Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 8, 2011

Ayuh Anak Muda...Negara Ini Adalah Milik Kamu...!!


SAMAD SAID: SUDAH TIBA MASA ANAK MUDA LAKUKAN PERUBAHAN REJIM -MI

A. Samad Said, yang dilihat sebagai ‘ikon baru politik’ negara menegaskan, sudah tiba masa golongan muda melakukan “perubahan rejim” selepas 54 tahun negara ditadbir oleh Barisan Nasional (BN).

Sasterawan Negara ini menjadi perhatian di sebalik perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini.

Bercakap pada pelancaran kempen Jom Baca Media Alternatif anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Samad, 76, berkata, perubahan tampuk pemerintahan negara boleh dilakukan golongan muda pada pilihan raya umum ke-13.

“Sudah tiba waktunya kita adakan ‘regime change’ (perubahan rejim), kita sudah memberi masa kepada orang yang memerintah sekarang ini 54 tahun,” katanya.

“Dan, kita sudah tidak harus lagi memberikannya lebih daripada itu.

“Banyak perkara boleh dilakukan anak muda antaranya ‘merubah’, maksudnya sudah tiba masa kita adakan ‘regime change’, ia mungkin terletak di tangan anak-anak muda,” katanya.

NOTA:

masanya telah sampai untuk mengubah kerajaan
fakta ini semua orang tahu
malapetaka ini telah lama menghempap kepala
malapetaka ini telah 54 tahun berlalu
fakta ini nyata sudah jelas

anak anak muda memang hendak mengubah kerajaan
anak muda telah laam berjuang untuk membawa kebaikkan
anak muda dimana mana dalam dunia ini bergerak membawa perubahan

tapi bagaimanakah cara nya?

nak mengundi
BN tambah dengan undi mat bangla

nak mengundi
BN tambah undi mat indon

nak mengundi
BN ada undi pos

sampai kiamat pun
tak akan ada perubahan rejim
kah kah kah

Nak tak nak kita turun je jalan raya dulu
sebelum ke pilihanraya!

No comments:

Post a Comment