Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 11, 2011

Cakap Berdegar-Degar..Taik Penuh Atas Kepala...!!


10 projek terbesar ETP guna wang GLC- Rafizi-Keadilan daily

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata sumber dana untuk membiayai projek utama yang diumumkan kerajaan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), masih diselubungi rahsia.

Menurut Rafizi, Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal mencapai sasaran pelaburan swasta yang ditetap dan diumumkan sebagai strategi utama menghidupkan kembali pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Sebelum ini, katanya, PEMANDU dengan gah mengumumkan 92 peratus daripada dana untuk melaksanakan projek-projek di bawah ETP yang bernilai ratusan bilion ringgit, akan dibiayai swasta.

“Hakikatnya, 77 peratus daripada 10 projek terbesar di bawah pelan ekonomi Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya menggunakan dana awam melalui GLC dan membuktikan bahawa sasaran 92 peratus pembiayaan swasta itu tidak lebih dari angka-angka untuk kempen politik yang sudah tentu tidak akan dicapai,” kata Rafizi dalam satu kenyataan media.

Katanya, 10 projek berkenaan menelan pelaburan RM142 bilion, iaitu 82 peratus daripada keseluruhan pelaburan projek-projek yang telah diumumkan berjumlah RM173 bilion.

Beliau berkata, prestasi 3 penanda aras ekonomi yang paling utama iaitu kekalutan di Bursa Kuala Lumpur, unjuran pertumbuhan yang semakin rendah dan kegagalan menarik pembiayaan swasta bagi projek-projek utama di bawah ETP cukup untuk membayangkan kegagalan dasar dan inisiatif ekonomi Najib Razak.

“Jika prestasi ekonomi terus malap seperti yang diunjurkan, Program Transformasi Ekonomi akan gagal sebelum memasuki tahun kedua kerana ia mensasarkan pertumbuhan ekonomi 6 peratus setahun untuk mencapai sasaran Pendapatan Kasar Kebangsaan (GNI) per kapita sebanyak RM48,000 menjelang 2020 yang diuar-uarkan,” katanya yang juga Pengarah Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Katanya, pertumbuhan ekonomi tahunan di bawah angka 5 peratus setahun bermakna ETP telah gagal menarik minat pelabur, sedangkan kerajaan menumpukan sepenuh tenaga, fokus dan jentera untuk mempromosikannya.

“Jika ia gagal menarik perhatian dalam tahun pertama dan di kemuncak promosinya, bayangkan keadaannya 2-3 tahun akan datang,” tambah beliau.

Menurutnya lagi, prospek yang malap ini akan diburukkan lagi dengan keadaan tidak menentu yang dialami Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.

Pakar ekonomi dunia kini sependapat bahawa krisis hutang di Eropah akan mengheret 3 ekonomi terbesarnya iaitu Itali, Perancis dan Jerman ke kancah kekalutan ekonomi seperti yang dialami negara Eropah lain.

“Jika ini berlaku, prestasi ekonomi Malaysia akan turut terkesan dan memburukkan lagi angka pertumbuhan ekonomi tahun-tahun akan datang,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment