Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 2, 2010

UMNO/BN Sedang Giat Mengitar Semula YB Dari PKR

Bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim meramalkan lebih 10 wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.

“Mungkin lebih daripada 10. Ambil semua jumlah (wakil rakyat), tolak yang sosialis, NGO liberal dan kroni, buatlah kerja matematik (mengira),” katanya.

“Tetapi semua mereka tidak akan melompat pada masa yang sama, mereka akan muncul seorang atau dua orang sekali. Seperti dalam sukan tinju, ada regunya masing-masing.”

Didesak membuat penjelasan lanjut, beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama atau jumlah sebenarnya wakil rakyat terbabit dengan alasan ia akan dilakukan pasa masa yang sesuai.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar di mana ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng ( Kiri )mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil rakyat bebas.




---------------------------------------------------

Kah..Kah...DAH TERBUKTI BN SEDANG KETANDUSAN YB YANG BERWIBAWA...!!

Kah..Kah...ELOK LAH TU PR LANCAR OPS BERSIH..BN LANCAR OPS KITAR SEMULA..

Kah..Kah...BARANG KITAR SEMULA JARANG YANG ELOK..!!!

Kah..Kah...TONG MERAH UNTUK KACA & PLASTIK..TONG KUNING UNTUK KERTAS..TONG BIRU UNTUK YB BN KITAR SEMULA..

Kah..Kah..AIMAN TAK KISAH...DARI DULU LAGI..BILA BUANG PERUT AYAM ATAU IKAN JE..MESTI CAMPAK DALAM TONG BIRU..!!!

MCA Bidas Kenyataan "Katak Emas"

MCA hari ini membidas sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang mendesak kerajaan menghentikan pemberian projek atau tender istimewa kepada syarikat korporat Cina yang tidak tahu berterima kasih.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Ti Lian Ker, Pengerusi Biro Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan MCA

Bagi beliau, kenyataan Ibrahim berlandaskan ras dan berbau perkauman adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mencetuskan sentimen prasangka perkauman yang semakin menebal dalam negara kita.

Kenyataan sedemikian akan menimbulkan ketidaktenteraman bangsa Malaysia yang sedang diancam oleh ancaman luar dan dalaman di mana keharmonian negara buat pertama kalinya terancam oleh pelbagai isu nasional yang sengaja diwar-warkan oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda merosakkan ketenteraman negara, katanya.

Bagi Ti, kenyataan Ibrahim itu seharusnya merujuk kepada semua kaum berlandaskan prinsip-prinsip yang murni dan bukannya mendedahkan kehodohan muka perkauman Ibrahim yang berselindung di bawah pertubuhan Perkasa dengan agenda politik peribadi semata-mata.

"Minda zero sum game berlandaskan batasan kaum juga akan merugikan negara dan bangsa dalam kegawatan ekonomi yang sedang dihadapi oleh semua," katanya.

Beliau menyifatkan, kenyataan Ibrahim yang melulu dan tidak berasas adalah satu strategi politik lampau yang tidak boleh lagi diguna pakai dalam era 1Malaysia yang mempromosikan keberkesanan dan sumbangan positif kepada pembangunan negara yamg dapat membawa keuntungan optimum kepada semua rakyat Malaysia.
--------------------------------------------

Kah..Kah..BILA JADI WAKIL BEBAS...BEBAS LAH BERKOKOK YE..???

Woitt.....MCA DAH BIDAS..GERAKAN TUNGGU APA LAGI.. BIDAS LA...!!!

Kah..Kah..MCA BIDAS KATAK..KATAK ADALAH MELAYU..MELAYU KONONNYA UMNO..JADI MCA BIDAS UMNO LA TU MAKNENYE..

Kah..Kah..AIMAN TAK KISAH..SEBAB ISLAM ADALAH UNTUK SEMUA..!!