Jul 16, 2011
Jika Tidak...Kita Turun Ke Jalanraya Lagi....!!
BERSIH GELOMBANG KETIGA BOLEH BERULANG – HD
Dewan Muslimat PAS Pusat turut membayangkan kemungkinan gelombang ketiga Bersih berulang sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus angkuh dan enggan berubah.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, berdasar kepada situasi sekarang nampaknya rakyat tidak teragak-agak meneruskan gelombang Bersih 3.0.
“Mungkin gelombang itu akan lebih hebat lagi. Kita melihat keangkuhan SPR dan kerajaan seolah-olah mengenepikan pandangan rakyat,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Masjid Al-Mujahidin dan penyampaian kelulusan hak milik tanah kepada penduduk di Kampung Kubang Kual, hari ini.
Perasmiannya disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama Adun Gual Periuk, Mohamad Awang, wakil-wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan.
Tanggal 9 Julai lalu menjadi detik bersejarah apabila puluhan ribu rakyat menghadiri perhimpunan anjuran Bersih 2.0 biar pun dihalang pasukan polis.
Nota:
sila ambil perhatian
bersih telah mengambil keputusan
dalam masa 3 bulan ada 4 pekara yang boleh dilakukan oleh spr
1 – hapuskan undi pos
2 – gunakn dakwat kekal
3 – bersihkan senarai nama pengundi
4 – panjang kan tempoh berkempen
semua tuntutan ini boleh dilakukan oleh spr
4 tuntutan ini tidak perlu perubahan perlembagaan
4 tuntuan ini dalam jangka kuasa spr
kalau spr tidak lakukan ini bermakna spr penipu
bermakna spr alat BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment