Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 2, 2011

DUN Sarawak Bubar 19 Mac, 9 April Undi..??


KUALA LUMPUR, 2 Mac Spekulasi semakin kencang dengan desas-desus terbaru mengatakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan pertengahan bulan ini bagi membuka ruang kepada pilihan raya negeri yang ke-10

Barisan Nasional (BN) Sarawak akan mengadakan konvensyen negeri Sabtu ini dan ia dilihat sebagai petanda jelas pembubaran akan menjadi kenyataan bulan ini selepas spekulasi mengenainya bermula kira-kira setahun lalu.
Kini BN memberi tumpuan ke atas dua pilihan raya kecil serentak di Semenanjung dengan hari pengundian berlangsung Ahad ini.

Laporan The Star hari ini menyebut DUN Sarawak akan dibubarkan pada 19 Mac dan kemungkinan hari pengundian pula 9 April.

Mandat semasa hanya akan berakhir 23 Julai ini sementara Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud terus dengan gaya beliau membiarkan orang ramai membuat spekulasi demi spekulasi mengenai kemungkinan tarikh pembubaran.

Laporan The Malaysian Insider sebelum ini memetik sumber berkata kepimpinan BN pusat yang mengadakan mesyuarat bulan lalu menjangkakan pilihan raya negeri, yang menawarkan 71 kerusi, akan diadakan awal April.

Menurut laporan akhbar itu hari ini menyebut DUN akan dibubarkan pada 19 Mac manakala penamaan calon diadakan pada 2 April dan disusuli dengan tarikh pengundian 9 April.

Akhbar itu memetik Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak Tan Sri Dr George Chan berkata, “sebarang tarikh sebelum Julai mungkin.”

“Ketua Menteri telah meminta kami agar bersedia. Dan kami sudah pun bersedia,” katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri.

Setiausaha Agung BN Sarawak Stephen Rundi berkata, jika pilihan raya hendak diadakan pada 9 April, BN “sudah bersedia untuk bertarung.”

“Sebenarnya saya tidak tahu-menahu tarikh pembubaran. Ia bergantung pada Ketua Menteri bila hendak memanggil pilihan raya tetapi kami sudah bersedia,” katanya.

Bagaimanapun Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen tidak mahu membuat spekulasi mengenai tarikh pilihan raya.

“Kami akan melakukan yang terbaik dan kami bersedia sepenuhnya dan bertanding habis-habisan,” katanya lagi.

Setiausaha Agung Parti Nasional Sarawak Stanley Jugol percaya pilihan raya akan diadakan April ini.

“Kami sudah meramalkan pilihan raya tidak akan diadakan lewat daripada bulan April. Kami sudah bersedia untuk menghadapinya jika ia diadakan,” katanya lagi.

Pilihan raya negeri terakhir diadakan pada 2006 dengan DUN dibubarkan pada 24 April manakala penamaan calon 9 Mei dan pengundian 20 Mei.

Pada 25 Februari lalu, Taib berkata BN Sarawak sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya negeri dan senarai nama calon juga telah diterima.

“Sudah… sudah, kita (BN) sudah bersedia, calon pun sudah ada, saya tidak boleh umumkan nama calon sekarang,” katanya.

Pada pilihan raya negeri yang lepas BN menguasai 63 kerusi.

Buku Jingga Agenda Bersama Bukan Peribadi


PAS menafikan partinya menjadi kuda tunggangan PKR apabila melancarkan Buku Jingga di Markaz Induk pilihanraya Kecil Kerdau pada 26 Feb 2010.Tuduhan Datuk Zahid, sebagai satu fitnah kepada PAS supaya wujud perpecahan di dalam Pakatan Rakyat.

Buku Jingga ialah pemuafakatan bersama dan dirancang serta diteliti oleh ketiga-tiga parti, supaya mendapat keputusan bersama, bukan oleh satu parti sahaja.Tuduhan Naib Presiden Umno membayangkan keresahan yang ada di dalam pemikiran pemimpin Umno, kerana bimbang rakyat mengalih sokongan kepada PR, terutama angin perubahan di Asia Barat.

Tuduhan yang mengatakan bahawa Buku Jingga mengenepikan pakar-pakar ekonomi adalah tidak betul. Orang yang tidak pakai pakar ekonomi ialah pemimpin Umno. Kes kritikan Tengku Datuk Zafrul Aziz Ketua Pegawai Eksekutif bank pelaburan Maybank, terhadap pelantikan Tan Sri Isa Samad selaku pengerusi Felda, nampaknya terus menimbulkan kemarahan di kalangan pemimpin pertengahan UMNO.Mereka menuduh Tengku Zafrul sebagai telah mempertikai dan memperkecil-kecilkan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana melantik Isa, sehingga dicadangkan beliau dipecat daripada jawatan.

Tuduhan negara akan bankrap jika PR melaksanakan janji 100 hari adalah penyakit yang sama dengan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab selama ini. Mereka akan memastikan perancangan yang baik untuk rakyat dianggap membazir dan boleh membawa bankrap. Jika cadangan untuk perut dan kroni mereka akan bersetuju. Ini adalah sikap biasa mana-mana pemimpin yang takut tembelang mereka akan terdedah jika kerajaan baru menggantikan mereka. PAS ingin mengingatkan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi sebelum buat tuduhan selidik dahulu. Jangan buat telahan sebarangan, sesuai dengan ijazah Doktor Fasafah yang dimiliki. Jangan malukan nilai akademik yang dimiliki oleh beliau.

Ustaz Haji Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

No Saman Ekor Jika PR Ke Putrajaya....


Parti Islam SeMalaysia (PAS) berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat. Kita akan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kita percaya PKR dan DAP akan bersetuju dengan tawaran tersebut. PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya

Parti Islam SeMalaysia (PAS) berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat. Kita akan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kita percaya PKR dan DAP akan bersetuju dengan tawaran tersebut. PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya.

Kita memahami keperitan rakyat berhadapan dengan saman ekor yang tidak memberi peluang kepada rakyat untuk dibicarakan, membela diri dan dibuktikan bersalah, sebaliknya rakyat terus dihukum dengan nama mereka disenarai hitamkan dan pelbagai tindakan tidak berperi kemanusiaan.

Setelah beberapa bulan kita mengadakan kempen melalui KASE untuk mendesak dihapuskan saman ekor, tetapi kerajaan melayan dengan mengetatkan lagi akta berkaitan JPJ dan “menswastakan” urusan beberapa aspek saman ini, di mana tindakan ini akan lebih menyusahkan rakyat khususnya masyarakat luar bandar dan kurang berkemampuan. Sebab itulah, kita melihat bahawa rakyat tidak ada pilihan melainkan menukar pemerintahan BN kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang bagi melihat usaha murni kami ini dapat direalisasikan.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Selasa, 26 Rabiul Awal 1432 / 1 Mac 2011