Aug 11, 2011
Wahai Najib & Rosmah...Di Mana Kamu...??
Najib, Rosmah masih belum muncul untuk ditemubual-Keadilan Daily
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor masih belum muncul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk ditemubual walaupun perintah mahkamah sudah dikeluarkan terhadap mereka.
Ini berikutan dua saksi yang ditemubual hari ini cuma pengawal peribadi Anwar, Mokhtar Mustafa dan pemandunya, Abdullah Sani Said, lapor Malaysiakini.
Mereka ditemubual kira-kira sejam oleh peguam Anwar, Sankara Nair dan Karpal Singh.
Anwar turut hadir pada sesi temubual itu.
Esok, dua lagi saksi akan ditemubual iaitu pemilik kondominum Hasanuddin Abd Hamid dan isterinya Noor Sham Abdul Hamid.
“Tiada tanda-tanda bila kami akan dapat menemubual Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.
“Mahkamah memberikan masa selama seminggu untuk pendakwa membekalkan semua saksi yang diminta peguam bela sebelum Anwar mula membela diri. Jadi kita akan tunggu dan lihat,” kata Karpal.
Sebelum ini, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof takut untuk berhadapan dengan Anwar apabila enggan ditemubual dengan kehadiran ketua pembangkang itu.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin bagaimana pun menetapkan Anwar boleh hadir dan menerima hujah Karpal bahawa Anwar mempunyai hak sebagai tertuduh untuk turut sama hadir dalam sesi temubual dengan saksi-saksi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment