Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 15, 2012

PTPTN Yang Zalim Lagi Kejam...!!

Ini adalah sebab utama peminjam PTPTN mendesak kos pentadbiran PTPTN dihapuskan. Kos pentadbiran yang dikenakan amatlah membebankan.

Inilah bukti PTPTN telah menzalimi para peminjam.


Diharapkan rakyat Malaysia akan terus memberi sokongan ke atas memorandum yang telah disampaikan kepada Datuk Seri Najib dengan menekan LIKE pada posting di bawah.

http://www.facebook.com/najibrazak/posts/10150597109265952"

Lu Lawan Cakap Gua.......Lu Mati Loooo.....!!


Pegawai kanan Felda ditugas 'gunting akhbar' di JPM - MK

Setiausaha Koperasi Permodalan Felda (KPF) Abidin Abdul Rahman dilaporkan telah ‘disingkirkan’ ke Jabatan Perdana Menteri kerana didakwa membantah pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi koperasi itu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Abidin yang juga adalah Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) Felda, kata Mahfuz , hanya diberikan tugas menggunting keratan akhbar untuk perpustakaan di jabatan itu sejak 1 Mac lalu.

Menurut beliau, Abidin terpaksa menanggung akibatnya apabila menyuarakan kebimbangan ahli pada Disember lalu berhubung cadangan melantik Isa, yang merupakan pengerusi Felda untuk memimpin KPF. Langkah itu dianggap melanggar peraturan koperasi.

Mahfuz berkata Abidin memaklumkan bahawa beliau hanya akan menerima pelantikan Isa sebagai pengerusi KPF jika bekas menteri besar Negeri Sembilan itu adalah seorang ahli koperasi.

"Dan untuk menjadi ahli, Isa (kanan) mestilah sama ada seorang peneroka Felda atau kakitangan operasinya," kata Mahfuz kepada Malaysiakini semalam.

Mahfuz juga mendakwa bahawa pada asalnya lembaga pengarah Felda mencadangkan supaya Abidin dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi oleh kerana Felda adalah sebuah badan berkanun manakala JPA adalah entiti kerajaan, maka, ia tidak menjadi kenyataan.

Beliau ke Jabatan Perdana Menteri, kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

"Ini tindakan memalukan (oleh kerajaan) untuk mengaibkan pegawai kerajaan," kata Mahfuz.

Sebelum ini, Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab (kiri) pula terpaksa mengambil cuti belajar selama sembilan bulan kerana membantah pelantikan Isa.

Adalah difahamkan juga kedua-dua pegawai kanan Felda itu juga membantah cadangan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Kenyataan Media AIC Berhubung ‘Perletakkan Jawatan’ Datuk Seri Shahrizat Jalil


Anwar Ibrahim Club (AIC) hari ini ingin memberi respon terhadap polemik perletakkan jawatan oleh Senator Datuk Seri Shahrizat Jalil, sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuatkuasa 8 April 2012 seperti yang diumumkan hampir semua media cetak dan elektronik serta portal-portal media.

AIC percaya semua ini adalah polemik semata-mata kerana sebenarnya tarikh 8 April 2012 itu adalah tarikh akhir penggal bagi jawatan Senator yang dilantik oleh Dewan Negara, yang sekaligus memberi ruang kepada Senator Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk menjawat jawatan Menteri penuh berikutan kekalahan beliau pada Pilihanraya Umum ke 12

AIC membidas laporan-laporan akhbar pro kerajaan yang menjadikan tempoh tamat tugas Senator ini sebagai satu ‘pengorbanan’ oleh Shahrizat Jalil, sedangkan isu sebenar penyelewengan wang rakyat untuk Projek Fitlot Kebangsaan bernilai RM 250 juta tidak pula dihebahkan. Malah penafian Shahrizat bahawa ‘perletakkan jawatan’ ini bukan kerana kaitan NFC adalah sama sekali lemah kerana sebagai seorang isteri dan ibu kepada ahli lembaga pengarah NFC, amatlah mustahil beliau tidak mengetahui segala bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh NFC terhadap wang rakyat itu.

AIC ingin mempersoalkan jika benar Shahrizat tidak tahu hal keluarga sendiri, maka atas kriteria apakah pemilihan beliau sebagai Menteri yang dilakukan oleh Perdana Menteri. Maka ini meyakinkan kita bahawa bukan sahaja penyelewengan wang rakyat berlaku, tetapi kerajaan berniat juga membodoh-bodohkan pemikiran dan menghina rakyat dengan cubaan mengelirukan fakta sebenar.

AIC mendesak pendakwaan segera dilakukan terhadap keluarga Menteri terbabit dan bukan setakat mengkambing hitamkan sesetengah pihak dalam NFC. Sebagai sebuah pertubuhan anak muda, AIC tidak mahu terus menerus sistem perundangan diperolok-olokkan hanya demi menjaga kelangsungan sebuah parti tua seperti Umno BN yang jelas telah mengkhianati amanah rakyat.

AIC percaya seluruh rakyat terutama anak muda telah bersedia untuk menghukum kerajaan yang jelas mengamalkan korupsi dan penyelewengan. Anak-anak muda memerhatikan isu dan polemik ini dengan penuh rapat dan minat. Sebarang usaha memperbodoh-bodohkan pemikiran anak muda pasti akan mendapat balasan setimpal dan negara telah bersedia untuk menggantikan rejim korup dengan sebuah negara yang lebih adil dan bersih.

Justeru, isu ‘perletakkan jawatan’ ini tidaklah seharusnya menjadi peristiwa besar mahupun menjadi medan mengenang ‘jasa’ Umno BN, tetapi tindakan lanjut perundangan untuk menghukum semua pesalah penyelewengan ini adalah lebih dinanti-nantikan sejajar dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang beria-ia ingin melaksanakan transformasi, iaitu istilah bagi sesuatu yang cuma bersalin kulit diluar, isi dalamnya tetap sama.

Generasi Penggerak Zaman

SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Presiden
Anwar Ibrahim Club Malaysia