Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 20, 2011

Siar Secara Langsung Debat Anatara BERSIH VS SPR....!!


Deman BERSIH yang dialami oleh SPR dan Kerajaan Persekutuan pimpin UMNO/BN sememangnya boleh diubati jikalau SPR tidak berdegil dengan tuntutan pihak pengundi. Tetapi kegagalan SPR untuk memasang telinga terhadap tuntutan BERSIH 2.0 membawa padah yang lebih serius kepada UMNO/BN. Matlamat rakyat adalah SPR; Yang menjadi mangsa adalah Kerajaan Putrajaya.

Kini semuanya akan dijawab pada 26 Julai 2011. Keberanian menerima cabaran SPR oleh Ambiga jelas menunjukkan bahawa beliau sememangnya berada dalam balapan telus dan bersih dalam meningkatkan lagi kestabilan suara dan permintaan rakyat mengundi.

Rakyat Malaysia mula menghadiahkan rasa hormat yang paling tinggi kepada Ambiga kerana bersikap konsisten dalam menangani segala cabaran yang dilemparkan oleh setengah pihak yang sengaja mahu menunjukkan kehebatan kuasa politik sewaktu berada dalam teduhan UMNO/BN.

Namun, apakah pertemuan di antara Ambiga dengan lapan tuntutan BERSIH dan wakil SPR Wan Ahmad Wan Omar yang berpendirian tidak bersetuju dengan empat tuntutan daripada lapan itu akan dapat dilihat atau didengar oleh seluruh rakyat Malaysia?

Pasti tidak. Jikalau sedemikian, bagaimanakah rakyat Malaysia khususnya yang menyertai perhimpunan aman itu akan dapat menilai samada penyertaan mereka dalam perhimpunan itu sebenarnya bernilai atau tidak?

Ini adalah kerana, Ambiga (gambar kanan) bukan sahaja mewakili BERSIH tetapi mewakili semua rakyat yang menyokong BERSIH dan SPR pula bukan sahaja mewakili Kerajaan semasa, malah seluruh rakyat yang mengundi. Maka liputan siaran langsung akan akan memberikan peluang kepada rakyat dan akan menyamaratakan skop perbincangan kedua-dua mereka pada hari itu.

Selain daripada itu, rakyat juga dapat menilai kehebatan minda, kekuatan pendirian serta agenda rakyat dan agenda politik oleh kedua-dua pihak. Yang telus akan dihormati yang buruk akan bertambah buruk.

Dalam debat ini, Kerajaan harus mengambil inisiatif untuk memberikan peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk melihat dan menghayati debat itu melalui liputan siaran langsung.

Persoalannya, adakah Kerajaan Putrajaya akan bersikap terbuka dan telus dalam permintaan ini? Jika tidak ianya bermaksud Kerajaan masih berstatus lemah untuk berhadapan dengan permintaan Rakyat. Sebaliknya, jikalau Kerajaan dapat memberikan liputan siaran langsung, maka Rakyat Malaysia yang tidak menghadiri perhimpunan aman itu akan dapat mentafsir segala baik buruk perhimpunan BERSIH, kelakuan SPR dan tindakan Kerajaan BN. Kedudukan ini akan membuka ruang untuk "WIN WIN SITUATION" kepada semua pihak.

Samada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan bertindak mengikut kemahuan rakyat atau akan berdegil untuk membantah permintaan rakyat adalah terpulang kepada mereka. Yang penting yang BERSIH, ADIL, CEKAP, AMANAH & TELUS patut diberikan penghormatan dan sudah pasti ianya akan menjadi kegemaran rakyat dan pengundi.

No comments:

Post a Comment