Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Sep 15, 2010

Bukan Bersandiwara Tapi Memang Spesis Bangang....!!!


Ibrahim Bersandiwara Atau tak faham Perlembagaan-Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Penganalisis politik, Prof Dr Abdul Aziz Bari menganggap Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) tidak memahami inti sebenar Perlembagaan Persekutuan.

Anggapan itu gara-gara inisiatif ekstrem Datuk Paduka Ibrahim Ali mengasaskan Perkasa bagi mempertahankan hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu, Majlis Raja-Raja Melayu serta Islam seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang kononnya sedang dihakiskan oleh pihak 'bukan Melayu' tertentu.

"Lagipun kefahaman Perlembagaan (Persekutuan) oleh Perkasa adalah tidak tepat kerana tidak ada sesiapa yang boleh memadam peruntukan yang mereka (Perkasa) kata perlu dipertahankan," ujar pakar perlembagaan itu kepada Harakahdaily.

Kata ahli akademik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) lagi, langkah Perkasa itu seakan menghalang kebebasan bersuara rakyat dalam membincangkan isu-isu yang selama ini dianggap sensitif oleh pemerintah.

"Perkasa juga semacam lupa bahawa Perlembagaan memberi hak bersuara selagi ia tidak meminta pemansuhan kedudukan yang sedia ada itu, termasuk Raja, bahasa dan lain-lain," ujarnya.

Walhal, katanya sesetengah isu-isu yang diwacanakan oleh rakyat, khususnya bukan Melayu tidaklah sampai pada tahap membelakangkan Perlembagaan.

Lanjutan itu, beliau mempersoal motif sebenar Ibrahim, Presiden Perkasa menggunakan media untuk meniupkan api perkauman ekstrem belakangan ini.

"Jadi, apa yang hendak dipertahankan?" soalnya.

Beliau turut mempersoal idea Ibrahim pada Ahad lalu yang mahu Perkasa mewujudkan muafakat politik baru, iaitu menerima keanggotaan bukan Melayu.

"Dengan idea ekstrem yang mereka bawa, nak kerjasama dengan bukan Melayu yang macam mana.

"Jadi, macam Perkasa nak buat kerjasama...dengar nama Perkasa pun mereka (bukan Melayu) sudah meluat," ujarnya.

Hari ini, dilaporkan Ibrahim menuduh MCA menguasai Umno pula.

Tuduhan terbaru itu selepas Ibrahim menuduh PAS tunduk pada kemahuan politik para pemimpin bukan Islam dari DAP serta Pakatan Rakyat yang lain.

Tuduhan-tuduhan Ibrahim itu ekoran keengganan pihak masing-masing untuk menerima pelawaan Perkasa, badan bukan kerajaan untuk mempopularkan politik ekstrem Melayu di tanah air.

Manakala, Umno pula dilihat seakan dalam dilema sama ada mahu berwajah liberal atas nama slogan 1Malaysia atau kekal dalam kerangka 'ultra Melayu' seperti yang didesak Perkasa.

Nota :

Bapak aku ada cakap....
Orang kalau pendek,rambut pula kerinting, memang tak boleh pakai dan kena hati-hati...!!!

Tak Kata Macam Tu..Nak Kata Macam Mana Lagi....!!!


Ciri Peribadi Sultan Kelantan Selari Kehendak Rakyat - Umno Kelantan -Mstar

PASIR MAS: Umno Kelantan berpendapat ciri peribadi murni Sultan Kelantan yang baru Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra yang begitu prihatin terhadap rakyat dan mempunyai ilmu agama yang tinggi adalah selari dengan kehendak masyarakat Kelantan.

Ketua Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dengan itu pihaknya yakin rakyat Kelantan akan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah-bahagi terhadap Sultan Kelantan itu yang telah dimasyhurkan Isnin lepas.

"Kita bersyukur Sultan Kelantan telah dimasyhurkan dan akan taat setia terhadap baginda yang telah dipilih mengikut perlembagaan dan saya yakin rakyat akan memberikan taat setia terhadap baginda.

"Saya telah beberapa kali mengikuti baginda menziarahi masjid dan apa yang Tuanku lakukan selaras dengan kehendak rakyat Kelantan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Aidilfitri Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Kelantan dan Pasir Mas di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1 di sini, Rabu.

Mustapa yakin dengan pemasyhuran itu, segala isu yang melanda keluarga diraja itu akan selesai akhirnya.

Sementara itu Parti Progresif Penduduk (PPP) juga mengalu-alukan pemasyhuranTuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang dianggap bertepatan dengan kehendak agama dalam memilih seorang pemimpin.

"Saya yakin pelantikan itu dibuat berpandukan kepada Quran dan Hadis,bukan dasar politik atau kuasa," kata Naib Presiden PPP Datuk Nik Sapeia Nik Yusof.

Pengerusi Badan Perhubungan PPP Kelantan itu meminta semua rakyat akur dengan pemasyhuran itu dan menyokong penuh kepimpinan Tuanku Muhammad Faris sebagai Sultan Kelantan yang baru.

Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (PERAKAN) bersyukur kerana pemasyhuranitu memberi isyarat dan petanda positif kemelut istana Kelantan akan berakhir.

"Lebih setengah juta rakyat Kelantan yang berada di luar negeri (Kelantan)ini amat bersyukur dan mengalu-alukan penyelesaian kemelut yang melanda negeriini sejak lebih setahun lalu," kata Presidennya Mohd Radzi Yusoff.

Beliau berharap semua pihak akur dengan keputusan yang dibuat oleh MajlisPerajaan Negeri yang disifatkan sebagai muktamad dan tidak perlu dipersoalkanlagi.

Pasukan Prihatin Maya Kelantan (Prima) turut menyokong dan mengalu-alukanpemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan.

Presidennya Mohamad Rafi Awang Kecik berkata baginda amat layak mendudukitakhta berdasarkan kepada pengalaman baginda sebagai Tengku Mahkota Kelantan danPemangku Raja Kelantan dan terbukti mampu menjalankan tugas dengan baik sepanjang ayahanda baginda Sultan Ismail Petra gering. -BERNAMA

Nota :

Kadang-Kadang luahan hati kita bukan semuanya ikhlas...
Oleh kerana terpaksa..maka di luahkan juga...
UMNO tahu...permashyuran Tuanku Faris sebagai sultan kelantan yang baru..tidak selari dengan kehendak mereka...
Tuanku Faris di lihat lebih Islamik dan cenderung pada Tok Guru..
Ini membuatkan mereka tak dapat tidur malam...
UMNO memang berminat supaya Tg. Temenggung di tabalkan menggantikan ayahndanya...
Namun apakan daya..Ini semua telah tersurat...
Nak tak nak...terima ajelah....
Mungkin lepas ni spesis UMNO agak susah sikit nak hidup di kelantan.... InsyaAllah.....

Ketawa Sambil Makan Lemang Kijal....!!!



Nota:

Zaman dulu pakai papan batu...ilmu bertimbun tambah
Zaman sekarang pakai buku dan note book...
Ini semua adalah projek - semua kontrek...
Inilah dia dasar pelajaran melayu yang unggul..
Opps tersasul...Yang betulnya adalah melayu tunggul
Kah....Kah....Kah....!!!

"Sekolah Harapan" Hasil Idea Kepala Otak Orang Yang "Bangang"....!!!


Sekolah Harapan bagi pelajar hamil dibuka Jumaat -MKini

Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai oleh kerajaan negeri di Jasin akan dibuka bermula Jumaat ini untuk menempatkan mereka yang secara sukarela mahu ke situ.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata sekolah itu yang dikenali sebagai ''sekolah harapan'', berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM).

Buat permulaan, katanya, sekolah itu yang turut menyediakan kemudahan tempat tinggal, akan dikendalikan oleh seorang penyelia dan tiga pengajar lain.

"Kita sudah lantik guru JAIM yang berpengalaman bagi mengajar di sekolah itu yang boleh memuatkan maksimum 40 pelajar," katanya di kediamannya, Seri Bendahara, di Melaka hari ini.

Mohd Ali berkata, setakat ini, belum ada pelajar hamil yang menghubungi JAIM untuk memasuki sekolah itu dan bagi yang berminat boleh memohon dengan identiti mereka dirahsiakan.

"Kita berniat baik dengan menubuhkan sekolah ini bagi membolehkan remaja yang terlanjur meneruskan persekolahan sehingga mereka bersalin dan tamat edah sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Beliau berkata sukatan mata pelajaran yang diajar bergantung kepada tahap semasa persekolahan pelajar itu. - Bernama
----------------------------------------------------------------
Woitttt......IDEA BANGANG MACAM NI AKAN LEBIH MENGGALAKKAN PERBUATAN ZINA...

Kah...Kah....BERZINALAH KAMU SEPUAS-PUASNYA...BILA NGADUNG MASUK SEKOLAH HARAPAN...

Kah...Kah....GUNA DUIT KERAJAAN ...BIAYAI ANAK HARAM....

Kah...Kah....TUJUAN SEKOLAH INI DI BUAT ADALAH UNTUK KURANGKAN BUANG ANAK HARAM...BUKAN NAK HAPUSKAN ZINA....

Kah...Kah....BUATLAH POSTER...JANGAN BUANG BAYI MERATA-RATA....

Kah...Kah...CUMA JANGAN BUANG BAYI....BERZINA TAK APA...MENGANDUNG ANAK HARAM PUN TAK APA...

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...PATUTLAH ALLAH SELALU TURUNKAN BALA DI MELAKA...TUJUANNYA SUPAYA PEMIMPINNYA INSAF DAN JANGAN SELALU JADI BANGANG....

Negeri Paling Miskin Jadi Tuan Rumah Sambutan Hari Malaysia....


Jeffery: Tuan rumah Hari M'sia negeri paling mundur -MKini

Sabah yang bakal menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia esok terus merupakan negeri yang serba serbi mundur dari segi pembangunan infrastruktur walaupun telah 47 tahun mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia pada 1963, lapor TV Selangor.

Pimpinan PKR Sabah, Jeffery Kitingan memetik buku Rancangan Malaysia Ke-9 yang melaporkan Sabah sebagai negeri yang paling mundur dan termiskin di Malaysia.

"Kalau kita lihat perbandingan antara negeri -negeri, Sabah nombor 14, dari segi pencapaian pembangunan," katanya kepada TV Selangor di Shah Alam, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan timbalan menteri pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri yang menyatakan, masyarakat luar bandar di Sabah harus bersyukur kerana penyertaan Sabah dalam Persekutuan Malaysia 47 tahun yang lalu adalah suatu keputusan kepimpinan terdahulu yang tidak sia-sia.

Beliau dipetik berkata transformasi secara umum telah banyak berlaku di luar bandar khususnya daripada segi pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam walaupun tidak dapat dinafikan masih ada sedikit lompang.

Abdul Rahim membuat kenyataan itu apabila diminta mengulas mengenai penganjuran Hari Malaysia yang pertama kalinya dalam sejarah dianjurkan di Malaysia Timur iaitu di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

Jeffery mengakui wujud pembangunan di Sabah tetapi ternyata ia tidak seimbang antara satu wilayah dengan wilayah lain tetapi secara keseluruhan, banyak kawasan belum menerima kemudahan yang memadai.

“Ada pembangunan, tetapi tidak seimbang. Ada yang belum ada jalan raya, belum ada elektrik, air bersih. Tapi kebanyakan, belum ada," katanya.

Lantaran itu, Jeffery kecewa dengan pencapaian berkenaan dan menuntut kepada pimpinan negeri dan pusat, kedua-duanya diterajui Umno Barisan Nasional (BN) supaya lebih prihatin dengan nasib yang menimpa masyarakat luar bandar di Malaysia Timur.

"Sebanyak 24 peratus penduduk Sabah digelar sebagai rakyat miskin.

Sepatutnya selepas 47 tahun kita merdeka dan menubuhkan Malaysia, perkara ini sudah selesai. Sekurang-kurangnya setara di peringkat kebangsaan iaitu kurang daripada 6 peratus. Ini bererti kita jauh ketinggalan," katanya
---------------------------------------------------------------
Kah...Kah.....INI SEMUA SEOLAH-OLAH MENGHINA ORANG SABAH JE.....

Kah...Kah.....ATAU MUNGKIN TAKUT SABAH SWING PADA PR...???

Kah...Kah.....JANGAN LUPA ORANG SABAH PERNAH TUKAR KERAJAAN DULU....

Kah...Kah....ORANG SABAH CERDIK DAN TAK BODOH MACAM ORANG JOHOR....

Kah...Kah.....AIMAN TAK KISAH....INI MESTI ADA SEBABNYA...KALAU TIDAK SABAH SEOLAH-OLAH BUKANNYA SEBAHAGIAN MALAYSIA...MUNDUR..MISKIN...DAIF....

Selamat Jalan...Hati-Hati Saman Ekor...!!!



Nota:

Duit kerajaan telah habis
Banyak projek kantoi
Inilah salah satu cara untuk mencari dana

Industri saman ini cukup lumayan
Tak lama lagi industri pungut saman ini akan di swastakan

Tunggu dan lihat...Kah...Kah...Kah..

Gambar Anak-Anak Arwah Sosilawati....

Ini ialah gambar anak-anak Sosilawati Lawiya:
Erni Dekritawati Yuliana, 25; Erwan Suwari Ridzuan, 24, Erni Erinawati Sofea, 21 tahun, Md Erwan Nasri, 23, Erni Reenilawati, 20, dan Siti Nur Fatimah, 13 tahun.



Gambar ini dipercayai dirakamkan untuk ruangan sebuah majalah dan khas untuk tatapan pembaca sempena menyambut Aidilfitri tahun ni. Gambar kengangan yang tak dapat dilupakan saat saat akhir sebelum hilangnya Datuk Sosilawati.

Erni Dekretawati Yuliana Buhari

Anak sulung Sosilawati iaitu Erni Dekritawati Yuliana Buhari semakin terserlah kejayaan dan kebolehannya dalam dunia perniagaan dan namanya pun dikenali ramai. Erni ialah Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd sekarang. Bakatnya diwarisi dari ibunya Sosilawati dengan bukti kejayaan dalam bidang perniagaan.

Dia diajar berdikari sejak kecil, Erni atau mesra dipanggil Rita mendapat pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni (Tekstil) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Perniagaan Antarabangsa di Universiti Nottingham Trent, United Kingdom.

Rita mendapat pendedahan dalam dunia perniagaan sejak sekolah menengah apabila ibunya sering membawanya ke pejabat.

Dia pernah meminta kebenaran ibunya untuk mencari pengalaman kerja di United Kingdom selepas tamat pengajian kerana penuntut asing mempunyai dua tahun visa untuk kerja, tetapi ibunya tidak membenarkannya bekerja di sana kerana buat apa membazir masa sedangkan lebih banyak benda boleh dipelajari bersama perniagaan ibunya sendiri.

Erni bersama ibunya Sosilawati



Profil Erni Dekritawati
NAMA: Erni Dekritawati Yuliana Buhari
JAWATAN: Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Perniagaan Antarabangsa Universiti Nottingham, United Kingdom
UMUR: 25 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
ADIK BERADIK: Sulung daripada enam beradik

Guna Tahi Lembu Untuk Bakar Sosilawati & Rakan...

Mangsa, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki dipercayai telah dibakar menggunakan tahi lembu dan petrol, satu kaedah tradisional amat berkesan untuk menghancurkan satu badan manusia dan menghasilkan abu di antara 30 minit hingga sejam. (Baca di sini pendapat 12 jam)

Kawasan Yang Disyaki Di Lakukan Pembunuhan...

Badan manusia yg sederhana mengambil masa kira kira dua atau tiga jam untuk membakar sepenuhnya apabila berada dalam sebuah keranda atau relau, dgn kepanasan 1,100°C.

Kaedah tradisional ni yang berasal dari India, melibatkan penggunaan tahi lembu yang dilumur pada tubuh dan mencurahkan minyak petrol utk dibakar.

Peta Ladang Gadong dari sumber The Star

Satu gas dibebaskan dari tahi lembu dapat meningkatkan kepanasan yang tinggi dan dapat memusnahkan tubuh badan serta menghasilkan abu dengan cepat. Kesannya, hanya tinggal femur (tulang paha) dan tulang pelvis yg masih utuh.

Sumber : The Star

Siapa Yang Tipu & Fitnah....????


MAHASISWA JANGAN SEBAR FITNAH - Utusan Meloya

Golongan mahasiswa dinasihatkan tidak menyebarkan fitnah dengan mengeluarkan kenyataan yang direka-reka tanpa fakta yang sah.

Sebaliknya, mahasiswa diminta memahami dan menyokong dasar kerajaan serta memberikan pemahaman untuk menyatupadukan rakyat berasaskan kedudukan mereka yang dipandang tinggi dalam masyarakat.

Mustapa Mohamed berkata, fakta-fakta yang salah bukan sahaja menyakitkan hati tetapi menimbulkan kemarahan dan perpecahan.

"Elakkan daripada menyebarkan fitnah dengan mengeluarkan kenyataan yang direka-reka tanpa fakta dan dalil-dalil yang sah kerana akan menyakitkan hati serta terbit rasa marah, lebih-lebih lagi jika ia dilakukan oleh golongan cerdik pandai yang mempunyai kelulusan daripada universiti.
------------------------------------------------------------------
Woitttttt......BUAT CERITA KATAKAN MALAYA MERDEKA KERANA UMNO...ITU BUKAN TIPU DAN FITNAH...??

Woitttt.......BUNUH ALTANTUYA DAN TUDUH DUA POLIS CABUK YANG BUAT...ITU BUKAN TIPU DAN FITNAH....???

Kah...Kah.....BUNUH TEOH BENG HOCK KEMUDIAN TUDUH DIA CEKOK LEHER SENDIRI...ITU BUKAN TIPU DAN FITNAH......

Kah...Kah.....AMBIL DUIT RASUAH BELI KAPAL SELAM TUKAR JADI DUIT KOMISEN...ITU BUKAN TIPU DAN FITNAH.....!!!

Kah....Kah....AIMAN TAK KISAH....BILA ANGKAT MAHATHIR SEBAGAI MELAYU PUN BOLEH DI ANGGAP TIPU DAN FITNAH......

Tak Tahu Atau Sengaja Buat Tak Faham.....!!!


NAZRI PERSOAL AGENDA UTUSAN PERLEKEH DASAR NAJIB SOKONG PERKASA - MInsider

Nazri Aziz mempersoalkan tindakan Utusan Malaysia seolah-olah memperlekehkan gagasan Najib Razak sambil berkata, sama ada akhbar milik Umno itu berkonspirasi mahu ‘menggantikan’ beliau dengan Mahathir Mohamad.

Nazri memberitahu The Malaysian Insider bahawa arah aliran laporan Utusan Malaysia dan editorialnnya sejak kebelakangan ini menunjukkan akhbar harian itu terbitan Kumpulan Utusan sudah lupa siapa ketua mereka yang sebenarnya.

“Saya tidak boleh faham Utusan. Siapa ketua mereka - Najib atau Mahathir?

“Saya kadangkala tertanya-tanya jika mereka ada agenda untuk membawa balik Mahathir untuk menggantikan Najib,” kata beliau ketika dihubungi malam tadi.

Nazri dengan memainkan kenyataan-kenyataan Mahathir menyokong pertubuhan hak Melayu Perkasa pimpinan Ibrahim Ali, ia dengan jelas memperkecilkan konsep satu Malaysia dibawa oleh Najib.

“Mereka seharusnya mempromosikan konsep satu Malaysia dan bukannya memperlekehkan program beliau. Saya lihat begitu... mereka menyokong Mahathir,” katanya.
--------------------------------------------------------------
Woittttt......PERANG SUDAH NAK MULA....BERSIAP SEDIA LAH.....

Kah...Kah.... MELAYU SEKARANG SUDAH BERANI LAWAN TOWKEY.....

Woitttt......MAT LENGGONG NI SENGAJA BUAT BUAT TAK FAHAM......

Kah...Kah.....UTUSAN BUKAN NAK MADEY DAN MADEY PUN TAK INGIN JADI PM LAGI....

Kah...Kah.....SEBENARNYA UTUSAN NAK MALIKUL SEMBAB SAMA DJUGAK DENGAN MADEY......

Woitttt.......JANGAN BUAT BUAT TAK TAHU RANCANGAN MADEY......

Kah...Kah.....AIMAN TAK KISAH....MADEY MEMANG PLAN NAK NAIKKAN KAN FIRAUN KECIK PULAK UNTUK GANTI MAT MONGGOL....

Chua Soi Lek Sengaja Buat Pekak Badak....!!!!


TIDAK PERNAH DENGAR PEMIMPIN UMNO MENGATAKAN MELAYU LEBIH SUPERIOR -MStar

Presiden MCA Chua Soi Lek berkata beliau tidak pernah dengar mana-mana pemimpin Umno mengatakan Melayu lebih superior (hebat) daripada bangsa lain. Beliau berkata jika hubungan bangsa di Malaysia "tidak begitu baik seperti yang sepatutnya", adalah tidak adil untuk menuduh semua pemimpin Umno sering memperkatakan kedudukan tinggi orang Melayu.

"Dalam hubungan saya dengan Umno, saya tidak pernah dengar mana-mana pemimpin Umno yang mengatakan Melayu lebih superior daripada bukan Melayu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog kepimpinan Cina mengenai Bajet 2011 di Wisma MCA di sini Selasa.

Dr Chua mengulas kenyataan negarawan Singapura Lee Kuan Yew dalam temu bualdi New York Times pada 1 September, yang menyifatkan Malaysia sebagai dalam "keadaanyang paling tidak menggembirakan".
------------------------------------------------------
Woitttt.....MEMANG LAAAH LU TAK PENAH DENGAR.....

Kah...Kah...UMNO MANA BERANI MENGAKU YANG MEREKA TERER DEPAN CHINA......

Kah...Kah...MELAYU MAIN SAHAM PUN KENA TIPU....

Kah...Kah...MELABOR FOREX... HILANG 10 BILION RINGGIT.....

Kah...Kah...BELI KAPAL SELAM...TAPI TAK BOLEH MENYELAM..

Kah...Kah...BELI KAPAL TERBANG....INJIN PULAK KENA CURI.....

Woitttt.....UMNO HANYA BERANI MENGAKU MEREKA LEBIH TERER PADA MAK CIK FELDA SAJA..

Woittttt....UMNO HANYA BERANI ANGKAT KERIS DEPAN ORANG KAMPUNG JE.....

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH....UMNO HANYA BERANI MENGAKU MEREKA PALING HEBAT HANYA DIHADAPAN PELAJAR UITM DAN SINTOK SAJA.....KAH...KAH...KAH....

Nota:

Apa dah jadi dengan Kempen melayu unggul
Tak kan sudah selesai...???
Yang tinggal hanya melayu tunggul.....
Kah....Kah....Kah....!!!