Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 16, 2011

Habis Tu...Kenapa Kalut Sangat....??


SOKONGAN FACEBOOK TIDAK WAKILI MAJORITI: MUSA - UM

KOTA KINABALU 14 Julai - Angka besar kononnya lebih 100,000 rakyat negara ini menerusi laman sosial Facebook, telah mendesak Najib Razak meletakkan jawatan, bukanlah mewakili majoriti penduduk negara ini.

Musa Aman yakin ia tidak akan memberi kesan besar kepada negara kerana rakyat telah bijak menilai dan mendapat maklumat lengkap mengenai sumbangan berterusan kerajaan kepada mereka.

"Saya minta rakyat supaya jangan membuang masa dengan mendengar cakap-cakap kosong, sebaliknya kena fikir masa depan anak-anak cucu kita. Apa akan terjadi jika pembangkang memerintah," katanya.

Laman 100,000 People Request Najib Razak Resignation (100,000 rakyat tuntut Najib Razak berundur) ditubuhkan Sabtu lalu, iaitu hari sama diadakan perhimpunan haram Bersih.

Menurut laporan AFP, laman itu berjaya menarik sekitar 300 orang setiap minit yang menekan butang like (suka) dengan sasaran mendapatkan 100,000 penyokong tercapai pada Isnin lalu.

"Jadi saya minta kepada ahli-ahli UMNO ini termasuk yang baru dan lama supaya segera mendaftar sebagai pemilih bagi membolehkan mereka mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

Nota:

kalau tak ada kesan apa apa
kenapa bising
kah kah kah

anak anak muda
sila jadikan laman
anti najib ini satu juta
sebelum kita masuk bulan puasa
kita jadikan 500 ribu

dipagi raya
kita jadikan satu juta
kah kah kah

No comments:

Post a Comment