Apr 19, 2012
Amanat Tok Guru.....!!!
BERSIH 3.0 PERLU DAN MESTI : PRESIDEN PAS - harakah daily
KUALA LUMPUR, 17 April: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, himpunan Bersih 3.0 sangat wajar diadakan ekoran kerajaan pada hari ini dilihat enggan melaksanakan penambahbaikan proses pilihan raya.
Menurutnya, biarpun pelbagai bukti keraguan khususnya dalam daftar pemilih serta cadangan penambahbaikan diutarakan, namun ianya langsung tidak dilayan oleh kerajaan.
Selain itu, tuntutan Bersih 2.0 lalu juga masih belum ditunaikan termasuk akses media berat sebelah sehingga rakyat tidak boleh menjadi hakim yang adil.
"Himpunan Bersih 3.0 perlu diteruskan lagi sehingga tuntutan kita dilaksanakan.
"Walaupun kerajaan menubuhkan jawatankuasa (PSC) task force parlimen, apa yang sangat mendukacitakan, pilihan raya boleh diumum bila-bila masa walaupun tuntutan (syor) yang dibuat belum ditunaikan," katanya ketika ditemui di parlimen.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sokongan PAS terhadap himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini anjuran Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) yang turut disokong 84 NGO.
Nota :
tahun lalu bersih 2.0 telah mengajukan 8 tuntutan
hanya dakwat kekal yang diterima
yang lain nya tidak dipedulikan
penipuan demi penipuan diteruskan
undi pos bukan di hapuskan tapi ditambah
undi awal pula di perkenalkan
pengundi hantu bertambah
yang mati dihidup kembali
pendatang haram diberi kad pengenalan
pendatang haram di jadikan pengundi
kita tidak ada pilihan
pru13 ini di rancang untuk menipu
justeru sebelum di tipu mari kita
lauangkan : kita tidak mahu di tipu
justeru 500 ribu wajib datang ke dataran merdeka
justeru 500 ribu wajib duduk bantah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment