Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Jul 3, 2011

UMNO/BN Memang Fobia Dengan BERSIH...!!


MP Bakri Teck Hwa dan 5 lagi ditangkap-MK

Ahli parlimen DAP Bakri, Er Teck Hwa; pemimpin Pemuda DAP Johor Tan Hong Ping dan empat yang lain ditahan dan dibawa ke balai polis Taman Pelangi, Kuala Lumpur, dalam satu lagi episod tindakan polis terhadap sebarang aktiviti 'BERSIH'.

Bagaimanapun, ketika dihubungi, Er menafikan kehadiran mereka di
pasar Taman Pelangi pagi ini ada kena mengena dengan perhimpunan BERSIH 2.0 YANG dirancang pada 9 Julai.

Er berkata beliau dan Tan hanya menjalankan kempen kebersihan 'gotong-royong' dengan tema "Negara Bersih, Rakyat bertuah".

"Saya fikir pihak polis terlalu sensitif. Tema kami adalah Negara Bersih, Rakyat Bertuah, tetapi mereka tidak mahu menerima penjelasan mengenainya," kata pemimpin DAP itu.

Baju kuning yang mereka pakai juga direkabentuk berbeza dari baju-T
BERSIH yang sehingga ini menyebabkan lebih 100 aktivis politik dan sosial ditahan minggu lalu.

"Kami juga menyebut bahawa kempen itu tidak berkaitan dengan perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur pada 9 Julai," kata Er, tetapi ia tidak dapat menyakinkan 20 anggota polis yang tiba di pasar itu sejurus selepas mengetahui tentang aktiviti kumpulan tersebut.

UMNO/BN Takut Pada Himpunan Bersih Kerana Mereka Sedang Menipu


KUALA NERUS - Umno dan kerajaan Barisan Nasional bimbang dan takut kepada Himpunan Aman BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai depan kerana mereka sedang melakukan penipuan dalam pilihanraya.

Antara penipuan yang telah dan sedang dilakukan oleh Umno/BN adalah memasukkan nama-nama bukan pengundi tempatan ke dalam senarai daftar pemilih.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata Umno-BN menipu dengan menggunakan jentera kerajaan pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Pengalaman kita di Terengganu, kita kalah pada tahun 2004, pun benda (penipuan) yang sama, macamana kenaikkan jumlah peratusan pengundi di Terengganu naik sampai lebih daripada seratus ribu,

"naik samapai 17 peratus, padahal (dalam tempoh) empat (hingga) lima tahun, kenaikkan (pengundi kebiasaannya) hanya 4 hingga 5 peratus sahaja,"katanya

Menurutnya, pengundi luar dari Johor, Selangor, Kedah dan Pahang telah dibawa masuk dan didaftarkan sebagai pengundi Terengganu bagi mempastikan PAS kalah di negeri Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Markza Pilihanraya PAS Cawangan Kebor Air, dekat sini Jumaat malam 30 Jun.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS telah membawa bukti berkaitan penipuan tersebut kepada pihak SPR, namun tidak ada tindakan diambil.

"kita (PAS) tunjuk bukti kepada SPR Terengganu, dia kata, nak buat macamana dah nama dia (mereka) ada,

"(tapi kita persoalkan) siapa yang bawa masuk (pengundi terbabit),"jelasnya.

Menurutnya, 'modus operandi' penipuan yang sama sedang dilakukan oleh Umno/BN di negeri Selangor dan Kedah dengan memasukkan rakyat Indonesia sebagai pengundi.

Sebelum itu, Wahid mencabar pemimpin Umno, berhadap 'satu sama satu' dengan PAS sekiranya Umno benar-benar 'anak jantan' dan tidak melibatkan pihak polis dalam soal politik.

"(pemimpin) Umno kalau jantan sunggu, kita berhadap molek, tetapi (Umno) tidak, apabila takut nak berlawan dengan kita (PAS) (dia) panggil polis,"

"kalau berani mari berhadap dengan kita, salah apa kita nak perjuangkan Islam, salah apa kita nak mempertahankan agama,"tegasnya.

Justeru, katanya, masalah politik tidak akan selesai selagi mana polis menjadi alat kepada Umno.

Menurutnya, polis yang diperalatkan telah bertindak keterlaluan terhadap PAS dengan menembak gas pemedih mata, malah menembak peluru hidup dalam kejadian ceramah BERSIH 1.0 di Batu Buruk pada tahun 2007.

Kekejaman Mempunyai Tarikh Lupusnya - A. Samad Said...!!


Perkembangaan senario politik terkini sesungguhnya sesuatu yang agak merunsingkan buat seniman dan karyawan, namun sasterawan negara A Samad Said tetap tidak berganjak langkah dari pendiriannya ketika berdepan dengan kuasa pemerintah. Sambil bersikap sinis terhadap kerajaan yang "takut dengan warna", A Samad Said menyuntik semangat dengan peringatan bahawa "kekejaman mempunyai tarikh lupusnya!"

A Samad Said dipanggil polis untuk disoal-siasat pada 27 Jun, lantaran kehadiran beliau dalam majlis pelancaran perhimpunan BERSIH 2.0 pada 19 Jun 2011. Beliau kembali ke bangunan Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor semalam, untuk menghadiri majlis perlancaran buku kartun Zunar, "EVEN MY PEN HAS A STAND".

Sekurang-kurang dua kali A Samad Said berjenaka bahawa Zunar dan dirinya mungkin ditangkap selepas majlis tersebut, namun disusuli dengan kenyataan bahawa dirinya sudah "bersedia". Beliau mengulas perkembangan yang terbaru ketika berucap dalam majlis pelancaran buku Zunar, mengambil pendirian untuk mempertahankan Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan, di samping membidas penahanan menggunakan Ordinan Darurat sebagai satu kekejaman.

Kelompok "Carma"

A Samad Said menyifatkan sesetengah kelompok seniman dan karyawan yang "selalu bersedia untuk tidak bersikap" sebagai "carma", iaitu cari makan. Dan sikap sedemikian menurutnya, memberi laluan kepada segala kemungkaran yang sedang berlaku dengan dahsyatnya pada hari ini.

Beliau mengisahkan bahawa dirinya langsung tidak membaca media arus perdana seperti Utusan Melayu, Berita Harian, New Straits Times dan The Star sebelum ini, "oleh kerana dengan tak membacanya pun, saya tahu". Namun, perkembangan terbaru mendorong dirinya untuk membeli dan membaca akhbar-akhbar tersebut, pada dua tiga hari kebelakangan.

"Daripada medium mainstream, bersih tu kotor. Saya sekarang pun hairan juga mengapa orang akhbar yang begitu berpengalaman, mendapat anugerah itu dan ini boleh mengotorkan bersih? Saya tidak faham, tapi saya tahulah di sana ada kelompok-kelompok semata-mata carma, cari makan."

A Samad Said turut menyanggah tuduhan "sasterawan negara baru" terhadap dirinya, bahawa A Samad menggunakan anugerahnya untuk memecah-belahkan bangsa. A Samad Said membela dirinya bahawa sepanjang usianya, beliau hanya "menyatukan bukan mengecaikan".

Ambiga tidak bersalah!

Satu hal lain yang merunsingkan A Samad Said adalah, munculnya satu kelompok yang mendakwa dirinya wira khusus untuk bangsa Melayu, ingin menyaingi BERSIH 2.0, setelah BERSIH 2.0 mengumumkan hasrat untuk mengadakan demonstrasi murninya.

"Dan saya kira, kalaulah terjadi pertelagahan, saya lebih menyalahkan polis. Sebab polis lebih awal tahu bahawasanya beberapa bulan yang lalu kelompok BERSIH ini sudah pun meminta ruang dan hari untuk membolehkannya berdemonstrasi jujur. "

Beliau memuji niat BERSIH yang bagus, namun apa yang berlaku adalah polis dengan sengaja, atau disuruh tidak membenarkannya. "Dan saya tidak hairan kalau Puan Ambiga, kerana tidak dibenarkan, dia teruskan. Bukan salahnya! Dia minta, tapi tidak dibenarkan. Jadi, apakah BERSIH yang salah, ataupun yang tak bersih tu yang salah?" persoal beliau.

Malah, beliau berkata niat polis adalah jelas, iaitu untuk menakutkan rakyat - ketika mengulas kejadian di mana 70 anggota polis mengelilingi tujuh orang yang ingin ditangkap. "Sebab mustahil ada, tiba-tiba ada 70 orang polis," katanya, sambil meneruskan "Niatnya ialah untuk menakutkan. Jadi sekarang ini zaman menakutkan, supaya rakyat berhati-hati..."

Timbulkan soal komunis

A Samad Said tidak lupa untuk membidas, bahawa iklim siasah kita sudah mula beralih menjadi "amat kasar", apabila soal komunis ditimbulkan. Beliau berkata isu ini seolah-olah sengaja ditimbulkan untuk mempermudahkan penangkapan dengan undang-undang yang lama. Beliau sempat menyindir "pengkhayalan" mereka yang berkuasa, "Dan saya fikir pengkhayalan itu hanya dua orang, tak payah saya sebut namalah...", sambil menambah "Kadang-kala khayalan polis juga luar biasa".

Enam orang aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditangkap semula dengan Ordinan Darurat pada 2 Julai, yang membenarkan tempoh penahanan 60 hari tanpa perbicaraan. Mereka sebelum ini dituduh cuba menghidupkan semula komunisme, dan berniat memerangi Yang Di-Pertuan Agong. A Samad Said berterus-terang, "Saya kira ini adalah satu kekejaman."

Beliau mempersoalkan, "Sebab kita juga hidup dalam satu dunia demokrasi, di mana suara harus didengar, harus dipertimbang. Mengapa tiba-tiba kita harus berada dalam satu situasi yang tidak boleh bercakap pun, malah warna pun tidak boleh hidup?"

Beliau kemudian membidas bahawa warna kuning sebagai warna yang murni, warna simbolis sampai ke puncaknya, warna yang dihormati - kini cuba dikuburkan, selepas beliau menyindir, "Dengan warna pun dia takut?"

"Dengan kesombongan kuasa yang ada, yang mengatakan tak mahu berunding lagi, itu sudah tidak demokrasi." A Samad Said berkata, "Tidak mahu berunding lagi, maksudnya, permulaan zaman menangkap!"

Dengan kain kuning yang dililitkan oleh Zunar pada lengannya, A Samad berkata, "Kekejaman mempunyai tarikh lupusnya!" Beliau terus meluahkan keresahannya, "Saya khuatir kalau ini dibiarkan, ada tanda-tanda yang kemungkinan yang sangat besar negara kita akan menjadi negara polis. Ada tanda-tanda itu."

Sebelum mengakhiri ucapannya, A Samad Said sekali lagi melontarkan jenaka, "Saya nampak banyak gambar rambut", dalam buku Zunar. Pembaca yang masak dengan kartun Zunar menyedari bahawa kartun tersebut membawa sindiran tersirat terhadap isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. A Samad mengakhiri ucapannya, "Saya takut dengan rambut!"

Mat Sabu Tibai Najib...!!


Tawan Putrajaya dengan pilihanraya yang adil

Mohamad Sabu menegaskan PAS hanya menyokong Himpunan Bersih 2.0 sambil menyifatkan Datuk Seri Najib Razak mahu “memperbodohkan” rakyat dengan mengaitkan parti Islam itu bekerjasama dengan penganjur semata-mata untuk menawan Putrajaya

“Saya timbalan presiden PAS, saya tidak berada dalam jawatankuasa Bersih... PAS hanya menyokong tuntutan yang dibuat Bersih, jadi tidak timbul soal kita mahu menawan Putrajaya bersama Bersih.

“Dulu pada himpunan Bersih kali pertama ia dipengerusikan Syed Shahir Syed Mohamud, kita sokong tuntutan Bersih bukan ketuanya,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tambah beliau, Najib cuba untuk mengelirukan rakyat dengan menuduh PAS mahu menawan Putrajaya dengan apa jua cara termasuk melalui demonstrasi.

"Memang kita (Pakatan Rakyat) mahu menawan Putrajaya dan ia memang cita-cita parti politik.

“Tapi kita mahu tawan Putrajaya melalui sistem pilihan raya yang bersih dan adil. Ini yang kita mahukan dan kita tidak mahu menang melalui pilihan raya yang kotor,” katanya.

Justeru tambah Mohamad, beliau percaya rakyat tidak akan mudah terpedaya dengan tuduhan palsu yang dilemparkan Perdana Menteri dan Presiden Umno itu.

“Itu hanya rekaan untuk kelirukan orang ramai, dia (Najib) sekadar nak perbodohkan rakyat... kita sokong tuntutan Bersih dan kalau selepas ini ada perhimpunan lain dan tuntutannya kita tidak setuju, kita tidak akan sokong Bersih.

“Sebab itu, saya kata PAS dan Bersih tidak ada apa-apa hubungan. Bersih adalah NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan kita sokong tuntutan mereka. Sudah-sudahlah kalau nak buat tuduhan yang bukan-bukan,” katanya.

Kalau Nak Menipu Pun Agak-Agaklah...!!


MUHYIDDIN : KUASA BESAR BOLEH MASUK JIKA MALAYSIA BERGOLAK - MI

Muhyiddin Yassin mendakwa kemungkinan kuasa besar dunia akan campur tangan dalam urusan negara ini jika berlaku pergolakan akibat daripada perhimpunan 9 Julai ini.
“Apabila bergolak, kuasa besar boleh masuk... kita tidak mahu Malaysia yang dibangunkan sejak 50 tahun berdepan dengan masalah seperti itu,” katanya.

Dia berkata, apabila berlaku pergolakan, akan berlaku ketidakstabilan yang menjejaskan ekonomi dan merosakkan perpaduan antara kaum dan agama yang telah dibina selama ini.

Muhyiddin (gambar) berkata rakyat tidak harus terjebak dengan perbuatan mungkar yang didalangi kononnya oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tetapi sebenarnya turut didokongi parti-parti pembangkang yang bermatlamat untuk mengambil alih kerajaan supaya pemimpin mereka menjadi Perdana Menteri.

Nota:

Tolonglah jangan kelentong
Kalau cakap tak menipu tak boleh ke..
amerika dah lama masuk dalam negara ini

tentera amerika dah masuk berlatih disini
tentera amerika ada kerjasama dg tentera malaysia
kapal nuklear amerika pun pernah berlabuh di klang
Habis ...kuasa besar yang mana...??
Kalau besar...besar macam mana...??
Tak payalah nak tipu...
Rakyat malaysia dah cerdik...
Bukan bodoh macam dulu...
Kah..kah...kah...

Lintas Langsung Dari Kelantan....!!


ROYALTI : SAMSENG BERSENJATA PARANG SERANG SUKARELAWAN GERAM

Lebih kurang jam 10:30 malam tadi beberapa Sukarelawan GERAM yang sedang membuat kerja-kerja memasang Banner Royalti Rakyat Kelantan telah diserang oleh sekumpulan Samseng dipercayai upahan UMphorNO.

Samseng seramai lebih kurang 30 orang, bersenjatakan Kayu, Pedang Samurai dan Parang tersebut datang dengan menaiki 6 biji kereta ke lokasi Sukarelawan GERAM memasang Banner Royalti Rakyat iaitu di atas Jejantas berhadapan dengan Ma'ahad Muhammadi Lelaki.

Sebelum kejadian tersebut, pihak Sukarelawan pada sebelah siangnya telah menggantung beberapa Banner Royalti Rakyat tetapi dipercayai telah dibuang oleh Samseng yang sama dan ketika kejadian, Sukarelawan GERAM sedang menggantikan Banner-banner yang telah dibuang dengan yang baru.

Samseng-samseng bersenjata kemudian datang dengan tiba-tiba, terus menyentap Banner-banner tersebut sambil mengugut akan mencederakan Sukarelawan GEGAR jika terus memasang Banner-banner tersebut dan mengarahkan mereka untuk beredar jika tidak mahu dicederakan.

Bimbang dicederakan, Sukarelawan GERAM yang hanya seramai 5 orang sahaja terpaksa menurut sahaja arahan Samseng-samseng bersenjata tersebut dan beredar meninggalkan tempat kejadian.

Dipercayai Samseng-samseng tersebut telah bertindak demikian hasil arahan pihak atasan UMNO kerana Banner tersebut dipasang dilaluan Perdana Menteri ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa selepas selesai Jamuan Rakyat di Wisma Persekutuan dalam lawatan seharinya ke Kelantan.

Pihak GERAM sebelum ini telah memasang hampir 20 banner di sepanjang laluan Najib dalam lawatannya ke Kelantan iaitu di Pasir Putih, Machang, Kota Bharu dan Pengkalan Chepa namun kesemua banner-banner yang tertulis "UMNO/BN Pengkhianat Nafikan Royalti Kelantan!!!" telah dibuang oleh pihak yang disyaki Samseng upahan UMNO.

Kenyataan Rasmi Ketua Pembangkang Malaysia...!!

PENAHANAN : HINA PARLIMEN DAN DEMOKRASI

Saya mengecam penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael
Jeyakumar Devaraj bersama lima yang lain di bawah Seksyen 3(1) dan
Seksyen 4(1) Ordinan Darurat. Selain Ahli Parlimen Sungai Siput, turut
ditahan adalah M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan
dan Sarat Babu. Peruntukan tersebut membolehkan pihak berkuasa menahan
individu terbabit selama 60 hari tanpa bicara.

Sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia, saya menegaskan
penahanan Dr Michael Jeyakumar di bawah Ordinan Darurat merupakan
suatu penghinaan terhadap amalan Demokrasi dan Institusi Parlimen
negara ini. Beliau selaku Ahli Parlimen yang dipilih berhak
menyuarakan hasrat rakyat yang mahukan pilihanraya yang bersih dan
adil.

Beberapa hari ini pihak pemerintah cuba memintal fitnah dengan
mengaitkan tuntutan Pilhanraya yang bersih dan adil dengan gerakan
subversif. Sedangkan sudah beberapa kali Sekretariat Bersih menegaskan
perhimpunan yang bakal diadakan pada 9 hb Julai 2011 ini merupakan
perhimpunan aman. Malah Sekretariat Bersih sedaya upaya berbincang
dengan pemerintah agar tuntutan berkaitan pilihanraya dapat
dilaksanakan. Akan tetapi gesaan dan tuntutan itu ditolak dengan penuh
keangkuhan. Sewajarnya pemerintah tidak perlu gentar dengan tuntutan
yang berharap membawa kebaikan buat rakyat dan negara Malaysia.

Saya menggesa pemerintah dengan segera membebaskan semua yang ditahan
kerana dituduh terlibat dengan Bersih termasuk Dr Jeyakumar Devaraj
dan lima yang lain. Saya juga menuntut pemerintah menghormati dan
mematuhi prinsip Kedaulatan Undang-Undang serta Perlembagaan
sepertimana yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Malaysia