Jul 16, 2011
Bukan Ugutan Tapi Hanyalah Tuntutan....!!
DESAKAN PEMIMPIN BERSIH BERBAU UGUTAN:SPR – BH
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan desakan pemimpin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan parti pembangkang supaya kerajaan menambah baik sistem pilihan raya termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja sebagai ugutan.
Pengerusinya, Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata apabila BERSIH mahu mengemukakan memorandum mengandungi lapan tuntutan kepada Yang di-Pertuan Agong, adalah wajar semua pihak menunggu reaksi atau titah baginda dan tidak mengambil tindakan, termasuk mendesak atau mengugut kerajaan.
“Jika BERSIH beriya-iya mahu mengemukakan lapan tuntutan kepada Yang di-Pertuan Agong, tunggu dulu jangan buat sebarang desakan yang boleh dilihat sebagai ugutan. Tindakan itu tidak wajar kerana Tuanku belum melihat memorandum.
Nota:
kita lihat dan tunggu
kita nanti dan lihat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment