Mangsa kekejaman Polis..!! Kugan Matipun di Lokap Polis...
POLIS MALAYSIA LEBIH BERHEMAH - UM
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganggap polis negara ini lebih berhemah dan sistematik dalam menyelesaikan sesuatu masalah termasuk isu keganasan berbanding apa yang berlaku di London ketika ini.
Setiausaha Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Raduan Che Rose berkata, biarpun negara tersebut lebih maju dan mempunyai pasukan polis antara terbaik di dunia namun, mereka masih gagal menghalang rusuhan sehingga menyebabkan kecederaan dan kecurian.
"Pendekatan yang dilakukan oleh pihak polis di sana dan polis di negara ini ternyata berbeza. Di sana punca utama menyebabkan mereka bertindak ganas ialah selepas seorang remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis.
"Berbanding di negara ini, polis lebih banyak menggunakan pendekatan pencegahan malah, lebih sistematik dalam mengatasi masalah agar tidak merebak menjadi lebih serius," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
REMAJA KOMA DI BALING TOPI KELEDAR - BH
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dari Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, Perlis, koma sejak empat hari lalu selepas terjatuh daripada motosikal, didakwa berpunca akibat dibaling dengan topi keledar oleh anggota polis yang cuba menahannya pada malam minggu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, Mohd Solihin Che Kassim sedang menunggang motosikal bersama rakannya di perkampungan itu apabila dua anggota polis yang melakukan rondaan cuba menahannya tetapi mangsa dikatakan tidak berhenti.
Tindakan remaja itu menyebabkan seorang daripada anggota polis terbabit membaling topi keledar ke arah motosikal mangsa yang menunggang tanpa memakai topi keledar, menyebabkan dia terjatuh.
----------------------------------------------------------
woit.... POLIS MALAYSIA KITA INI BERHEMAH....
kah kah kah...AGAKNYA MACAM MANA NEGARA NEGARA LAIN YANG POLIS NYA TIDAK BERHEMAH.....
kah kah kah... POLIS MALAYSIA YANG BERHEMAH HANYA BALING TOPI KELEDAR HINGGA MATI...
kah kah kah...POLIS YANG TAK BERHEMAH .... BALING APA AGAK NYA....
PANEL KHAS SIASAT KES POLIS TEMBAK MATI REMAJA - malaysiakin 27 april 2010
Kementerian Dalam Negeri menubuhkan satu panel khas bagi menyiasat insiden seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati polis di Seksyen 11, Shah Alam.
POLIS TEMBAK 3 REMAJA - keadilan daily
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan Pertubuhan Peguam, Lawyers For Liberty menolak penubuhan inkues bagi menyiasat kejadian tembakan oleh polis yang membawa kematian tiga remaja di Glenmarie, Shah Alam November tahun lalu.
Penegasan itu dinyatakan dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, N Surendran dan wakil LFL, Fadiah Nadwa Fitri.
“Kami merujuk pengumuman Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah bahawa polis menuntut inkues dalam kes tembakan polis yang membawa maut terhadap Mohd Shamil Hafiz, 15, Hairul Nizam Tuah, 20 dan Mohd Hanafi Omar, 22 pada 13 Novermber 2010 di Glenmarie
--------------------------------------------------------------
woit...POLIS BEHEMAH HANYA TEMBAK MATI 3 ORANG SAHAJA.... kah kah kah..
kah kah kah... SYUUUUKUUUUR.... NASIB BAIK POLIS MALAYSIA BERHEMAH...kaha kah kah...
kah kah kah...KALAU TAK BERHEMAH BERAPA BANYAK AGAKNYA MATI KENA TEMBAK.... kah kah kah
nota:
ya ampoon
ya ripoon
ya giboon
apa agaknya yang terjadi
pada warga negara dimana
polis mereka tidak berhemah
seperti di malaysia ini
kah kah kah
Kalau kang kong
kang kong lah juga
kalau kaki bodek
kaki bodeklah anak beranak
kah kah kah
Aug 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment