 hari. Ini yang kita mahu buat tetapi masih banyak yang kita mahu buat yang tidak termasuk dalam 100 hari. Yang mungkin masuk dalam 300 hari atau 500 hari. Ini banyak lagi benda lain. Seratus hari itu adalah yang kita buat segera. Buku Jingga bukan seluruh manifesto kita. Tidak. Ada lagi yang kita perlu kita tambah. Itu adalah sebagai satu yang standard. Negeri yang berbeza ada kelainan antara satu dengan yang lain. Misalnya, Kelantan ada kelainan dengan Selangor. Kedah ada kelainan dengan Pulau Pinang. Masing-masing ciri-ciri tu ada.

Tetapi ia lain dari welfare state (negara kebajikan) yang diperkenal di Barat. Welfare state ini sesiapa tidak ada kerja kerajaan akan bayar. Dalam Islam jika kita ada keupayaan kita kena kerja. Tak boleh saja-saja tidak bekerja tak boleh kerana ia salah dari segi Islam. Tetapi jika memang tidak boleh kerja atas sebab yang tertentu, sakit misalnya, itu memanglah kerajaan perlulah memberi bantuan.

Di United Kingdom memanglah malas kerja dapat elaun untuk sekadar keperluan untuk hidup. Nak mewah tak bolehlah tapi bolehlah hidup.

Berbeza dengan Islam jika seseorang itu mampu kerja dia mesti bekerja untuk menampung keperluan hidupnya. Islam tidak menggalakkan seseorang itu malas. Tapi dalam welfare state ada pemalas dapat manfaat, kita tidak ada. Orang yang tiada kemampuan sahaja yang dibantu. Ia termasuk orang yang ingin berkahwin terutama golongan muda jika kerajaan itu mampu ada ruang untuk itu. Sebab perkahwinan juga menyelesaikan banyak perkara juga. Banyak perkara yang perlu dihuraikan sebenarnya.

Adakah PAS akan mengeluarkan satu blue print berkenaan dengan Negara Berkebajikan ini?

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan mengeluarkan buku bagi menjelaskan apa Negara Berkebajikan dan memang perlu dijelaskan. Penerangan juga akan move bagi perjelaskan hal ini.

Adakah akan ada road show berkenaan Negara Berkebajikan?

Itu kita belum putuskan lagi. Mungkin perkara ini akan ditugaskan kepada Penerangan. Kita tak mahu sebut awal dulu. Kita akan buat Maqasid, itu ulama (Dewan Ulamak) tetapi lain-lain sebelum ini pun munaqasyah (konvensyen). Selalunya munaqasyah memang adalah. Jadi di situlah akan dijelaskan.Orang awan boleh memahami sebahagian yang mengenai perkara ini tetapi yang lebihnya susah atau high level (tahap tinggi) perlu diterangkan.

Adakah Umno bimbang dengan konsep Negara Berkebajikan?

Memang bimbang. Malah jika kita lihat cara pelaksanaan Islam yang lepas, isi keluarga misalnya, jika seorang ketua keluarga ada sepuluh orang tanggungan di bawahnya, sementara seorang lagi ada tiga orang sahaja, kadang-kadang gaji itu sama pokoknya tetapi tanggungan banyak itu ada tambahan diberi. Sebab ia menanggung orang yang lebih. Sekarang ni orang hantar rumah kebajikan sahaja ibu bapa mereka selesai begitu tetapi tak ada kasih sayang.

Berbeza Negara Berkebajikan kalau ini juga menanggung ibu bapa yang duduk sekali yang memang tidak berupaya, boleh menerima sesuatu tambahan kepada dia kerana tanggungjawab yang ditanggung oleh kerajaan diambil alih oleh keluarga. Banyaklah benda yang kita boleh terangkan. Kerana itulah Umno merasakan Negara Berkebajikan ini merupakan ancaman kepada mereka kerana rakyat boleh fahaman.

Jika sebut negara Islam macam-macam konotasi yang menimbulkan masalah. Ini adalah merupakan pendekatan yang diharap dapat diterima oleh masyarakat. Apa yang penting adalah soal keadilan.

Kita boleh lihat kisah Sayidina Umar, yang mana seorang majikan menghadap beliau dan menuduh pekerjanya mencuri. Sayidina Omar bertanya kepada majikan berapa gaji yang dibayar kepada pekerjanya. Didapati gaji itu tidak mencukupi menampung keperluan hidupnya.

Sayidina Umar kata layaklah dia mencuri pun. Bagi tidak adil (tidak berkebajikan dalam konteks itu). Kata Sayidina Umar lagi, jika kamu datang sekali lagi buat pengaduan lagi tangan kamu yang aku potong dan bukan tangan dia.

Maknanya pra-syarat kepada pelaksanaan itu bukan mudah. Sekarang ini kita bercakap tentang gaji yang cukup, minimum wage. Tanpa minimun wage you cannot implement this. sebab rakyat susah. Rakyat susah tidak boleh dipersalahkan menghukum dia.

No comments:

Post a Comment