Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 15, 2011

Gerhana Bulan Paling Gelap Khamis ini 16 Jun 2011...!!


"Fenomena gerhana bulan penuh dijangka berlaku Khamis ini iaitu gerhana paling gelap dalam tempoh 11 tahun apabila bulan melintasi umbra. Ini akan berlaku bermula jam 1.24 pagi untuk selama 100 minit dan menjadi gelap sepenuhnya pada jam 3.22 pagi.

Ketua Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr Kassim Bahali, berkata apa yang lebih menarik ialah fenomena itu berlaku sebanyak dua kali tahun ini, sekali lagi pada Disember nanti selepas kali terakhir berlaku pada 16 Julai 2000.
Katanya, gerhana penuh bulan yang cuma berlaku ketika fasa purnama ini juga boleh dilihat di benua Afrika, Eropah, sebahagian besar Asia dan Australia.

"Gerhana ini dikatakan paling gelap pernah berlaku kerana biasanya walaupun gerhana penuh, kita masih boleh melihat sedikit cahaya pada permukaan bulan. Keadaan ini disebabkan ketika fasa gerhana penuh itu, bulan melintasi bayang paling gelap bumi iaitu umbra. Permulaan gerhana penuh kali ini boleh dilihat penduduk di selatan Chile, timur Argentina dan timur Brazil.

"Di Malaysia, gerhana dapat dilihat ketika bulan terbit di langit timur pada awal pagi. Penghujung gerhana penuh dapat dilihat penduduk Thailand, Kemboja, Vietnam dan barat Australia. Bahagian barat Eropah pula akan melihat bulan terbit yang mengalami gerhana penuh. Mereka melihat bulan gelap terbit di timur yang kebiasaannya terang ketika fasa purnama. Kali ini bulan kelihatan seolah-olah hilang," katanya.

Kejadian gerhana bulan hanya berlaku ketika fasa purnama dan apabila seluruh atau sebahagian bulan memasuki bayang bumi. Cahaya matahari yang jatuh ke atas bumi menyebabkan sebahagian bumi terang (siang) dan sebahagian lagi gelap (malam) serta menyebabkan bayang bumi mengunjur ke angkasa.

Beliau berkata, ada dua bahagian bayang, di bahagian dalam dan luar. Bayang bahagian dalam dinamakan umbra, yang lebih gelap daripada bahagian luar, penumbra.

"Sekiranya bulan purnama, ia memasuki kawasan bayang akan mengakibatkan terjadinya gerhana. Jika seluruh bulan memasuki umbra, gerhana penuh akan berlaku. Jika hanya sebahagian bulan memasuki umbra, gerhana separa yang akan berlaku dan jika bulan hanya memasuki penumbra, gerhana penumbra yang akan terjadi.

"Bagaimanapun gerhana bulan tidak berlaku setiap bulan. Ini disebabkan satah orbit bulan condong sebesar lima darjah berbanding dengan satah orbit bumi. Gerhana hanya berlaku sekiranya bulan melalui satah orbit bumi," katanya.

Pada 15 Jun ini, gerhana penuh terjadi disebabkan seluruh bulan memasuki umbra. Magnitud gerhana kali ini ialah 1.71, yang menunjukkan darjah kegelapan permukaan bulan. Nilai ini menunjukkan gerhana bulan kali ini adalah gelap.

Di Malaysia, fasa gerhana kali ini bermula apabila bulan menyentuh penumbra pada jam 1.24 pagi waktu tempatan, 16 Jun 2011. Ketika fasa gerhana ini bermula, bulan berada di langit barat. Ketika berada dalam bayang penumbra, cahaya bulan mula berkurangan tetapi sukar dikesan dengan mata kasar.

"Fasa penuh bermula apabila bulan mula menyentuh umbra pada jam 3.22 pagi. Bulan mula kelihatan gelap secara perlahan-lahan sehingga ia menjadi gelap sepenuhnya jam 03.22 pagi dan di tengah-tengah fasa penuh pada jam 04.13. Tempoh bulan mengalami fasa gelap sepenuhnya selama 100 minit.

"Bulan mula meninggalkan bayang umbra dan memasuki penumbra secara perlahan-lahan pada jam 5.02 pagi. Ia mula kelihatan bercahaya sedikit demi sedikit sehingga penuh sejam kemudian dan kembali normal pada 07:02 pagi. Gerhana bulan boleh dilihat dengan mata kasar tanpa perlu menggunakan penapis," katanya.

Ini Baru Kedai...Kalau Kilang....Lu Fikirlah Sendiri....!!


RADIOAKTIFZ: SYARIKAT PENGELUAR FARMASEUTIKAL DISITA - tiewnama

KUALA LUMPUR 14 Jun — Operasi sebuah syarikat pengeluar radio farmaseutikal di Selangor diberhentikan dan premisnya disita oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) untuk siasatan lanjut berikutan empat pekerjanya dikesan dicemari bahan radioaktif.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Maximus Johnity Ongkili berkata, pencemaran radioaktif dikesan AELB melalui Sistem Pemonitoran Sinaran Portal (RPM) pada 11.30 pagi pada 2 Jun lepas ketika keempat-empat pekerja tersebut datang ke AELB untuk berurusan dengan Bahagian Perlesenan.

"Bacaan cemaran pada seorang pekerja adalah melebihi 400 kali bacaan normal atau bacaan latar belakang (0.5 micro Sievert/jam adalah bacaan normal),” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Katanya, empat pekerja tersebut telah melalui proses nyah-cemaran di mana tiga daripada mereka telah dinyah-cemaran di Pusat Kecemasan Radiologikal Kebangsaan di ibu pejabat AELB di Dengkil.

Seorang lagi pekerja yang terlibat secara langsung dalam tumpahan radio farmaseutikal telah dinyah-cemaran di Agensi Nuklear Malaysia, memandangkan terdapat kemudahan menakung air sisa radioaktif bagi memastikan sisa air takungan adalah selamat sebelum dibuang ke sistem perparitan biasa.

Katanya pada hari yang sama, pasukan dari AELB juga membuat pemonitoran di premis syarikat tersebut dan mendapati bacaan cemaran melebihi 100 kali bacaan normal.
"Kawasan yang tercemar telah disawar bagi memastikan pencemaran tidak merebak atau dibawa keluar,” katanya.

Berikutan itu, syarikat berkenaan juga diarah untuk meneliti semula prosedur kerja serta mengemukakan tindakan pembaikan yang perlu diambil bagi mengelakkan kejadian berulang. — TIEWNAMA

NOTA:

ini pengajaran untuk seluruh warga
ini ingatan kepada seluruh warga
ini ingatan kepda seluruh warga tentng bahaya radioaktif

lihat bagaimana radioaktif keluar mengancam umut
lihat bagimana radiosktif membawa malapetaka

warga gebeng jangan lupa 9 julai ini
bawa kemarahan anda ke jalan raya

bayangkan kalau malaysia ada loji nuklaer
pasti sudah lama kita semua ngelembonghangus
kah kah kah

Duit Rakyat Di Rembat Lagi....!!


RM1.8 JUTA RINGGIT UNTUK LAMAN FACEBOOK - MK

Kementerian Pelancongan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya.

Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.

“Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” soalnya semasa sesi soalan.

Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga.

Nota:

perhatikanlah....
sekarang ini BN akan merembat apa saje
ini kerana mereka tahu kerana 9 julai ini rakyat akan turun
bila rakyat turun ke jalan raya barulah kerja merembat harta rakyat ini berhenti

selagi gerombolan berkuasa...selagi itulah
harta orang ramai di sebat

Zaman Berpadu-Padu Dah Tamat.....!!


PAS TIDAK AKAN BEKERJASAMA DENGAN UMNO : MAT SABU – tiewnama

ALOR SETAR: PAS tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan UMNO walaupun atas nama perpaduan Melayu kerana serik dengan permainan parti itu, kata Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu.

"Kita tidak mahu kejadian 1969 berulang kerana bertanding atas tiket Barisan Nasional dan mereka berjaya, kita ditendang keluar menjelang pilihan raya umum selepas itu.

"Pemimpin UMNO sekarang cuba berbaik dengan PAS...bila dihulur tangan, ku tampar tangan mereka," katanya semasa menyampaikan ceramah di Kompleks Pas Kedah di sini malam tadi.

Mohamad turut melancarkan kempen perhimpunan BERSIH 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil BERSIH 2.0) peringkat negeri Kedah.

Mengenai BERSIH 2.0 beliau berkata PAS akan menggerakkan seramai mungkin ahlinya menyertai perhimpunan itu bersama penganjur dan badan bukan kerajaan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

"Saya mahukan perhimpunan ini bersih...kita tidak akan menimbulkan kekacauan atau menyebabkan kerosakan harta benda awam," katanya. - TIEWNAMA
----------------------------------------------------------
woit… TAK FAHAM FAHAM….

woit…PEKAK KE ?..... ATAU TULI?....

ksh kah kah….BANGANG ATAU BEBAL…

kah kah kah…INI ZAMAN ABANG MAT BUKAN ZAMAN MAT NASA…

woit… ZAMAN BERPADU PADU DAH ABIS…

kah kah kah… AIMAN TAK KISAH....SEKARANG ZAMAN KE JALAN RAYA TELAH BERMULA….

Gila Perkasa Makin Kuat.....!!


TUNGGU 9 JULAI TENGOK SIAPA KUAT, PERKASA CABAR BERSIH 2.0 – MI

Sambil mendakwa mempunyai sokongan 36 pertubuhan bukan kerajaan, Perkasa mengajak penganjur Himpunan Bersih 2.0 melihat sendiri siapa yang dapat menghimpunkan sokongan terbanyak pada 9 Julai ini.

Himpunan Bersih 2.0 menyasarkan penyertaan 300,000 peserta di ibu negara awal bulan depan untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Pertubuhan pembela Melayu itu berkata, pihaknya tiada pilihan kecuali untuk turun di jalan bagi berhadapan dengan Bersih 2.0 kerana “jika kita tidak lakukan, maka dunia akan menganggap bahawa mereka (Bersih 2.0) ada sokongan semua rakyat Malaysia.”

“Tunggu sehingga 9 Julai, kita akan lihat siapa ada sokongan terbanyak,” kata Ibrahim Ali (gambar) selepas perbincangan meja bulat dengan wakil pelbagai pertubuhan bukan kerajaan malam tadi.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, mereka bukannya mahu mencetuskan huru-hara sebagaimana didakwa oleh pengkritik tetapi mahu menunjukkan pihaknya juga rakyat negara ini.

Nota:

Ya Ampooon....
Ya datuuukkk....
abang mat sabu
dan puan ambiga
tooolooong laaaaa
kah kah kah

Kenyataan Rasmi...


PENIAGA KUALA LUMPUR UNTUNG BESAR SEMASA HIMPUNAN BERSIH 2

Ketua Penerangan UMNO Malaysia Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa Himpunan Bersih 2 akan menyusahkan rakyat, penjaja, peniaga dan pemandu teksi. Beliau menyifatkan himpunan ini adalah ancaman kepada ekonomi negara khususnya industri pelancongan dan pelaburan asing.

Perkara pertama yang wajib difahami oleh Ahmad Maslan adalah himpunan aman tanpa senjata adalah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Malaysia. Ini bermakna bahawa himpunan tanpa senjata adalah halal di sisi undang-undang negara. Semua warganegara Malaysia mempunyai hak yang sama untuk hadir dalam himpunan aman.

Peserta himpunan yang bakal hadir adalah seramai 300 ribu orang. Mereka datang daripada seluruh negara dengan membawa duit perbelanjaan masing-masing, sekurang-kurangnya RM100 seorang. Dalam masa 3 jam sahaja aliran tunai paling minima di kalangan peserta himpunan Bersih 2 adalah RM30 juta.

Mereka akan berbelanja seperti membeli makanan, minuman, pakaian dan lain-lain. Bukan semua mereka berkenderaan ke Kuala Lumpur. Sebahagian besar mereka menaiki kenderaan awam. Oleh itu perkhidmatan bas, teksi, LRT dan lain-lain akan mendapat pulangan yang berganda. Kenyataan yang menyatakan bahawa penjaja, peniaga dan pemandu teksi akan mengalami kerugian adalah hujah yang paling dangkal di abad ini.

Walaubagaimana pun semua pihak hendaklah saling hormat menghormati antara satu sama lain. Pihak kerajaan, Polis, Jawatankuasa Bersih 2, PERKASA, PERKIDA, parti-parti politik dan lain-lain pihak harus menghormati kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan. Sebagai contoh mengapa tidak pihak polis membuat reformasi dalam menguruskan peserta himpunan dengan meletakkan anggota polis di sepanjang jalan dari Jalan Chow Kit ke Istana Negara di mana Ketua Polis Negara memandu Pengerusi Bersih Datuk Ambiga ke Istana Negara. Di laluan yang lain pula Timbalan Ketua Polis Negara pula mengiringi Datuk Ibrahim Ali menuju ke Istana Negara.

Saya penuh yakin masyarakat negara ini khususnya anak muda sudah jauh terbuka minda mereka terhadap himpunan aman. Masyarakat sudah boleh menerima bahawa himpunan aman adalah suatu keperluan kepada negara demokrasi seperti Malaysia. Pelancong-pelancong yang hadir akan berpuas hati dengan keharmonian yang berlaku.

Seperti mereka melihat sambutan Maulidur Rasul S.A.W dan Thaipusam di Batu Caves. Pihak polis bekerjasama dengan penganjur bagi menjayakan aktiviti tersebut. Jika pihak polis bersedia membuat reformasi dalam menguruskan himpunan aman ini maka insya Allah tiada kekacauan akan berlaku dan pihak polis akan dihormati oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa.

Suhaizan Bin Kayat
Ketua Pemuda PAS
Negeri Johor
+6019-7285174