Facebook Yang Sokong Najib... Facebook Yang Benci Najib...
Perang Facebook: Ratusan saja yang mahu Najib dikekalkan-MR
Sementara lebih 200 ribu warga internet yang menekan "suka" (like) kepada page Facebook menuntut Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri; hanya 111 yang menekan "like" di page menuntut agar Najib kekal menerajui tampuk pimpinan negara.
Page bertemakan "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" mencatat angka 204,691 orang, iaitu sekali ganda lebih daripada matlamat, sejak ditubuhkan pada 11 Julai 2011. Bagaimanapun, page bertemakan "3,000,000 People Want Najib To Stay" hanya meraih sokongan 122 orang, sejak ditubuhkan pada 15 Julai 2011. (6.54pm, 19 Julai 2011)
Sebelum ini, Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob mendakwa dirinya mampu mengerah 3 juta orang warga internet untuk mempertahankan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak, ketika menyanggah tuntutan di laman sosial Facebook agar Najib Razak berundur. Dua page diwujudkan, dengan lebih 200 ribu yang menyokong "1100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation"; dan lebih 16,500 orang yang suka "1,000,000 rakyat mendesak Najib Razak letak jawatan (Rasmi)".
Page sedemikian ditubuhkan selepas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, sebagai reaksi terhadap pendekatan kerajaan persekutuan dan polis menyuraikan perhimpunan tersebut. Bukan sahaja Najib Razak, malah Timbalannya Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein, Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai dan Ketua Polis Negara Ismail Omar turut berdepan dengan desakan untuk berundur.
Tidak kurang komen yang ditinggalkan di "3,000,000 People Want Najib To Stay" sekadar untuk menyindir Najib, malah ramai yang menyifatkan bilangan yang terlalu sedikit ini sebagai amat "malu" buat seorang PM.
Jul 20, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ish..aku tak faham la dengan puak pembangkang nih, apa salahnya Najib ngan Rosmah. Korang tahu tak mereka dah banyak bantu naikkan nama Malaysia di mata dunia. Tengok: kes bunuh Altantuya, perbicaraan kematian Altantuya yang tidak adil, perbicaraan Anwar yang tidak betul, beli kapal yang tidak selam-selam, beli jet tapi injin yang terbang, beli gelang dan cincin juta-juta, SPRM bunuh orang tapi kerajaan bela gila-gila SPRM. Korang tahu tak dengan cara ini Malaysia telah dikenali ramai, semua pelabor tarik diri tinggalkan Malaysia, tu la korang PAS ngan PKR mana tahu nak buat benda-benda yang Najib ngan Rosmah buat.
ReplyDeleteNi tak asyik nak bantu rakyat, isu bantu rakyat ni tak glamour lah, tak best langsung dan rakyat tak suka dibantu. KAMI RAKYAT MALAYSIA CUKUP SUKA KALAU HARGA BARANG-BARANG TERUS NAIK DAN NAIK DAN NAIK. KAMI CUKUP SUKA ROSMAH BELI BERLIAN JUTA-JUTA.