Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 10, 2010

Airmata 1 Israel.....!!!

ADA BAYARAN UNTUK PEMBUNUHAN OLEH ZIONIS ANTARABANGSA..!!! TIADA BAYARAN UNTUK PEMBUNUHAN OLEH ZIONIS TEMPATAN..!!! MATI KATAK AKIBAT PEMBUNUHAN OLEH ZIONIS TEMPATAN..!!!


Rakyat Malaysia Sumbang AS$45,000 Kepada Keluarga Sukarelawan Turki

KUALA LUMPUR, 9 Jun - Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor Rabu menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia sebanyak AS$45,000 (RM149,709) kepada keluarga sembilan rakyat Turki yang dibunuh tentera Israel dalam insiden kapal 'Mavi Marmara' minggu lepas.

Bantuan disampaikan kepada Duta Turki ke Malaysia Serap Attay di kediamannya di Langgak Duta di sini. Mengulas mengenai bantuan itu, Rosmah berkata setiap keluarga sukarelawan Turki yang terbunuh akan menerima AS$5,000 (RM16,634.40).

Dalam insiden pada 30 Mei lepas, sembilan warga Turki itu terbunuh selepas tentera rejim Zionis menyerang kapal tersebut yang dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Insiden itu turut menyaksikan 12 rakyat Malaysia di atas kapal tersebut ditahan Israel. Mengulas mengenai kejadian tersebut, Rosmah berkata rejim Israel kini tidak lagi berani untuk mengulangi kejadian serupa kerana dunia sedang memerhati tindak-tanduk mereka.

"Dunia telah mengetahui bahawa tujuan mereka (rejim Israel) masuk ke kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza bukan sekadar membuat pemeriksaan ke atas barang-barang dan peserta tetapi lebih daripada itu," katanya.

Beliau juga menasihati sukarelawan Malaysia yang hendak ke Gaza supaya lebih berhati-hati.-BERNAMA
-------------------------------------------------------------
Kah...Kah... KERA DI HUTAN DI SUSUKAN..ANAK DI RUMAH KELAPARAN....!!!

Kah...kah....AIMAN TAK KISAH...BUAT SESUATU BIARLAH IHKLAS KERANA ALLAH...!!!

Apa Ada Pada Pingat...???


Johor tarik balik gelaran Datuk Chua Jui Meng -Mkini

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng telah diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.

Chua yang juga bekas menteri kesihatan mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi setiausaha Istana Johor, Datuk Rahim Ramli supaya memulangkah darjah kebesaran itu hari ini.

Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato Paduka Makhota Johor" dan "Dato Seri Makhota Johor".
-------------------------------------------------
Kah..Kah...PINGAT TAK PENTING ..YANG PENTING SEMANGAT...!!!

Kah..Kah...PINGAT TAK PENTING..YANG PENTING AKHLAK..!!

Kah..Kah...PINGAT TAK PENTING..YANG PENTING JIHAD...!!

Kah..Kah...DATO'..DATO' SERI..TUN..TOH PUAN..ITU PINGAT DUNIA SAJA..TAK MUSTAHAK...!!!

Kah..Kah...YANG KENA FIKIR..BILA MATI NANTI..MANA KAU NAK PERGI...!!!

Kah..Kah...AIMAN TAK KISAH....ULAMAK BESAR DUNIA..TAK ADA PINGAT PUN..TAPI SAMPAI MATI ORANG AKAN KENANG MEREKA...

Gugur Tak Gugur...Lawan Tetap Lawan....!!!


Anwar: Kalau gugur MP, saya pusing satu negara

Pada 3 Jun lalu pertubuhan pro-Israel tertua di dunia B'nai B'rith International mengisytiharkan Anwar sebagai ancaman kepada kaum Yahudi.

Berucap dalam ceramah 'Yahudi & Judi' di Selayang malam tadi, Anwar mengaitkan keganasan Yahudi dengan pengaruh Amerika Syarikat (AS).

"Israel tidak akan menjadi ganas dan zalim tanpa dokongan AS. Saya tidak ada masalah kalau berbaik dengan AS tetapi jangan tunduk dengan AS.

"Bila Israel tidak iktiraf (Hamas), AS pun tidak iktiraf. Bila AS tidak iktiraf, Umno pun tidak iktiraf," katanya disambut dengan gelak ketawa daripada hampir 2,000 orang yang hadir.

Katanya lagi, beliau tidak gentar sekiranya digugurkan daripada menganggotai Parlimen, berikutan pendedahannya itu. "Kalau saya digugurkan selama enam bulan, saya selama enam bulan akan jelajah seluruh negara," katanya
-----------------------------------------------------------
Woitt....INI BUKAN PEMIMPIN JENIS AYAM BRAND....!!!

Kah...Kah...INI BUKAN PEMIMPIN YANG TAK ADA TELUR..CAKAP TAK ADA FLIP-FLLOP...!!!

Kah...Kah...INI PEMIMPIN YANG ADA KARISMA..KALAU OK..TERUS CAKAP OK...!!!

Kah...Kah...BUKAN MACAM BINI ROSMAH...KEJAP TAK KENAL SAIFUL..KEJAP ADA JUMPA SAIFUL...!!!

Kah...Kah...CAKAP TAK KENAL ALTANTUYA...BALA CAKAP BINI ROSMAH KENAL SANGAT DENGAN ALTANTUYA..!!!

Kah...Kah...KEJAP CAKAP KENA GST..KEJAP TIDAK...MASIH BELUM MUKTAMAD...!!!

Kah..Kah...ISU KG, BARU..KEJAP MUKTAMAD...KAEJAP TAK MUKTAMAD PULAK..!!!

Kah...Kah..KEJAP MARAH KAT AMERIKA..KEJAP BERPELUK DENGAN AMERIKA...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...SIKAP SUKA BERDOLAK DALIK ADALAH SIKAP ORANG YANG FASIK...

Jun 9, 2010

Berjudi Lah Yang Halal Jangan Yang Harammm...!!!


Sindiket judi bola raih pertaruhan lebih RM1 bilion-MKini

Polis mengenal pasti sekurang-kurangnya empat sindiket perjudian bola sepak dalam talian tanpa lesen telah bergiat aktif sejak beberapa tahun lalu, membabitkan wang pertaruhan lebih RM1 bilion.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata polis telah menubuhkan satu pasukan pada April lalu bagi memantau sindiket terbabit yang dipercayai didalangi beberapa individu termasuk yang bergelar Datuk dan mengandungi pakar teknologi maklumat.

"Kita sedang menyiasat sama ada sindiket ini mempunyai kaitan dengan sindiket antarabangsa atau tidak," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Mohd Bakri berkata, unit pemantau itu akan bekerjasama dengan Interpol bagi mengesan kegiatan itu di peringkat antarabangsa.

Bagi membanteras perjudian semasa Piala Dunia di Afrika Selatan yang bermula Jumaat ini, unit pemantuan itu telah melancarkan operasi dikenali sebagai Ops Soga (soccer games) di semua negeri sejak sebulan lalu.

Katanya, sindiket ITU dipercayai turut mengambil pelajar lepasan jurusan IT dengan memberi bayaran lumayan bagi menjalankan aktiviti itu.

Mohd Bakri berkata, sindiket itu turut menggunakan kafe siber sebagai tempat pertaruhan.

Katanya, sindiket itu juga dipercayai bersekongkol dengan along bagi memberi pinjaman kepada mereka yang ingin berjudi.

"Amaran saya kepada sindiket ini, polis akan terus mengesan kegiatan haram mereka habis-habisan," katanya.- Bernama
----------------------------------------------------------------
Kah...Kah....YANG HARAM MANA BOLEH...HANYA YANG HALAL SAJA...!!!

Kah...Kah....WALAUPUN JUDI HANYA YANG HALAL DI BENARKAN...!!!

Kah...Kah...JANGAN ENGKAR ARAHAN POLIS...PILIHLAH JUDI YANG HALAL...!!!

Kah..Kah....DEMI VINCENT TAN.. BERJUDI PADA YANG BERLESEN SAJA..!!!

Kah..Kah....POLIS MESTI TEGAS SUPAYA JUDI HARAM TAK BEROPERASI...!!!

Kah..Kah...AIMAN TAK KISAH...BILA ADA ILMU AGAMA..DAH TENTU BOLEH NILAI YANG MANA HARAM DAN YANG HALAL...

Jun 8, 2010

Satu untuk Kepala Bapak Engkau....Satu Untuk kepala Bapak Aku...!!!


Anifah: Brunei pemilik sah Blok L dan M -MKini

Walaupun Brunei merupakan pemilik sah dua blok minyak, iaitu Blok L dan M, namun Malaysia tetap menerima bahagiannya bagi hasil minyak dan gas di kedua-dua kawasan minyak berkenaan, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Menjelaskan pertikaian berhubung kedua-dua kawasan minyak itu, beliau berkata perkongsian hasil adalah sesuatu yang tidak mustahil menerusi perjanjian komersial yang dimeterai pemimpin kedua-dua negara dalam Pertukaran Surat pada 16 Mac, tahun lepas.

Bagaimanapun, kedua-dua negara masih membincangkan nisbah kerana Brunei mempunyai hak kedaulatan ke atas kedua-dua blok minyak tersebut, katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

"Jika kita melihat dengan teliti tafsiran undang-undang berdasarkan UNCLOS (Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut) 1982 adalah jelas kedua-dua blok itu milik Brunei.

"Kita telah mendapatkan pandangan beberapa pakar perundangan dan peguam maritim mengenai perkara ini," katanya ketika diminta mengulas jawapan beliau kepada soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar meminta kerajaan menyatakan kesahihan keputusan kerajaan persekutuan menyerahkan blok-blok tersebut kepada Brunei dan isu mengenai hak kedaulatan sempadan perairan di kawasan berkenaan tidak dirujuk kepada Parlimen.

"Kesemuanya (blok-blok berkenaan) milik mereka jadi bagaimana kita mahu mengarah mereka berbuat sesuatu? (Brunei mungkin berkata) jika anda mempunyai permintaan yang berpatutan, maka saya akan menimbangnya...tetapi jika anda mendesak, sudah tentu kami akan kata ia milik kami, mengapa kami patut tunduk kepada kemahuan anda?"

"Apa yang dipersetujui Brunei pada prinsipnya ialah mengenai perkongsian...tidak kisah banyak manapun, tetapi paling penting ialah mereka menawarkan isyarat persahabatan, ia bukan tentang wang ringgit," kata beliau.

Terdahulu ketika menjawab soalan Anwar (PKR-Permatang Pauh) di Dewan Rakyat, Anifah menjelaskan elemen yang terkandung dalam pertukaran surat pemimpin kedua-dua negara, terutamanya yang melibatkan persempadanan maritim dan darat Malaysia-Brunei, adalah sah dan tidak bercanggah dengan peruntukan Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan seperti dakwaan sesetengah pihak.

Beliau juga menegaskan bahawa elemen itu juga tidak mengubah sempadan mana-mana negeri yang berkaitan, malahan mengesahkan sempadan yang wujud di antara Sabah dan Sarawak dengan Brunei.

Pertukaran Surat itu mengandungi empat elemen penyelesaian bagi isu tuntutan bertindih antara Brunei dan Malaysia iaitu persempadanan maritim, aturan komersial, persempadanan darat serta akses maritim.

Anifah berkata pada masa ini, kedua-dua pihak sedang melaksanakan kesemua elemen penyelesaian seperti yang terkandung dalam Pertukaran Surat itu.- Bernama
-----------------------------------------------------------
Kah...Kah...KENAPA LAH MENTERI KAT MALAYSIA NI SEMUANYA BANGANG BELAKE...!!!

Kah..Kah....RUPANYA P-RAMLIE DAH TAHU APA AKAN JADI PADA MALAYSIA PADA HARI INI...!!

Kah..Kah....PERGI MENYAMUN..LEPAS TU BAHAGIKAN HARTA...!!!

Kah..Kah....SERAH PADA ORANG..LEPAS TUNTUT SUPAYA KONGSI...!!!

Kah..Kah....KETUA PENYAMUN DIAM MEMBISU....SERAH JE PADA SARJAN BANGANG UNTUK JAWAB...!!

Kah..Kah...SERAH SAJA JOHOR PADA SINGAPURA...LEPAS TU MINTAK UNTUK BERKONGSI HASIL...!!

Woittttt...KENAPA TAK MINTAK SUPAYA PULAU BATU PUTIH SUPAYA DI KONGSI BERSAMA...???

Kah...Kah..INI SEMUA AGENDA UMNO DAN APCO NAK TIPU DAN MAMPUSKAN ORANG MELAYU...!!

Kah..Kah...NAK HARAPKAN GENG SONGKOK TINGGI...SEMUANYA TAK ADA TELUR...!!

Kah..Kah...NAK HARAPKAN PEMUDA LEMBUMNO...?? SEMUANYA LEMBIK MACAM PONDAN...!!!

Kah..Kah..NAK HARAPKAN PADA WANITA UMNO...SIBUK DOK SUSUKAN ANAK HARAM JE...!!!

Kah..Kah..AIMAN TAK KISAH....KEDAULATAN NEGARA WAJIB DI JAGA..BUKANNYA UNTUK DI JAJA...

Cerita Pilu Dari Johor...!!

SONGKOK ADALAH PAKAIAN PEMIMPIN MELAYU...

KANDANG LEMBU ADALAH TEMPAT TINGGAL ORANG MELAYU...

BANTUAN DIPROSES 2008 TETAPI SEHINGGA KINI TIADA JAWAPAN

BATU PAHAT: Daif dan usang, begitulah keadaan rumah sepasang suami isteri, Mohd Yusof Alam, 55, dan Halimah Abdullah, 49, di Kampung Parit Lapis Batu Puteh, Simpang Lima, Parit Sulong, di sini.

Keadaan rumah pasangan berkenaan yang sudah hampir berusia 52 tahun itu juga sudah tidak sesuai didiami berikutan terpaksa berhati-hati apabila memijak lantai kayu rumah berkenaan akibat beberapa beluti lantainya akan bergoyang ketika berjalan di atasnya.

Malah, pasangan suami isteri itu sehingga kini masih meniti titian usang dan tidak stabil yang merintangi parit di hadapan rumah mereka untuk keluar masuk setiap hari walaupun hampir kesemua penduduk kampung berkenaan sudah membina titian daripada konkrit.

Halimah berkata, mereka suami isteri reda dengan ketentuan takdir hidup yang dihimpit kemiskinan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.

"Kami tidak mempunyai pelajaran kerana bersekolah setakat darjah enam saja apatah lagi hanya pakcik saja yang bekerja mengambil upah mengait sawit di kebun orang dengan pendapatan kira-kira RM200 sebulan dan wang itu digunakan untuk perbelanjaan harian.

"Makcik ada sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Bagaimanapun, makcik akan tetap menemani pakcik mengait buah kelapa sawit jika keadaan mengizinkan," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Makcik sebenarnya segan hendak meminta-minta, sebab itu kami suami isteri mendiamkan diri dan reda terhadap ujian tuhan ini.

Nota

"Berita ini bukan dari Harakah atau Suara Keadilan tapi dari Berita Harian. Daif dan usang, begitulah keadaan rumah sepasang suami isteri di Batu Pahat. Keadaan rumah berusia 52 tahun terpaksa berhati-hati apabila memijak lantai kayu rumah berkenaan akibat beberapa beluti lantainya akan bergoyang ketika berjalan di atasnya
-------------------------------------------------------------
Kah..Kah....MEMANG SAH JOHOR DAH NAK BANKRAP...!!!

Kah...Kah...NEGERI PALING KUAT UMNO DALAM DUNIA PUN MASIH ADA RAKYAT YANG HIDUP MEREMPAT...!!

Woittt.....DOK BANGGA DENGAN NUSAJAYA...RAKYAT HIDUP SUSAH TAK UBAH MACAM HAMBA..!!

Kah...Kah..MANA PEGI DUIT HASIL JUAL PASIR...??

Kah...Kah...MANA PEGI DUIT HASIL JUAL AIR...???

Kah...Kah...TAK KAN SIMPAN DALAM SONGKOK...!!!

Kah..Kah...INI MESTI GENG SONGKOK SENGET YANG TIBAI DUIT...!!!

Kah..Kah...KALAU TAK TIBAI...TAKKAN RAKYAT HIDUP MELARAT...!!!

Kah..Kah...RUMAH GENG SONGKOK SENGET MACAM ISTANA...RUMAH RAKYAT MACAM KANDANG LEMBU...!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...SUSAH MACAMANAPUN RAKYAT JOHOR WAJIB PANGKAH BN..KALAU TAK SOKONG BN NANTI BERDOSA BESAR

Jun 7, 2010

Orang Johor Patut Malu Dengan Pondan Songkok Tinggi...!!!


Hisham: Bantu k'jaan tangani isu judi haram - MKini

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini meminta mereka yang membuat pelbagai dakwaan berhubung pemberian lesen pertaruhan bola sepak agar tampil menyumbang idea untuk mencegah isu perjudian haram.

"Daripada membuat bising di luar, kerajaan negeri (yang berkenaan) boleh bekerjasama dengan KDN (Kementerian Dalam Negeri) dengan memberi cadangan supaya kerajaan boleh buat keputusan dalam membanteras ekonomi hitam," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan sesetengah pihak yang terus mempertikaikan keputusan kerajaan memberi lesen pertaruhan acara sukan termasuk bola sepak dengan mendakwa kerajaan menggalakkan perjudian
------------------------------------------------------------
Woitttt....MANGKUK HAYUNG NI TAK RETI BAHASA KE...???

Kah...kah..HUKUM MANA YANG KATA JUDI ITU HALAL...BODOH...!!!

Kah...Kah...KENAPA LAH ENGKAU NI BANGANG SANGAT...!!!

Kah..Kah...ALLAH KATA JUDI HUKUMNYA HARAM....BONGOK...!!!

Kah..Kah...SIAPA YANG AJAR NI...ADA JUDI YANG HALAL PULAK...!!!

Woittt.....ORANG JOHOR PATUT MALU DAN TOLAK MALAON NI DALAM PRU KE 13 NANTI...!!!

Kah...Kah..MALAON NI SUKA TOGOK ARAK YANG BERLESEN..HUKUMNYA PUN HALAL...!!!

Kah...Kah..SEBAB ITU MALAON NI SUKA BERKHALWAT KAT HOTEL YANG BERLESEN...HUKUMNYA PUN HALAL...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...BILA PEMIMPIN KENCING BERDIRI...RAKYAT DAH TENTU KENCING BERLARI...

Kuasa Katak Dah Muncul...!!!



Kuasa ketiga di Dewan Rakyat -Malaysiakini

Lima ahli parlimen bebas hari ini mengumumkan pembentukan "Konsensus Bebas" dalam usaha untuk bertindak dengan lebih ”efektif, berkecuali dan tidak memihak mana-mana parti”.

Mereka yang menganggotai kumpulan itu ialah Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Datuk Zahrain Mohamad Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Baru).

Menurut Zahrain, pada sidang media di lobi parlimen “Konsensus Bebas” bertujuan menjadi “kuasa ketiga” di Dewan Rakyat.

"Kita percaya pembentukan Konsensus Bebas adalah penyelesaian terbaik bagi kami sebagai ahli parlimen untuk mengemukakan isu-isu nasional dan berkepentingan umum secara bersama dan berkesan,” kata Zahrain.

"Konsensus Bebas akan sentiasa berpendirian bebas berasakan kepada inspirasi rakyat dan negara.
------------------------------------------------------------
Kah...Kah....KENAPA...??? TAK PERCAYA KE...???

Kah..Kah....TAK PELIK...KATAK PUN SEKARANG DAH BERANI MAKAN ULAR....!!!

Kah...Kah...INI AMARAN DARI GENG KATAK UNTUK BINI ROSMAH DAN BN...!!!

Kah..Kah....WALAUPUN LIMA EKOR...TAPI BOLEH MAKAN 50 EKOR ULAR TAU....!!!

Kah..Kah...MUNGKIN KATAK DAH TERASA YANG DIA DAH KENA TIPU...

Kah...Kah...SETAKAT BAWAK MAKAN ANGIN KAT AMERIKA...TAK CUKUP...!!!

Kah...Kah..SETAKAT BAGI KONTRAK JAGA PADANG GOLF..TAK CUKUP...KATAK MAHU LEBIH LAGI...!!!

Kah..Kah...INI BARU BETUL-BETUL AHLI PARLIMEN..BERANI, TEGAS DAN TAK BODOH...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...PERANGAI KATAK MEMANG SUKA LOMPAT...SILAP LOMPAT MAMPUS KENA PIJAK...

UMNO/BN Lulus Lesen Judi Untuk Balas Budi...!!!


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendakwa kerajaan pusat meluluskan lesen judi sukan kepada Kumpulan Berjaya sebagai “ganjaran” atas bantuan kewangan yang didakwa telah diberikan syarikat itu semasa pilihan raya.

“Saya percaya Perdana Menteri meluluskan lesen judi ini atas sebab terhutang budi dengan Kumpulan Berjaya yang telah menyokong Barisan Nasional (BN) di dalam 11 pilihan raya kecil yang lepas.

“Ini kerana banyak duit yang dibelanjakan sebahagian besar daripada duit itu besar kemungkinan datangnya daripada Kumpulan Berjaya dan sebagai ganjaran maka diberikan lesen ini,” kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Membantah Judi di pekarangan kompleks membeli-belah Sogo dekat sini.
-----------------------------------------------------------
Kah...Kah....KALAU TAK HARAPKAN TAUKEY JUDI...UMNO/BN DAH LAMA PUPUS..!!!

Kah...Kah....JKKK TAHU KE PASAL NI...???

Kah...Kah....KETUA KAMPUNG DAH SAH TAK TAHU APA-APA...!!!

Kah..Kah.....CAKAP KAT OARNG KAMPUNG...UMNO/BN ADALAH PARTI KAYA...!!!

Kah..Kah....JKKK YANG MEMANG DAH SPESIS BANGGANG..MEMANG LAH PERCAYA...!!

Kah...Kah...PAK IMAM TANYA TAK JKKK UMNO DAPAT DUIT DARI MANA..??

Kah...Kah...UMNO/BN DAPAT DUIK BANYAK SEBAB PINJAM DARI TAUKEY JUDI...!!!

Kah..Kah....HENDAK TAK NDAK...HUTANG TAUKEY MESTI DI BAYAR DULU...!!!

Kah...Kah...KALAU LAMBAT BAYAR NANTI TAUKEY MARAH...!!!

Kah...Kah...KALAU TAK BAYAR HUTANG TAUKEY..NANTI PRU 13 TAUKEY TIDAK MAHU KASI PINJAM LAGI...!!

Kah...Kah...MACAM MANA NAU BAYAR..DUIT TARAK OOO...!!

Kah..Kah....TAUKEY CAKAP JANGAN SUSAH MAAA...KASI GUA SATU LESEN JUDI SUDAH CUKUP...!!

Kah..Kah...LU TAHU KA..JUDI MANYAK KASI UNTUNG...!!!

Kah...Kah..LAGI BANYAK WA UNTUNG..LAGI SENANG MAU KASI PINJAM SAMA LU MAAA...!!

Kah...Kah...CEPAT-CEPAT..CAKAP ITU BODOH AWANG ADEK KASI ANGKAT DALAM DEWAN..CEPAT-CEPAT KASI LULUS..!!!

Kah...Kah...NANTI BILA SUDAH LULUS...DATANG JUMPE SAYA KASI ANGKAT SIKIT WANG KASI EHSAN SAMA LU PUNYA AHLI...!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH... INILAH DIA RUPA 1 MALAYSIA..DUIT DI UTAMAKAN..HALAL HARAM TAK DI PEDULIKAN...

Laki Najib Adalah PM Malaysia Yang Sebenar...!!!

Gambar Atas : Menteri Mentor Malaysia Sedang Berbincang Dengan Rakan Sejawat Dari Singapura...


Perlantikan Syed Hamid Sebagai Pengerusi LTH Ditarik Balik? - Merdeka Review

SEMALAM ketika berbual dengan Anwar Ibrahim, saya menimbulkan soal bekas Menteri Dalam Negeri, (KDN) Syed Hamid Jaafar Albar. Saya bertanya kepadanya apakah Syed Hamid atau beliau sendiri ada saling hubung menghungi antara satu sama lain selepas Syed Hamid tidak lagi jemaah menteri. Jawabnya rengkas; "Tidak ada!" dan mungkin sedikit terheran kenapa saya menimbulkan perkara itu.

Saya tidak tahu macam mana tak semena-mena saya boleh melontarkan pertanyaan itu kepada Anwar. Mungkin kerana saya pernah bertanya Syed Hamid mengenai Anwar, yang mana sikapnya terhadap Anwar terbuka. Dia tidak berdendam tidak tentu fasal dengan Anwar. Kritikannya kepada Anwar juga beralas dan tidak sampai mencemarkan maruah orang.

Masa mengadakan interviu dengannya (Syed Hamid) beberapa tahun lalu saya sengaja tanya pendapatnya mengenai Anwar. Mahu meninjau persepsi Syed Hamid ke atas Anwar yang dianiaya Malahthir.

Katanya, dia melihat Anwar ada kelebihan tersendiri. Dalam percakapkan itu beliau tidak kondem Anwar seperti mana sesetengah menteri lain. Syed Hamid rasional. Saya bertanya itu kerana sejarah politik mereka berdua mencatatkan mereka pernah berlawanan antara satu sama lain. Syed Hamid pernah mencabar Anwar untuk jawatan Ketua Pemuda Umno, bagaimana pun Syed Hamid tewas dalam pertandingan itu.

Syed Hamid seorang ahli politik yang dilihat kuat dan rajin bekerja serta tidak tahu bergaduh dengan sesiapa pun. Berilah tugas kepadanya dia akan melaksanakan dengan baik. Dia juga jenis seorang yang akur dan taat kepada ketuanya. Baik masa Mahathir jadi PM atau Abdullah Badawi, Syed Hamid tetap senantiasa insaf siapa dirinya. Dia tidak tahu berlawan dan membelakangkan ketua. Kepadanya siapa yang jadi ketua, orang itulah yang diikuti dan patuh.

Kandatipun Najib Razak lebih muda darinya tetapi dia tetap menghormati Najib sebagai ketua - Perdana Menteri. Tidak pernah terdengar yang Syed Hamid terlepas cakap memburukkan Najib di mana-mana dan dalam keadaan apa sekalipun. Sebab itulah bila Syed Hamid digugurkan sebagai menteri menyebabkan saya tertanya-tanya, kenapa sebabnya. Dan saya merasakan tindakan Najib itu satu kesilapan.

Syed Hamid seorang menteri kanan dan berpengalaman. Sebagai orang baru memimpin negara selaku PM, Najib sangat memerlukan Najib. Bukan itu saja Najib dan Syed Hamid juga ada hubungan yang dibentuk oleh kedua orang tua masing-masing. Syed Jaafar Albar dan Tun Razak berada dalam satu zaman.

Sampai kini saya terheran apakah sebab musabab maka Syed Hamid digugurkan. Saya tidak nampak ada gangguan kepada Syed Hamid di bahagiannya (Kota Tinggi Johor) menyebabkan Najib terpaksa menggugurkannya. Kalau gangguan dialami Syed Hamid itu menjadi faktor saya rasa menteri lain juga tidak kurang hebatnya diganggu oleh kawasan sendiri.

Sehinggalah saya dimaklum oleh seseorang lewat sore tadi baru saya faham kenapa Syed Hamid terpaksa dikafankan dalam karjaya politik sebelum sampai tempohnya. Kalau tidak ada maklumat ini mungkin saya masih tertanya-tanya kenapa Syed Hamid perlu Najib buang. Walhal Syed Hamid seorang yang bersih, tidak ada skandal dan terlibat dengan korupsi, melainkan dia dikenali sebagai seorang yang kedekut dan tidak tahu mengampu saja.

Apa yang dimaklumkan oleh kawan yang juga pernah menjadi pimpinan pemuda peringkat bahagian itu benar-benar mengejutkan saya. Sebelum dia membuka cerita itu dia bertanya saya apakah saya sudah tahu cerita panas yang tersebar dalaman Umno sehari dua ini. Saya kata saya tidak tahu. Dia menggantungkan ayatnya itu menyebabkan saya mendesaknya.

"Ceritalah apa dia...?"desak saya.

"Sungguhkah you tak tahu?" tanya dia serius. "Iya...," jawab saya. Lalu dia pun bercerita mengenai nasib Syed Hamid, yang semalam saya sebut-sebut dengan Anwar. Katanya Syed Hamid yang sebelum ini akan dilantik menjadi Pengerusi Petronas mengganti Dr Mahathir telah dilantik menjadi pengerusi Lembaga Tabung Haji (LTH). Bagaimana pun perlantikan itu ditarik balik dengan tiba-tiba.

Katanya surat perlantikan itu telah pun dibuat dan Syed Hamid ketika mengerjakan umrah baru-baru ini sudah disambut oleh kakitangan LTH di Makkah sebagai pengerusi LTH yang baru. Bagaimana pun dalam Syed Hamid bersiap sedia untuk memasuki pejabat, tiba-tiba ada arahan agar beliau tidak menerima perlantikan berkenaan.

Kata kawan itu yang mengarahkan Syed Hamid menarik diri ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir. Logiknya, saya rasakan tidak mungkin kalau keputusan itu dari Jamil sendiri. Logiknya juga mungkin perlantikan itu dibuat Jamil tanpa dirujuk kepada sesiapa sebab itu ianya diarah agar tarik balik.

Kerana itu cerita atau kejadian itu agak memelikkan sedikit. Menyebabkan saya bertanya kepada kawan itu. Mulanya dia tidak mahu bercerita kedudukan yang sebenar tetapi selepas didesak baru dia membuka apa yang berlaku dan yang beliau diberitahu.

"Jamil Khir katanya disuruh oleh Rosmah. Rosmah tidak mahu Syed Hamid dilantik ke jawatan itu," cerita kawan itu tambah mengejutkan saya.

"Kenapa?" soal saya tidak sabar ingin mengetahui apa sebabnya. Perlantikan itu saya kira memang tepat dengan latar belakang dan berperwatakan anak bekas Singa Umno itu. Lagipun beliau yang berketurunan Hadramaut itu lebih tahu dan mudah mesra dengan pak-pak Arab di tanah Arab itu. Hubungan darah daging itu akan memudahkan hubungan Malaysia dengan Arab Saudi dan tentu dapat menambahkan kouta haji bagi negara ini kalau dia menjadi pengerusi LTH.

"Apa alasan Rosmah berbuat begitu? Kenapa dia masuk campur?" tanya saya agak berat untuk mempercayainya. Saya tidak fikir kalau Rosmah turut terlibat sampai ke situ sekali, mencampuri urusan pentadbiran suaminya.

"Rosmah ini kan tidak suka dengan isteri Syed Hamid, Sharifah Aziah Syed Zainal Abidin... itulah puncanya." jelasnya.

Saya terus jadi termangu-manggu beberapa jurus. Pada saya sukar untuk mempercayai yang Rosmah bersikap begitu. Masakan kerana tidak senang dengan isterinya, maka beliau perlu mengorbankan Syed Hamid. Bukankan tindakan itu turut menjejaskan juga maruah suaminya.

"Takkan itu puncanya?" tekan saya. Kawan itu tidak menjawab tetapi meminta saya menghubungi seseorang bagi mengesahkan apa yang beliau dengar itu. Tegasnya cerita itu bukan dari kalangan boker politik, tetapi dari sumber dalaman Umno sendiri. Beliau baru mendengar berita itu hari ini.

Mengenai hubungan kurang mesra Rosmah dengan Sharifah Aziah, saya sudah dimaklumkan sebelum ini. Rosmah tidak senang dengan siteri Syed Hamid itu kerana beliau rapat dengan isteri Abdullah, Jean Abdullah. Ketika Jean Abdullah jadi Pengersi Puspanita, Sharifah Azian adalah setiausahanya. Jean katanya rapat dan mesra dengan Sharifah bukan saja atas urusan kerja tetapi Jean turut mempelajari ilmu-ilmu agama dengan Sharifah Aizah. Khbarnya orang yang turut memakaikan tudung di kepala Jean ialah Sharifah Aziah.

Hubungan ini tidak disenangi oleh Rosmah. Jadi apabila beliau mengambil alih tempat Jean, Rosmah terus menggugurkan Sharifah Aziah menjadi setiasuaha dan diganti dengan isteri Mustapa Mohamed, Khamzan.

Soalnya apakah kerana keadaan itu maka Rosmah sanggup mencampuri urusan pentadbiran kerajaan? Kalaulah apa yang dikatakan ini benar berlaku ia adalah satu kemalangan buat Najib. Najib harus membendung tindakan diluar jangka begini kerana ia boleh menyebabkan Najib akan dilihat dayus.

Dalam soal-soal rumah tangga, soal keluarga Rosmah boleh menguasai Najib dan menasihati Najib tetapi tidak dalam soal pentadbiran kerajaan. Kalau Najib mengabaikan sikap ini tidak mustahil pentadbiran Najib akan dikaitan dengan campur tangan isterinya.

Apa-apapun kita tunggu maklumat selanjutnya

Maklumat tambahan. Surat perlantikan Syed Hamid dikatakan berkuat kuasa pada 1 Jun. Pemanggil yang meminta Syed Hamid jangan masuk pejabat dulu itu atas lasan Najib Razak sedang pertimbangkan untuk melantik Syed Hamid jadi pengerusi sebuah GLC - syarikat kerajaan lain. Ketika ini Syed Hamid di London atas urusan keluarga. Katanya Syed Hamid juga belum membuat apa-apa keputusan berhubungn 'keputusan' baru itu
Oleh Mohd Sayuti Omar
-------------------------------------------------------------------
Kah...Kah....1 MALAYSIA SEBENARNYA DAH LAMA TAHU......!!!

Kah...Kah....1 SINGAPURA PUN DAH TAHU.....!!!

Kah...Kah....1 ISRAEL MEMANG DARI AWAL DAH TAHU....!!!

Kah...Kah....SEKALI LAKI NAJIB BERSI..BINI ROSMAH TERUS TERKENCING...!!!

Kah..Kah....ORANG KL TAK PILIH PUN RAJA NONG CHICK..TAPI LAKI NAJIB SUKA..DAPAT JADI MENTERI TUUU...!!!

Kah...Kah...BINI ROSMAH HANYA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI MEMEGANG POTFOLIO PERDANA MENTERI...ITU SAJA...!!

Kah..kah....KALAU SETAKAT KJ..LAKI NAJIB CAKAP TAK..PAYAHHHH..!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...SEBURUK-BURUK MADEY..HASMAH PUN TAK CAMPUR TUGASNYA..