Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 8, 2011

Rakyat Tanya...!! Apa Kita Nak Buat..??


TENTERA POLIS MILIKI 2 KAD PENGENALAN? - HD

Rahsia Umno dan Barisan Nasional (BN) berupaya mengekalkan kuasa sehingga 54 tahun kini terbongkar sedikit demi sedikit.

Sedangkan di negara lain tidak ada lagi parti yang mampu menguasai kerajaan dalam tempoh begitu lama seperti BN di Malaysia.

Rahsianya ada di sebalik undi pos dan keupayaan memperalatkan jabatan-jabatan penting kerajaan terutamanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara dan pasukan polis.

Dan hari ini satu lagi kegiatan yang dianggap sulit dibongkar apabila ramai anggota polis dan tentera yang masih berkhidmat dikesan memiliki kad pengenalan awam.

“Mereka didapati memiliki dua kad pengenalan. Satunya kad sebagai anggota pasukan keselamatan bagi melayakkan mereka mengundi secara pos.

”Dan keduanya kad pengenalan awam. Kad pengenalan ini membolehkan mereka mengundi seperti orang lain.

”Setahu saya kad pengenalan awam disimpan di kementerian sekiranya seseorang anggota keselamatan itu masih berkhidmat,” kata Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun.

Beliau yang juga Adun Bukit Tuku mempersoalkan kenapa perkara sedeimikian boleh berlaku dan melahirkan rasa amat terkejut.

”Adakah ini merupakan satu agenda sulit kerajaan BN bagi mengekalkan kuasa. Saya ada bukti terhadap dakwaan ini.

”Beberapa kenalan anggota polis dan tentera mengakui mereka sekarang memiliki dua kad pengenalan diri,” katanya meluahkan rasa bimbang terhadap perkembangan itu.

Abdul Fatah yang juga bekas Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan berkata, sekiranya pengakuan anggota polis dan tentera terbabit benar secara jelas menggambarkan kerajaan BN terpaksa menggunakan taktik kotor bagi mempertahankan kuasa.

Menurutnya juga sebab itulah kerajaan nampak beriya-iya mahu memperkenalkan kaedah biometrik menggantikan tuntutan Bersih 2.0 mengguna dakwat kekal ketika proses pengundian.

Kata beliau berdasar kepada banyak pendedahan yang berlaku sekarang nampak sangat kerajaan BN terpaksa bergantung kepada kaedah tidak bermoral bagi memanjang hayat kuasa.Tentera, polis miliki 2 kad pengenalan?

NOTA:

tentang dua kad pengenalan ini
bukan pekara yang baru
ini telah lama diketahui umum
jika yb ini baru tahu sekarang
kira ok jugalaaa
kerana persoalan nya bukan tahu atau tidak tahu

persolannya ialah
setelah tahu fakta ini
apa yang hendak dilakukan

berita ini telah dipaparkan
ramai semakin sedar
bukti juga telah ada
pengakuan tentera dan polis juga ada

soalan nya:
apa yang hendak dilakukan
berita tahu berita sahaja
kepada orang ramai nak buat apa

duit kena curi oleh penyamun
yang hilang duit tahu dimana penyamun duduk
yang hilang duit beri tahu orang kampong
lepas beri tahu itu apa?

apa tindakan?
ini persoalan
tahu semua dah tahu
rakyat menunggu apa langkah seterusnya

kalau tidak melakukan apa apa
jelas yb ini bodoh
suda kena tipu
kemudian beri tahu satu dunia dia kena tipu
dan bangga pulak kerana kena tipu
kah kah kah

No comments:

Post a Comment