Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Dec 16, 2010

Kemunculan Artis Baru "KITA KAMI KAZEE" Memeriahkan Lagi Industri Politik Tanahair...!!


AKIM TUKAR NAMA KITA, ZAID PRESIDEN BARU

Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), yang mengadakan mesyuarat tahunan pertama di luar Kelantan hari ini, dan turut dihadiri Zaid Ibrahim, akan dikenali sebagai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

JEFFERY KATINGAN KELUAR PARTI PKR KHAMIS INI BUAT PARTI BARU

Bekas naib presiden PKR Datuk Jeffrey Kitingan dijangka keluar dari parti itu pada Khamis ini, menurut beberapa sumber hari ini.

Satu sidang media khas telah diatur pada hari berkenaan bagi Jeffrey membuat pengumuman 'amat penting', kata mereka.

Mereka berkata Jeffrey, yang juga bekas wakil rakyat Bingkor dan adik kepada presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Joseph Pairin Kitingan, mungkin juga mengumumkan penubuhan sebuah pergerakan bagi meneruskan karier politiknya dengan menjangka pilihan raya umum mengejut tahun depan.

PARTI BARISAN RAKYAT SABAH – PARTI POLITIK TERBARU SABAH - mkini

Sebuah parti politik baru, Parti Barisan Rakyat Sabah (SPF), telah ditubuhkan di Kota Kinabalu.

Presidennya Berman Angkap yang mengadakan sidang akhbar sebaik tiba dari Kuala Lumpur dengan menyatakan pendirian partinya sebagai parti pembangkang tetapi berkata mereka tidak mempunyai perancangan lagi untuk bekerjasama dengan parti-parti pembangkang di negeri ini.
---------------------------------------------------------
Kah...Kah...ZAID BUAT PARTI KITA.....

Kah..Kah...JEFFERY BUAT PARTI KAMI….

Kah...Kah...BERMAN ANGKAP BUAT PARTI KADAZAN EMAS ATAU KAZE...

Kah...Kah...KETIGA TIGA PARTI INI PATUT BERGABUNG..BUAT SATU KUMPULAN MACAM BAND INDI...

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....BUAT GROUP DAN PAKAILAH NAMA "KITA KAMI KAZEE"...KAH...KAH...KAH....

Alang Celup Perkasam..Biar Sampai Ke Pangkal Lengan...!!

DEWAN RAKYAT : KECOH DIDALAM – TEGANG DI LUAR - MK

Dewan Rakyat hari ini terus kecoh sebelum usul bagi menggantung empat ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diluluskan.

Nota:

Kalau lah pilihanraya di Malaysia boleh mengubah apa–apa
telah lama ianya di haramkan....

Dengan sekelip mata..BN ada majoriti 2/3
Dengan sekelip mata BN akan ubah kawasan pilihanraya
Bukan hanya sekelip tap dah banyak kelip...rakyat malaysia terus di tipu oleh UMNO/BN....
Kah..Kah...Kah...!!!

ANAK Akan Ajar BAPAK Yang Kurang Ajar...!!

PERTANYAAN UNTUK NAJIB RAZAK DARI WARGA FELDA
oleh: Mazlan Bin Aliman, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan ( ANAK)

Perdana Menteri, Najib Razak menyifatkan pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa kerana sanggup menghina institusi itu yang telah banyak berjasa kepada rakyat.

Ketika berucap pada majlis perasmian penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda(Iktiraf) 2010 di Putrajaya semalam; beliau mendakwa saham milik Felda yang tersenarai di Bursa Malaysia berjumlah RM4.3 bilion dan ianya selamat dalam simpanan.

Tiada siapa pun menafikan penubuhan Felda pada 1 Julai 1956 oleh Abd Razak Hussein adalah langkah bijak menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan khususnya untuk Orang Melayu. Agensi Pembangunan Tanah yang mempunyai keluasan 905,448 hektar dengan penyertaan 112,635 orang peneroka telah meletakkan Felda peneraju tanah terbesar dunia.

Persoalan yang timbul, adakah matlamat penubuhan Felda telah tercapai dalam ertikata yang sebenarnya terhadap 2 juta warganya? Adakah para peneroka selaku pemilik atas 10 ekar tanah mereka mendapat pulangan setimpal dengan keringat yang telah dicurahkan selama ini?

Adakah 1.2 juta generasi kedua dan ketiga Felda mendapat tempat terpenting sebagai pewaris yang menentukan halatuju Felda ketika ini dan masa hadapan?

Di bawah ini saya lontarkan beberapa persoalan yang mesti di jawab Najib dan pemimpin Umno sebelum membuat tuduhan melulu golongan yang tidak sealiran dianggap pengkhianat bangsa.

1.1 Kenapa kebebasan tidak diberi kepada para peneroka untuk mengusahakan sendiri kebun mereka selepas hutang piutang diselesaikan? Apa maknanya Hakmilik yang diperolehi; tapi Felda yang tentukan segala-galanya? Peneroka diugut, diancam penyingkiran dan dikenakan pelbagai tekanan semata-mata menyahut seruan Razak untuk menjadi masyarakat peneroka yang berdikari.

1.2 Kenapa Wang Tanam Semula berjumlah RM17,000 atau RM1,700 seekar yang dicarum peneroka 20 tahun lamanya tidak diserahkan kepada peneroka hanya kerana mereka tidak mahu mengikut telunjuk Felda dan menanam semula sawit secarapersendirian?

Adakah wajar 10 orang peneroka Sg Koyan di Pahang turun naik mahkamah menuntut wang tanam semula milik mereka sendiri dan menunggu hampir 10 tahun keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan?

Bahkan untuk pengetahuan, dari tarikh keputusan Mahkamah pada 29 Oktober 2010; hingga hari ini wang tersebut belum pun diserahkan pada peneroka terbabit!

Bukan sahaja peneroka Sg Koyan; masih terdapat hampir sepuluh ribu peneroka dinafikan Wang Tanam Semula yang merupakan hak mereka.

1.3 Kenapa peneroka getah yang menanam secara persendirian dinafikan untuk mendapat insentif Tanam Semula di bawah Risda walhal setiap kg getah dipotong untuk tabungan ses yang dikenakan kerajaan berasaskan Seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang bagi perusahaan getah(penanaman semula) 1952? Kemana perginya insentif tanam semula berjumlah RM7,000 sehektar (getah ke getah) dan RM6,000 sehektar(getah ke sawit) milik peneroka?

1.4 Kenapa program Tanam Semula anjuran Techno Plant Sdn Bhd; anak syarikat Felda bermasalah di kebanyakkan Tanah Rancangan Felda? Gambaran kononnya Tanam Semula kelolaan Techno Plant di urus secara professional, menjimatkan kos, sistematik dan berkualiti bertentangan dengan hakikat sebenarnya. Lihatlah apa yang berlaku di Gugusan Ciku, Gua Musang, Nitar 2, Mersing, Aping Timur Kota Tinggi dan berpuluh-puluh Felda lain bagaimana kegagalan Tanam Semula selenggaraan Felda. Adakah kecuaian dan kegagalan kosnya ditanggung Felda?

1.5 Kenapa kos Tanam Semula di bawah Felda begitu mahal jika dibandingkan dengan Sime Darby, IOI dan ladang swasta lain?

Adakah Najib tahu bahwa Kos Pembangunan Tanam Semula yang terpaksa ditanggung peneroka ada yang mencecah RM100,000? Adakah kita tahu setiap hutang tanam semula peneroka dikenakan riba’ 6.25%? Apakah hukumnya riba’ itu?

1.6 Kenapa Felda tidak melakukan muhasabah ketika Mahkamah mengesahkan wujud penipuan atas Kadar Perahan Gred(KPG) yang hanya diterima sekitar 18-19% peneroka kelapa sawit di 70 kilang Felda? Kenapa Felda tidak mematuhi Manual Pengredan Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB)dan Analisis makmal Felda di Sg Tekam yang meletakkan standard kualiti KPG sekitar 21-25%? Kenapa Buah Tandan Segar(BTS) yang reject tidak dikembalikan kepada peneroka? Kemana perginya BTS tersebut?

1.7 Kenapa peneroka Felda Cahaya Baru, Masai di Johor tidak mendapat baki pampasan sejumlah RM1 juta walaupun menunggu 17 tahun lamanya? Kemana pergi tanah mereka ketika ini dan siapa yang kaveat? Siapa yang menipu mereka?

Mana pergi Muhyidin Yasin yang menjadi Menteri Besar Johor ketika itu? Apa yang dilakukan Menteri Besar sekarang?

1.8 Kenapa peneroka Felda Sg Buaya, Hulu Selangor di Selangor tidak mendapat baki pampasan berjumah RM850,000 walaupun menunggu 16 tahun lamanya?

Ke mana pergi tanah mereka ketika ini dan siapa yang kaveat? Mana pergi Muhamad Mohd Taib yang menjadi Menteri Besar Selangor ketika itu?

Apa yang dilakukan Tan Sri Rozali Ismail selaku Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda(GWGF) walhal beliau terlibat ketika di peringkat awal Pembangunan Felda Sg Buaya?

1.9 Kenapa gejala sosial sangat tinggi di penempatan Felda? Benarkah dakwaan Datuk Ahmad Maslan jumlah penagih dadah di Felda hanya sekitar 2,000 orang? Sejauh mana aktiviti pembangunan insan golongan belia di jalankan dan tahap keberkesanannya?

Kenapa ditamatkan jawatan Penyelia Pembangunan Agama di Felda sedangkan peranannya sebagai penyelaras kegiataan bercorak keagamaan sangat berkesan suatu ketika dahulu?

2.0 Kenapa pembukaan Tanah Rancangan Felda yang memberi manfaat kepada rakyat ditukar kepada Plantation mulai tahun 1990? Adakah Najib sedar bahawa wujudnya plantation telah mengkhianati matlamat asal penubuhan Felda untuk memberi tanah kepada rakyat?

Adakah kita maklum Felda Plantation berkeluasan 367,710 hektar itu sendiri bercanggah dengan Akta GSA 1960 yang dibentang Tun Abd Razak di Parlimen pada 27 April 1960?

Kenapa ditolak desakan agar Felda Plantation dimansuhkan dan dijadikan penempatan anak peneroka yang susah dan boleh memberi manfaat kepada 79,000 anak peneroka? Siapakah sebenarnya mengaut keuntungan atas Felda Plantation?

Apa yang dipaparkan baru sebahagian kecil persoalan yang berbangkit di Tanah Rancangan Felda. Terlalu banyak jika mahu disenaraikan.

Jangan cuba untuk mengalih perhatian rakyat kononnya mereka yang membela rakyat manakala yang menentang arus dituduh pengkhianat. Mungkin mereka boleh memperdaya golongan peneroka yang jahil; tapi bukan semua. Majoriti generasi muda Felda berpelajaran lebih tahu siapa petualang dan pengkhianat bangsa.

Siapa yang kaya raya, siapa yang dapat projek jutaan ringgit, siapa yang dapat komisyen dari kroni dan siapa yang menjadi mata dan telinga kerajaan dengan memperdaya warga Felda selama ini?

Saya dan rakan-rakan yang berjuang untuk kepentingan warga Felda tidak pernah gentar dan takut seperti dakwaan Perdana Menteri. Siapa yang sebenarnya takut?

Kenapa cabaran debat saya kepada Datuk Ahmad Maslan ditolak? Kalau memang Datuk Ahmad Maslan ‘jantan’; saya mengulangi cabaran debat dan bersedia bila-bila masa. Hatta berdebat di Dewan Felda pun saya sedia!

Di Telan Mati Najib..Di Luah Lagi La Mati Najib....!!

Serba salah. Kita tengoklah siapa yang mati politiknya. Pilihanraya dah dekat. Tengoklah jengkal siapa yang panjang. Bagi pemimpin UMNO mereka kekadang terlupa dengan kesempatan pendedahan wikileaks yang kontreversi sekarang. Berebut-rebut untuk memanipulasikan berita tersebut bagi menyerang PR.

Tetapi bak meludah ke langit… apabila diserangnya Anwar Ibrahim tentang isu liwat yang dikatakan pimpinan Singapura termasuk bekas PM Lee Kuan Yew serta perisik mereka mempercayai kes liwat Anwar Ibrahim benar-benar berlaku. Dr Mahathir pun tumpang sekaki.

Mereka terlupa pulak bahawa maklumat wikileaks juga menyebut banyak lagi isu pimpinan Umno. Sekitar 1,000 kabel maklumat berkaitan dengan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai Putrajaya. Khususnya berkait komentar pimpinan singapura terhadap Malaysia. Antaranya dikatakan perangkap dipasang bagi insiden Liwat 2. Pimpinan Umno juga dikatakan sebagai pimpinan bodoh yang memerintah Malaysia.

Paling teruk adalah Najib yang dikaitkan dengan pembunuhan Althantunya yang menyebabkan beliau terpaksa mempertahankan Putrajaya dari dirampas pembangkang bagi mengelakkan beliau didakwa kes pembunuhan Althantunya. Apa ke bahana hantu Althantunya ini yang masih mengekori Najib sehingga kini. Tidak ketinggalan Mahathir yang dikatakan pelempar batu kepada Pak lah dan Khairy, Ketua Pemuda Umno sebagai penumpang jasa bapak mertua.

Sebab itu apabila rakyat didedahkan dengan lapuran Wikileaks tersebut, akibatnya ianya backfire buat Umno-BN. Najib diam membisu. Khairy Jamaludin terpaku. Mahathir terkedu. Umno-BN makin celaru. Ini yang menyebabkan Menteri Luar diarah Datuk Seri Anifah Aman memanggil diplomat Singapura untuk Malaysia, T Jasudasen untuk member penjelasan dan menyerahkan surat protes resmi dan rasa tidak senang Malaysia atas komentar yang dibuat oleh Singapura mengenai kepemimpinan Malaysia dan situasi di negara itu.

Mereka ingin rakyat menolak semua apa yang dilapurkan oleh wikileaks kecuali kes liwat Anwar. Anwar pula turun padang menjelajah Malaysia dan membacakan lapuran baki Wikileaks yang disembunyikan media. Nampaknya modal kempen Umno dah jadi racun.

Kasihan Umno-BN serta pengampu dan penjilat mereka termasuk media dan para bloggers pencacai. Macam ikan ditabur umpan… berebut sakan. Rupanya baham mata-kail. Macam ayam berebut.. ingat makanan rupanya baham tahik.
Bagi PR dilontar tohmahan bermacam. Tetapi macam “tahi Itik”. Mulanya Nampak buruk.. rupanya kuih yang enak. Kasihan Umno-BN. Nayenya Najib. Bermadahlah Najib di Alor gajah untuk meyakinkan pelabur bahawa Malaysia ditadbir oleh ahli politik yang bukan sahaja cekap tetapi sangat, sangat cekap
'Pentadbiran kita cekap'

ALOR GAJAH: 2010/12/16. Datuk Seri Najib Razak menegaskan Malaysia bukan sebuah negara yang ditadbir oleh ahli politik yang tidak cekap, sebaliknya pemimpin negara ini adalah daripada parti pemerintah yang berwibawa.
Penegasan itu dibuat Perdana Menteri dalam ucapannya pada perasmian kilang AUO Sunpower Corporation Sdn Bhd di kawasan perindustrian Rembia di sini, semalam, beberapa hari selepas laman web antarabangsa, WikiLeaks mendedahkan kenyataan diplomat Singapura terhadap pemimpin Malaysia yang didakwa tidak cekap.
“Saya ingin memberi jaminan kepada anda di sini (pelabur luar), Malaysia bukanlah sebuah negara yang ditadbir ahli politik yang tidak cekap, sebaliknya ditadbir oleh ahli politik yang sangat, sangat cekap,” katanya.


Nota :

Yang sebetulnya bukan lah cekap tetapi ‘cekup’...
Malaysia di tadbir oleh ahli politik yang sangat bijak "cekup"....
Lantaran itulah yang menyebabkan Malaysia kini jauh ketinggalan daripada Asean dari segi kemasukkan FDInya bahkan dipintas oleh Filipina....
Jauh sekali jika di bandingkan dengan Singapura....
Malaysia dilihat cekap dalam hal rasuah dan bagaimana nak meniriskan dana Negara.... Tapi kita harus ingat...Wikileaks sebenarnya bukanlah wahyu....
Kah...Kah...Kah...

Berita Yang Paling Tak Pelik Bila Di Baca...


SPRM tutup kes TG Nik Aziz dan menantu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup dua kes berprofil tinggi melibatkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.

Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil berkata, kedua-dua kes itu berhubung dakwaan yang Nik Abdul Aziz menerima wang tajaan RM65,000untuk mengerjakan haji dan pelantikan Abdul Ariffahmi sebagai CEO PMBK.

Menurutnya, pejabat Peguam Negara (AG) telah meneliti laporan siasatan yang dijalankan SPRM dan berpendapat bahawa pelantikan Abdul Ariffahmi sebagai CEO PMBK (ditukar dari ketua pegawai operasi kepada CEO) lebih kepada pertukaran nama jawatan.

Jelasnya, berdasarkan enakmen PMBK, menteri besar mempunyai kuasa penuh untuk melantik pegawai dan kakitangannya.

"SPRM juga meneliti laporan siasatan terhadap Nik Abdul Aziz yang dikatakan menerima suapan berupa pakej mengerjakan haji pada 2009 bernilai RM65,000 daripada pemilik sebuah syarikat.

"Selepas siasatan dijalankan dan diteliti oleh AG, diputuskan tiada sebarang tuduhan boleh dibuat kerana berdasarkan keterangan yang diperolehi, Nik Abdul Aziz tidak pernah meminta pembiayaan kos mengerjakan haji tersebut.

"Perjalanan untuk mengerjakan haji juga tidak dilaksanakan dan oleh yang demikian, kedua-dua kes berprofil tinggi melibatkan Menteri Besar Kelantan itu dan menantunya ditutup," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau dan beberapa Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM mengadakan mesyuarat di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Jalan Duta di sini.

SPRM pada hujung tahun lalu membuka kertas siasatan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam PMBK membabitkan Abdul Ariffahmi, sementara Nik Abdul Aziz pula disiasat atas pengakuannya bahawa beliau dan keluarga menerima tajaan haji bernilai RM65,000.

Dalam pada itu, Hadenan memberitahu bahawa SPRM turut menutup kes penyelewengan kuasa dan rasuah ke atas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong.

Ka Siong dikatakan gagal mengisytiharkan dirinya sebagai pengarah dan mempunyai pegangan saham dalam sebuah syarikat perunding.

"Hasil siasatan SPRM dan penelitian AG, tiada pendakwaan dibuat kerana Ka Siong telah melepaskan semua jawatannya sebagai pengarah dalam syarikat berkenaan.

"Beliau (Ka Siong) juga telah mengisytiharkan segala hartanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Nota :

Pemimpin di Malaysia yang paling di hormati dan sanjungi dan wajar menjadi ikutan dan contoh teladan pemimpin lain adalah Tuan Guru Nik Aziz...

Terlalu sukar mencari pemimpin seperti Tuan Guru Nik Aziz. Bila teringatkan pada zahid mat arip yang sanggup dan tergamak memaki hamun Tuan Guru Nik Aziz hanya kerana politik dan duit, memang patutlah beliau pernah diludah oleh rakyat di pasar malam.

Alhamdulillah....Manusia merancang...Allah juga merancang...Sebaik-baik perancangan adalan perancangan Allah....TAKBIR...

Ini Ipoh Mali....Kincing Pun Tatak Bunyi..Ooooo...!!

Malaysia seharusnya bekerja dengan lebih keras untuk Industri menjual lendir supaya boleh mengatasi negara jiran Thailand...!!!

BEKAS HAKIM SYARIAH KENA 19 TAHUN – BH

Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Hassan Basri Shapie, 56, dijatuhkan hukuman penjara 19 tahun dan denda RM210,000 atas tujuh tuduhan rasuah. Bagaimanapun, dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana beberapa hukuman berjalan serentak.

Hakim Mahkamah Sesyen, Tan Hooi Leng, berkata pihak pendakwaan melakukan tuduhan secara teliti dan berjaya berhujah hingga kes itu dibuktikan tanpa keraguan munasabah.

“Tertuduh didapati bersalah di atas semua tuduhan. Saya membenarkan hukuman penjara ditangguhkan sehingga keputusan rayuan,” katanya di sini, semalam.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu antara Ogos 2006 hingga September 2007 dan didakwa mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Bagi pertuduhan pertama, Hassan Basri dituduh meminta suapan RM3,000 daripada Mohamad Imran Abdullah di Restoran Wawa, Tambun kira-kira jam 8.15 malam pada 15 Ogos 2007 bagi melepaskan wang ikat jamin untuk lima GRO.

Tuduhan kedua, dia didakwa memperoleh suapan RM3,000 daripada Mohammad Imran di tempat meletak kereta Taman DR Seenivasagam, Ipoh kira-kira jam 3.25 petang pada 6 September 2007.

Untuk pertuduhan ketiga, Hassan Basri didakwa meminta suapan RM20,000 daripada Yoong Hor Kit melalui Mohd Sharif Abdul Ghani di Bangunan Persatuan Menembak Perak, Ipoh kira-kira jam 8.30 malam pada 7 Ogos 2007 untuk mengurangkan hukuman dan memulangkan wang ikat jamin lima GRO.

Tuduhan keempat, dia didakwa menerima RM10,000 dari Hor Kit pada 9 Ogos 2006 kira-kira jam 11 malam di tempat yang sama bagi mengurangkan hukuman dan memulangkan wang ikat jamin lima GRO.

Tuduhan kelima, Hassan didakwa meminta suapan RM1,100 daripada Mohamad Imran kira-kira jam 8.30 malam pada 15 Ogos 2007 bagi mempercepat perbicaraan poligami antara Mohammad Asri Abu Bakar dengan Nor Farihan Hassan.

Untuk tuduhan keenam, dia didakwa menerima RM1,100 dari Mohamad Imran di tepi Hotel Hill City, Ipoh kira-kira jam 6 petang 17 Ogos 2007 bagi kes perkahwinan tanpa melalui prosedur itu.

Bagi tuduhan ketujuh, Hassan Basri didakwa menerima suapan RM1,100 daripada Mohamad Imran kira-kira jam 3.20 petang 6 September 2007 di tempat meletak kereta Taman DR Seenivasagam untuk mengeluarkan surat kebenaran berkahwin kepada Mohd Jefri Afandi Admad dengan Nur Liza Musa.

Nota :

Perhatikanlah bahawa rasuah memang tidak mengira agama dan akidah...
Inilah yang di katakan kuasa lendir dan ringgit....
walaupun hakim syare'i...tapi sayangnya berjiwa ketuanan melayu....
Sebab itu Hakim mahkamah tinggi syariah pun akan jadi hantu lendir
Kah...Kah...Kah...!!

Ketuanan Melayu Akan Buat Solat Hajat Mintak Allah Hancurkan Singapura....!!

Lee lebih yakin dengan pemimpin Islam banding Ketuanan Melayu yang rata-rata adalah penipu...!!!

PENDEDAHAN WIKILEAKS : MALAYSIA SECARA RASMI SERAH SURAT PROTES KEPADA SINGAPURA -Mstar

Malaysia secara rasminya telah menghantar surat protes kepada Singapura untuk menyatakan pendirian dan rasa tidak puas hati negara ini atas komentar yang dikeluarkan oleh para diplomat kanan republik itu ke atas negara ini sebagaimana yang didedahkan oleh laman web WikiLeaks.

Menteri Luar, Anifah Aman ketika mengumumkan demikian berkata, Wisma Putra telah memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia, T. Jasudasen mengadap pada Selasa, untuk diserahkan surat protes berkenaan.

Menurut Anifah, walaupun Wisma Putra tidak mengharapkan negara jirannya itu menyatakan permohonan maaf, tetapi kerajaan mahu merakamkan secara rasmi rasa tidak senangnya dengan tindak tanduk pegawai-pegawai tinggi diplomatik republik berkenaan memberi komen yang tidak sepatutnya mengenai Malaysia.

Nota:

Mana dia perkasa?
Mana dia pemuda gerombolan?
Mana dia zul nordin pejuang islam
Mana dia ngo melayu?
Kah...Kah...Kah.....!!!

Bila pemimpim melayu telah dihina oleh cina lee kuan yew
Kenapa senyap saje....?? atau memang jenis tak ada telooor
Kenapa tak adakan tunjuk perasaan..??
Kah...Kah....Kah...!!

UMNO/BN Sebenarnya Lanun Alaf Baru.......!!


Timbalan Menteri Dalang Bolot Kontrak RM2 Bilion- Saifuddin

SHAH ALAM 3 DIS: Seorang Timbalan Menteri Umno-Barisan Nasional(BN) didakwa terbabit dalam membolot kontrak Kementerian Pertahanan dianggarkan bernilai RM2 bilion, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.Berucap di Shah Alam dalam satu ceramah perdana semalam Saifuddin menjelaskan kepada hadirin bahawa kesemua syarikat berkenaan dimiliki oleh seorang pemimpin Umno dengan mengunakan alamat terletak di Bukit Gantang, Perak.

"Satu saja alamat bekal makanan kepada kementerian pertahanan, dia, bekal kenderaan, dia, kemudahan perubatan , dia, pakaian, dia, bernilai 2 ribu juta ringgit, seorang, dia saja," jelas beliau.

Katanya lagi, seorang timbalan menteri mendalangi keseluruhan senario ini dan kebetulannya timbalan menteri berkenaan tiada semasa beliau dan Ketua Pembangkang membentangkan isu ini di Parlimen dua minggu lalu.

Semasa mencelah pembentangan Anwar berkenaan isu ini di Parlimen, beliau memberitahu bahawa seorang timbalan menteri yang mendalangi rangkaian yang bertanggungjawab membolot kekayaan.

"Saya kata apakah Permatang Pauh (Anwar) sedar bahawa tokoh Umno yang membolot ratusan juta kontrak makanan, pakaian, perubatan, kenderaan untuk Kementerian Pertahanan itu, dibelakangnya juga adalah rangkaian yang membabitkan timbalan menteri yang kalau cakap saja ketuanan Melayu, bela Melayu, ketuanan Melayu. Belakang, ratusan juta kontrak kamu balun seorang," tegas beliau.

Kata beliau, begitu banyak rakyat Melayu terpukau dengan isu ketuanan Melayu yang diapi-apikan oleh Umno-BN tetapi kekayaan negara juga dibolot oleh Umno-BN dan suku-sakatnya dengan menggunakan isu yang sama.

Nota :

Kenapa..?? Tak Percaya Ke..??
Kalau tak percaya...tengok kat bawah ni...!!!
kah...Kah...Kah....!!


Selamat Datang Ke Pasaraya Dalam Paya...Hebat..Hebat...!!

Mereka yang melalui bypass Teluk Kalong-Kijal akan merasa sangat tidak selesa dengan jalan yang bumping. Sudah beberapa kali jalan dibaiki. Teknologi apa yang dipakai di bawah jalan merentasi paya itu hingga bumping demikian? Pandangan mata tertoleh pula pada pasaraya ‘gergasi’ yang akan dibuka 16 Dis 2010. Terpampang besar tanda itu. Tiada perkataan insyaAllah, tetapi seakan-akan satu kepastian bahawa ia akan tetap dibuka 16 Dis 2010 ini.

5 gelombang banjir yang dikatakan akan melanda Terengganu masih belum kelihatan. Hujan hanya renyai-renyai sahaja setakat ini. Namun air sungai di tengah paya di tepi pasaraya yang sedang hebat disiapkan itu kelihatannya sudah penuh. Tanah di Paya Lasir, bandar baharu Kijal lebih rendah dari jalan. Risiko untuk banjir sedalam mana belum teruji. Yang penting, pasaraya itu mesti dibuka 16 Dis ini.
Dengar ceritanya CF dikeluarkan secepat mungkin, kalau tidak peniaga tak mahu berniaga di situ, benar demikian? Jalan utama di tepi pasaraya ditambak di kiri dan kanan paya, tapi masih tidak sempurna. Lampu tiada. Garisan putih tengah tiada. Kalau berjalan malam, mungkin membahayakan. Tepi jalan terus ada gaung. Kalau ada kereta terbabas, ertinya terjun gaung, bukan masuk pasaraya.

Cara pembinaan pasaraya nampaknya gopoh dan gelojoh, macam sudah tidak ada hari esok. (Esok untuk siapa?) Apa cara sekalipun, pasaraya mesti dibuka 16 Dis ni. Faham? 16 Dis. Apa ada 16 Dis? WallahuA’lam.

Kalau nak kata tak ada pasaraya besar, tak jauh dari situ ada MesraMall. Orang Kerteh, Kemasik, Kijal boleh saja pergi ke situ kalau mahu. Tapi cara menyiapkan pasaraya di bandar baharu Kijal ini nampaknya seperti orang Kijal tak ada kedai langsung untuk membeli-belah. Kalau dengan maksud menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan, tidak salah, tapi biarlah beransur-ansur. Jangan sampai membahayakan pemandu di jalan utama. Jalan susur masuk ke situ pun dibina macam lebihkurang je.

NOta :

Saya hanya memerhati dari dalam kereta setiap kali melalui jalan itu tetapi apa yang berlaku sebenarnya di sebalik pembinaan pasaraya dan bandar baharu Kijal itu, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kita tidak menolak pembangunan dan projek yang menguntungkan rakyat.

Namun, saya masih tidak lupa dengan ‘air-filter’ besar di persimpangan Balai Bomba Kemaman yang nilainya RM4 juta (?) yang sehingga sekarang rosak tak berfungsi.

Beratiblah Kamu Wahai UMNO..Sebelum Kamu Di Ratibkan...!!


Ketuanan Melayu : Ratib terakhir UMNO..

"Dari Wad 2, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian Tok Guru Nik Aziz menulis...

Di katil wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya dibekalkan dengan akhbar untuk dibaca saban hari. Nampaknya isu ketuanan Melayu masih menjadi ratib yang tidak henti-henti keluar dari mulut pimpinan UMNO.

Peliknya tidak pula istilah ini disebut ketika Konvensyen BN 2010 yang lepas. Adakah Ketuanan Melayu tidak boleh menembusi pintu Dewan San Choon, Wisma MCA di mana konvensyen itu berlangsung?

Ketuanan hendaklah kembali kepada Islam. Tidak dinafikan bahawa di Negara ini majoriti umat Islam ialah berbangsa Melayu, ini sepatutnya menjadi satu kebanggaan bangsa Melayu sendiri yang sudah menerima Islam beratus-ratus tahun yang lampau. Bukankah Islam itu anugerah daripada Allah SWT? Tidakkah hanya orang yang bertuah sahaja yang akan menerima anugerah daripada Allah SWT?


Firman Allah SWT :
لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُوا عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلالٍ مُبِينٍ

Yang bermaksud : Sesungguhnya benar-benar Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus diantara mereka seorang Rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab dan Al hikmah. dan Sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata. (Surah Ali-Imran : 164)

Namun, dukacita sekali apabila ada orang Melayu sendiri yang menolak Islam. Menolak Islam bererti menolak ketuanan Islam. Bila menolak Islam ertinya menolak anugerah daripada Allah SWT. Seolah-olah Islam ini bahan buangan yang tidak layak untuk diterima, demikianlah barangkali tanggapan mereka yang mengenepikan Islam sebagai perundangan hidup mereka. Hari ini, seruan Islam yang menjadi tonggak orang Melayu ini diganti dengan nasionalis.

Dengan slogan Ketuanan Melayu, mereka beria-ia menjulang keris tumpul itu kononnya merekalah pendekar sejati mempertahankan hak Melayu. Apa yang peliknya, di samping menjulang Ketuanan Melayu itulah, mereka telah terpalit dengan pelbagai tuduhan rasuah dan pecah amanah. Halalkah pelakuan rasuah ini di sisi mazhab Ketuanan Melayu? Melaungkan Ketuanan Melayu dengan mengenepikan Islam hanya akan menjadikan bangsa Melayu lebih hina, bukannya lebih mulia.

Bolehkah pimpinan sebegini menjadi tempat bergantung rakyat? Bukan sahaja orang bukan Melayu, bahkan orang Melayu sendiri akan disembelih dengan slogan seperti ini. Buktinya, di Kelantan yang majoritinya bangsa Melayu, dinafikan peruntukan pembangunan dan royalti minyak oleh Ketuanan Melayu. Melayu tidak terjaga, Islam pun terlepas dari genggaman.

Hakikatnya, perjuangan Ketuanan Melayu ini hanyalah perjuangan sia-sia. Demi menyedarkan rakyat tentang hakikat inilah, saya gagahi diri saya untuk terus berjuang memberikan kefahaman agar rakyat menerima Islam sebagai addin (din dan daulah). Dalam hal ini, saya berterima kasih kepada salah seorang pemimpin UMNO Kelantan yang mendoakan kesihatan saya agar terus dapat berjuang menentang UMNO. Semoga doanya dimakbulkan Allah, insya-allah Amin.

Marilah balik kepada Islam sebagai penyelesaian yang sempurna, yang datang daripada Allah SWT. Ia sudah sempurna, tanpa cacat cela sedikitpun.

Firman Allah SWT :
وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا لَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

yang bermaksud : Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil. tidak ada yang dapat merobah robah kalimat-kalimat-Nya dan dia lah yang Maha Mendenyar lagi Maha Mengetahui. (Surah al-An’am, ayat 115)

Al-Quran ialah manual yang diturunkan oleh Allah SWT untuk mentadbir dunia. Justeru, apabila terdapat beberapa orang Raja-raja Melayu yang menyuarakan kebimbangan berkenaan nasih orang Melayu, saya sarankan supaya marilah kita merujuk kepada Al-Quran. Pada saya, Raja-raja Melayu berhak bimbang jika benar orang-orang Melayu terancam, tetapi marilah kita mencari penawar yang betul untuk penyakit yang berlaku.

Tidak guna jika menggunakan ubat yang salah, penyakit tidak sembuh bahkan semakin melarat. Dalam hal ini, Ketuanan Melayu ialah ubat yang salah bahkan ia sebenarnya racun yang bisa.

Al-Quran menyatakan bahawa sesuatu bangsa tidak mempunyai sebarang kelebihan ke atas bangsa yang lain, yang melebihkannya hanyalah taqwa kepada Allah SWT. Renunglah sejenak sekali lagi firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (13)

Yang bermaksud : Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Kemuliaan tidak pernah bergantung kepada bangsa. Ia hanya wujud apabila sesuatu bangsa itu bertaqwa kepada Allah SWT. Bangsa Arab yang melakukan hampir kesemua jenis jenayah di dunia, akhirnya menjadi mulia apabila menerima Islam. Jika bangsa Arab yang sedemikian jahil itupun dimuliakan Allah SWT dengan Islam, apa peliknya jika bangsa Melayu pun boleh dimuliakan oleh Allah SWT, syaratnya berpegang dengan Islam?

Justeru, bolehkah kiranya saya meletakkan harapan kepada pihak Raja-raja Melayu agar membawa rakyat kembali kepada Islam sebagai penyelesaian terhadap masalah yang berlaku? Yakinlah, dengan Islam, Melayu akan terbela. Alhamdulillah, di Kelantan, saya telah menerajui kerajaan negeri selama 20 tahun dengan tidak pernah menyebut Ketuanan Melayu, namun orang Melayu tetap terbela dan terjaga. Manakala KDYMM Sultan Kelantan pula disayangi oleh semua bangsa di Kelantan. Kaum bukan Melayu pula tidak mempunyai sebarang masalah untuk berada di Kelantan.

Bimbang saya andainya Ketuanan Melayu disebut-sebut dan diulang-ulang, ia hanya akan memarakkan dendam dalam diam dan membakar di dalam senyap.

Di sudut yang lain pula, Ketuanan Melayu jugalah yang telah menghapuskan tulisan jawi di sekolah-sekolah satu ketika dahulu sehingga hari ini melahirkan generasi yang buta al-Quran. Jawi yang menjadi tulisan asal bahasa Melayu di’kebumikan’ secara terhormat oleh Ketuanan Melayu . Ketuanan Melayu jugalah yang menghapuskan bantuan perkapita untuk sekolah agama rakyat dan Ketuanan Melayulah yang bertanggungjawab terhadap terhakisnya tanah rezab Melayu di seluruh negara.

Jenayah Ketuanan Melayu ini sebenarnya cukup panjang untuk ditulis. Ia menyimpulkan bahawa Ketuanan Melayu tidak membawa apa-apa faedah untuk negara hatta untuk bangsa Melayu sekalipun.

Marilah kita sama-sama mengingatkan satu sama lain tentang akhirat. Akhirat yang menjadi tempat tuju samada Melayu atau bukan Melayu. Ia khusus untuk Allah SWT membalas setiap perbuatan manusia. Justeru, kita diperintahkan mengulang-ngulang peringatan ini beratus ribu kali sepanjang hidup kita melalui surah al-Fatihah yang wajib dibaca di dalam solat. Tujuh ayat yang menjadi agenda utama hidup seorang muslim diulang baca sentiasa, dan satu daripada ialah peringatan tentang hari kiamat :

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Yang bermaksud : Yang menguasai di hari Pembalasan.

Yakinlah, tibanya kita di stesen yang bernama akhirat, Ketuanan Melayu tidak akan membawa apa-apa harga lagi di mahkamah Allah SWT!


HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Wad 2, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian
6 Muharram 1432H / 13 Disember 201M