Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 22, 2010

Kuburkan BN Boleh Hilangkan Rasa Kecewa....!!!


Bonus: Cuepacs harap tidak dikecewakan lagi -MK

Kongsi 0Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada pembentangan bajet bulan depan.

Presidennya Omar Osman berkata Cuepacs sudah menghantar permohonan mengenai perkara itu kepada kerajaan.

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut. Kita mohon dua bulan bonus, namun jika tidak boleh dua bulan, sekurang-kurangnya sebulan.

"Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan. Kita berharap pemberian bonus ini dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin menyakinkan," katanya kepada pemberita, di Seremban hari ini.

Beliau yang ditemui selepas majlis Aidilfitri bersama pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Negeri Sembilan berkata pemberiaan bonus itu sudah pasti dapat meringankan beban tanggungan dan menyuntik semangat baru kepada 1.2 juta penjawat awam di seluruh negara.

Katanya ia juga merupakan ransangan bagi penjawat awam untuk menjayakan setiap dasar kerajaan.

"Penjawat awam merupakan tulang belakang kerajaan...jika mereka ceria maka cerialah kerajaan. Saya harap tidak ada pihak yang mempertikaikan pemberian bonus kepada penjawat awam ini kerana jika tidak Cuepacs tidak memperjuangkan, siapa lagi.

"Selain bonus, Cuepacs dipertanggungjawabkan memperjuangkan kebajikan penjawat awam termasuk masalah gaji, elaun, insentif, perubatan, lanjutan umur persaraan dan sebagainya," katanya.

Mengenai isu berlainan, Omar turut meminta kerajaan supaya segera serapkan 14,500 warga Kemas yang berkhidmat secara kontrak ke jawatan tetap memandangkan perkara itu telah lama tertangguh.

"Dalam kedudukan ini, mereka yang terbabit didapati merasa gusar serta dalam keadaan tidak tenang dan tertekan untuk menjalankan tugas kerana kedudukan mereka yang masih terumbang-ambing dan tidak ada jaminan.

"Perkara ini telah lama dibawa ke pengetahuan kerajaan, namun sehingga kini masih belum dapat jawapan. Oleh itu, kita harap kerajaan dapat mengatasi perkara ini dengan segera, kalau boleh dalam tahun ini juga," katanya.- Bernama

Nota :

Di sini ada tips macam mana nak hilangkan rasa kecewa :

Bertenang

Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan...lepas tu ambil pensil dan lihat betul-betul dan jangan gelojoh...kemudian pangkah lah untuk bulan...lepas tu lipat betul-betul kertas tu dan baca bismillah dulu sebelum masukkan ke dalam tong yang di sediakan...Lepas tu anda akan rasa begitu tenang setenangnya....Selamat mencuba semasa PRU 13 nanti...

Berani Kerana Benar....!!!


Polis keluar waran tangkap jika Shamsul tak bantu -MK

Waran tangkap akan dikeluarkan ke atas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar, jika beliau enggan membantu siasatan berhubung dakwaannya bahawa pimpinan tertinggi polis ada kaitan dengan pembunuhan jutawan kosmeik Datuk Sosilawati Lawiya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata tindakan itu adalah jalan terakhir jika pihaknya masih gagal menghubungi Shamsul (kanan) kerana kertas siasatan berhubung dakwaan berkenaan sudah dibuka.

Dalam perkembangan yang sama, Khalid juga memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas terhadap ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam jika dia terus cuba membawa isteri ahli perniagaan dari India yang dilaporkan hilang awal tahun ini, S Usharani ke lokasi pembunuhan Sosilawati di Ladang Gadong, Banting.

Menurut Khalid, amaran itu dikeluarkan kerana tindakan berkenaan adalah menyalahi prosedur termasuk dikhuatiri boleh menganggu siasatan siasatan polis.

Beliau berkata kes kehilangan ahli perniagaan India, Allal Kathan Muturaja, 34, itu masih dalam siasatan dan mengingatkan bahawa Manikavasagam seharusnya membawa isteri Usharani untuk membantu siasatan lanjut polis dan bukannya membawanya ke lokasi pembunuhan berkenaan.

Nota :

"Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang yang benar...Janganlah takut untuk berkata benar di hadapn pemimpin yang zalim..."

Terlebih Perasan Mungkin Boleh Meroyan....!!!


MALAYSIA ANJUR SIDANG WANITA PERTAMA – BH

Malaysia buat julung kali akan menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama 2010 di sini, pada 11 hingga 13 Oktober ini.

Rosmah Mansor, berkata sidang kemuncak bertemakan Anak Hari Ini, Pemimpin Hari Esok bermatlamat memperkasakan kanak-kanak yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa depan. Ia juga menjadi platform perbincangan bagi meningkatkan kesedaran global mengenai kepentingan setiap negara melabur dalam pembangunan, kebajikan, pendidikan, dan kesejahteraan kanak-kanak di negara masing-masing, katanya.
-----------------------------------------------------------
Woitttttt......INI MESTI NAK BODEK SECOND LADY OF MALAYSIA.....

Kah...Kah......MAKLUMLAH PRU 13 DAH HAMPIR....SO YOU HAVE TO DO SOMETHING...!!!

Kah...Kah.....NANTI SIAPA YANG NAK RASMI...???

Kah...Kah......TUANKU PERMAISURI NURZAHIRAH ATAU PERMAISURI NUR ROSMAH....???

Kah...Kah.....AIMAN TAK KISAH....KALAU BOLEH ANJURLAH SIDANG DAN BINCANG BAGAIMAN NAK JADI WANITA YANG PERTAMA MASUK SYURGA.....!!!

Kurang Tahu Agama Punca Rakyat Jadi Jahat....!!!

Ini Memang Sah Peminat Setia & Taksub Pada Filem Batman & Superman....

HARAMKAN TAYANG FILEM TAMIL YANG PUNYAI KEGANASAN MELAMPAU – BH

Jangan hanya tapis tetapi haramkan filem dan drama Tamil yang mempunyai adegan keganasan melampau".

Itu adalah gesaan yang dibuat oleh pemimpin masyarakat dan ahli akademik yang bimbang dengan peningkatan gengsterisme di kalangan belia India di negara ini. Presiden Malaysia Hindu Sangam, R.S. Mohan Shan, berkata sesetengah filem Tamil menunjukkan belia cara untuk terlibat dalam jenayah, dengan ada antara kaedah yang digunakan sebenarnya tidak berlaku dalam dunia nyata.

"Semua itu sebenarnya hanya untuk hiburan...tetapi memandangkan belia India kita sangat terpengaruh dengan filem, mereka ingin meniru aksi itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata apa yang paling merisaukan ialah drama Tamil yang disiarkan di televisyen tempatan dan diimport dari India juga mula menunjukkan unsur negatif seperti gengsterisme, tidak seperti sebelum ini.

Nota:

Masih ada lagi yang percaya alasan bodoh ni....
Bahawa filem akan mempengaruhi tingkah laku manusia....

Kalau betul teori ini maka negara kita lah yang paling aman dalam dunia
Filem dan drama tv kita bukan main bersopan santun...
Drama dan filem kita bukan main berbudi bahasa...

Tiap malam ada macam macam filem & lagu perpaduan ditanyangkan
tapi semua hampeh tak ada siapa yang nak ikut...

ertinya tingkah laku dan perwatakan manusia bukanlah kerana pengaruh filem atau tv

Kenapa...??? Tak percaya ke...?
Sila tanya razak baginda apakah dia telah menonton filem tamil...?
Polis tamil sekarang dah baik banding polis Malaysia...
Inspektor Sahab dah tak makan rasuah lagi....
Kah.....Kah.....Kah...!!!

Promosi Hebat Hujung Tahun.....!!!



Nota :

Telah terbukti UMNO Kini dah nazak....
Orang nazak selalunya mintak air..sebab dahaga...
Bacakan Mentera pada mereka...
Bila datang pada kamu malaikat sebelah kanan...
Maka kau elak sebelah kiri...
Bilamana mereka datang sebelah kiri kau elak lah ke sebelah kanan...
Bila mereka terpa kau di tengah-tengah...
Maka nasib kaulah bodoh...
Kah...Kah...Kah....

Jangan Sedih...Mari Kita Ketawa...!!!



Nota :

Kat Malaysia sekarang ini..ketawa masih lagi belum di kenakan lesen...
Oleh itu..mari kita ketawa beramai-ramai...
Ketawa kan UMNO yang bodoh dan bangang tu....