Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Jan 6, 2012

PERKASA Hanya Nafsu Je Besar...!!


Demo PERKASA bantah 901 tak dapat sambutan-HD

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Melaka, meluahkan rasa kesal berikutan ramai masyarakat Melayu terutama pelajar terpengaruh dengan cubaan pihak tertentu untuk menganjurkan perhimpunan "Bebaskan Anwar 901" yang dirancang Isnin ini.

Yang Dipertuanya, Abdul Rahim Osman (berketayap) berkata, mereka yang terlibat tidak seharusnya begitu taksub dengan kepentingan individu tertentu sehingga gagal menunjukkan kewarasan di dalam berfikir.

Menurutnya, perhimpunan "Bebaskan Anwar 901" tidak patut berlaku di dalam negara yang mempunyai proses undang-undang dan peraturan.

"Apa yang cuba dilakukan masih di dalam proses mahkmah lagi, mahkamah sedang mendengar hujah, bukti-bukti yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak jadi biar mahkamah buat keputusan.

"Sekiraya tidak puas hati masih ada peluang membuat rayuan di Mahkamah Rayuan, kalau tidak puas hati lagi masih boleh buat rayuan di Mahkamah Persekutuan. Ada dua lagi tangga untuk sesiapa tidak puas hati dengan mahkmah," katanya.

Kurang sambutan

Beliau berkata demikian selepas menyertai Solat Hajat bagi memohon supaya keamanan terus kekal dinikmati masyarakat di negara ini dan bebas dari sebarang bentuk kekacauan.

Kira-kira 3,000 jemaah menyertai majlis solat yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Datuk Mohammad Hashim sebaik selesai mengerjakan Solat Jumaat.

Bagaimanapun, program dirancang sepatutnya disusuli dengan satu demonstrasi aman di pintu masuk utama masjid berkenaan gagal diadakan berikutan kurang mendapat sambutan.

Abdul Rahim berkata, selain PERKASA majlis turut disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain antaranya, Persatuan Sidang-Sidang Negeri Melaka, Perguruan Gerak Insan Seni Melaka dan Pertubuhan Kebajikan Sejati Melaka.

"Tidak perlu kita nak buat demonstrasi jalanan kerana akan menyusahkan pihak berkuasa, membuang masa dan tenaga mereka malah kerajaan terpaksa membayar kerja lebih masa.

"Perhimpunan yang dirancang Isnin ini tidak patut dilakukan apatah ketika itu adalah hari orang bekerja dan kebanyakannya sibuk hendak menghantar anak ke sekolah serta tidak kurang juga yang hendak pergi bekerja," katanya.

Beliau turut kesal berikutan pihak terbabit cuba menggertak mahkamah supaya membuat keputusan yang berkemungkinan memihak kepada mereka terlibat.

"Hari ini PERKASA bersama NGO lain menyatakan pendirian bahawa usaha yang dilakukan ini untuk mengadakan perhimpunan "Bebaskan Anwar 901" adalah sesuatu perkara sia-sia.

"Saya ingin menyeru kepada masyarakat terutama orang-orang Melayu supaya jangan turut serta dalam perhimpunan yang akan diadakan itu kerana ia tidak baik untuk negara kita kerana akan menggambarkan negara kita seolah-olah berkeadaan huru-hara.

"Betina Neraka (BN)" Gelaran Azwan Pada Ummi Hafilda...!!


KUALA LUMPUR - Ummi Hafilda Ali, saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 berjanji akan mendedahkan rahsia dahsyat kepimpinan atasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau trio 'bateri 3A' sekiranya mereka tidak bertaubat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Ummi memberi amaran itu kerana beliau tidak sanggup melihat trio berkenaan iaitu Anwar, isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan abangnya sendiri, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali terus mengelirukan rakyat dengan dakyah demi kepentingan politik mereka.


"Hari ini mereka panggil polis anjing tetapi semasa Anwar berkuasa pada 1997, dia guna 50 orang polis untuk menangkap saya, jadi orang muda terutama mahasiswa perlu tahu siapa yang buat salah laku dan salah guna kuasa.

"Wan Azizah mempunyai pengaruh untuk menasihatkan suami kembali ke pangkal jalan, jangan sampai saya serta 'geng' iaitu (Datuk) Nallakaruppan, (Datuk) Zulkifli Noordin dan Rahimi Osman dedahkan perkara sampai nanti mereka (3A) tidak boleh angkat kepala. Kami merayu mereka kembali ke pangkal jalan," katanya. - Utusan

Kesan daripada ugutan Ummi Hafilda yang tidak habis-habis dengan 'pendedahan' demi pendedahan. Hari Jumaat yang mulia ini, Azwan Ali telah menjawab pertuduhan Ummi Hafilda itu dengan nasihat-nasihat khas kepada Betina Neraka (BN) yang dipercayai ditujukan kepada Ummi Hafilda supaya menghentikan kerja-kerja mengaibkan orang dan juga kepada orang ramai supaya tidak mempercayainya.

Azwan Ali juga turut menasihatkan Barisan Nasional agar tidak bekerjasama dengan Betina Puaka semata-mata untuk memenangi PRU-13 dalam kerja-kerja mengaibkan orang.

Terima Kasih Polis....!!


KeadilanDaily

KUALA LUMPUR 6 Dis : Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali memberitahu, polis telah memberi kebenaran dan jaminan akan menjaga keselamatan sepanjang perhimpunan yang bakal dianjurkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin depan.“Kita telah bermuafakat dan bersetuju untuk meneruskan perhimpunan aman ini dengan beberapa perincian yang telah dibincang secara bersama,” kata Azmin selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh hari ini.

Ahli Parlimen Gombak itu akan menerangkan secara terperinci mengenai rancangan dan keputusan yang telah dicapai untuk menjayakan perhimpunan pada 9 Januari itu, di Ibu Pejabat KEADILAN petang ini.

“Tempat telah ditetapkan, perhimpunan akan diteruskan. Keputusannya positif dan saya gembira dengan polis tadi menunjukkan kesediaan untuk berbincang dengan parti politik khususnya pakatan rakyat,” katanya.

Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin menerusi laman twitter beliau, pihak polis membenarkan ruang perkarangan kawasan letak kereta berhadapan dengan mahkamah untuk berhimpun.
Satu sidang tergempar bersama pimpinan KEADILAN akan diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya 3.00 petang ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyatakan, pihaknya tidak akan mengharamkan himpunan berkenaan, sebaliknya mencadangkan supaya kawasan yang sesuai.

Terdahulu, , turut hadir pada pertemuan tersebut beberapa pimpinan KEADILAN termasuk ketua Wanita, Zuraida Kamarudin, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan juga Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran.

Pertemuan itu dibuat selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein dan Ketua Polis Negara menyarankan agar Ketua Polis Kuala Lumpur bertemu penganjur bagi membincangkan perkara tersebut.

Wahai Polis....Bertindaklah Secara Profesional....!!


"Selalu polis beri amaran. Biasanya, polis-polis ni pantang nampak rakyat berhimpun secara aman... mereka terus beri amaran suruh bersurai. Kalau rakyat marhaen tidak bersurai, ha mulalah ada syaitan yang menyamar macam polis mandikan rakyat dengan air asid. Malahan ada syaitan yang menyamar seperti polis dan membelasah rakyat macam si Rahim Noor yang perangai tidak senonok tu.

Kekadang ada juga rasa pelik dengan tindakan polis yang beri amaran tu... mereka tidak tahu undang-undang atau mereka sengaja hendak langgar undang-undang! Mentang-mentanglah mereka pakai uniform, mereka ingat semua mereka bolih buat ikut suka hati mereka!

Kerajaan Rakyat ingin memberi peringatan kepada pihak polis. Pada hari Isnin, 09.01.2012 bersamaan 14hb Safar 1433 Hijrah, insyaAllah dijangkakan 100,000 rakyat akan BERHIMPUN SECARA AMAN dalam apa yang disebut sebagai Perhimpunan Aman 901.

Pihak polis diharap ambil perhatian bahawa perhimpunan ini insyaAllah akan berlangsung dengan penuh harmoni dan semangat setiakawan sekiranya pihak PDRM tidak membuat provokasi atau mengganggu kelancaran program perhimpunan aman rakyat ini.

Dengan ini Kerajaan Rakyat ingin memberi amaran kepada pihak polis (Terutama Ketua Polis Kuala Lumpur) agar jangan membiarkan anggota saudara bertindak ikut sesuka hati mereka. Andai perbuatan ganas, liar dan bersifat kebinatangan yang pernah dilakukan olih pihak polis terhadap orang awam diteruskan juga, besar kebarangkaliannya negara akan mendapat malu dan rakyat akan semakin benci, menyampah dan jijik terhadap jabatan polis.

Bila Musang Berbulu Ayam....!!


"Assalamualaikum.....Terkejut bila membaca berita ini....

Terkejut kerana ianya diberitakan keluar dari mulut Dr.Hassan Ali yang baru sahaja menamatkan konflik dengan beberapa pemimpin PAS.Alangkah jatuhnya imej seorang pejuang Islam, melayu dan raja raja melayu seandainya mendakwa bahawa perhimpunan 901sebagai sia sia.

Di mana ketegasan perjuangan menentang ketidakadilan, di mana semangat setiakawan seorang pemimpin yang berintegriti dan di mana sikap seorang pemimpin yang bersama PR yang telah bersetuju dengan perhimpunan itu.

Cara Dr.Hassan Ali bercakap seperti beliau merupakan pemimpin BN yang bersama UMNO, bukan pemimpin PR yang bersama PAS.Dr. Hassan Ali sebagai seorang cediakawan tidak sepatutnya berbohong ala UMNO untuk mengatakan perbicaraan itu telah berlangsung lebih tiga tahun dan Anwar telah diberikan ruang dan peluang yang sepatutnya oleh mahkamah.

Dr.Hassan wajar tahu bagaimana kepincangan perbicaraan itu dan seharusnya tidak berbohong sedemikian rupa.Lebih memeranjatkan lagi apabila Dr. Hassan ALi menyatakan beliau tidak akan hadir pada hari itu dan menasihat para pelajar agar tidak hadir serta menyatakan ahli PAS tidak sepatutnya terlibat.Dr.Hassan Ali sedar tak apa yang dikatakan beliau ini?

Kalau pelajar tidak hadir bagaimana mereka mahu menyatakan sokongan mereka kepada keadilan yang diperjuangankan?Begitu juga penyokong PAS, apa makna berada dalam PR yang keadilan yang sama sama dituntut tidak disokong?Dr. Hassan nampaknya mahu mengalih arah perjuangan PAS, dan sikap ini sudah terlalu jauh.

Perhimpunan 901 penting buat perubahan kepada negara yang dilanda kemelut demi kemelut kerana kerakusan dan kezaliman UMNO dan mustahil Dr.Hassan tidak mengetahuinya! Nampaknya Dr.Hassan yang kena fikir sedalam dalamnya tentang matlamat sebenar perjuangannya sekarang kerana masa semakin suntuk buat PR/PAS untuk melayan karenah pemimpin seperti ini.

Dr.Hassan, you are to much!

Kenyataan Media....!!


5 Januari 2012 : Hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak rakyat yang sejajar dengan semangat keperlembagaan. Ianya merupakan antara teras kepada amalan sesebuah negara demokratik. Justeru sebarang usaha atau tindakan yang menggasir hak untuk berhimpun secara aman dan hak menyatakan pendirian politik (political expression) rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan asas pembentukan negara Malaysia yang demokratik, bebas dan merdeka. Pencabulan ke atas hak ini dianggap sebagai mengkhianati asas penubuhan negara Malaysia yang merdeka.

Oleh itu saya menyambut baik kenyataan YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang memperlihatkan kesediaan pihak polis untuk berbincang dengan KEADILAN dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman 901 untuk membantah rekayasa politik ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim. KEADILAN menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan pihak polis demi memastikan perhimpunan aman ini berjaya diteruskan dengan aman dan teratur.

KEADILAN tegas menyeru semua anggota parti dan penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran untuk berhimpun secara aman dan menyatakan sokongan terhadap reformasi demi rakyat dan negara Malaysia yang tercinta.

KEADILAN turut menggesa pihak polis untuk memelihara keselamatan awam termasuk para demonstran dan rakyat keseluruhannya yang berhimpun di Kuala Lumpur. Kita berharap insiden keganasan seumpama tragedi UPSI dan BERSIH tidak akan berulang. Ini adalah peluang terbaik Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk memulihkan imej polis yang sekian lama tercalar dan mengembalikan keyakinan awam terhadap institusi polis selaras dengan janji Perdana Menteri untuk melaksanakan transformasi politik di dalam pentadbirannya.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden KEADILAN